Sunday, April 14, 2013

Berlian Habib Jewel

Minggu lepas semasa aku balik ke rumah aku dapati emak Adam sedang membelek-belek brochure Habib Jewel. Sememangnya sudah menjadi kebiasaan dia membelek2 brochure dan flyer yang dimasukkan ke dalam peti surat kami atau yg diletakkan di pintu pagar. Ada yang dari hypermarket, ada yang dari pemaju perumahan, ada dari penjual perabot, ada yang dari penjual kereta dan ada juga dari kedai emas seperti Wah Chan, Poh Kong dan Habib.

"Wah cantiknya rantai ni!" kata emak Adam memuji salah satu barang kemas yg ditunjukkan.  Aku tak pasti dia sengaja kuatkan sikit suaranya supaya aku dengar atau kerana dia teruja.

"Harganya pun taklah mahal sangat. Dua ribu aje ni," sambungnya.

Aku buat-buat tak dengar lalu menyimpan kasut aku ke dalam setor di bawah tangga.

"Ish bukan dua ribu lebih tapi empat puluh dua ribu! Terlipat angka empatnya ni," terang emak Adam apabila dia mendapat tahu harga sebenar rantai berlian tu.

Aku yang sebelum itu buat-buat tak dengar terus menyampuk, "kalau dua ribu tadi tu bolehlah jugak." sambil ketawa.


Nota: RM42K boleh dapat rumah murah sebuah atau kereta Myvi sebuah.


30 comments:

  1. Ok lg tu yb... klu nk dbanding dgn pengorbanan isteri, apelah sgt. Kannn kannn....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pengorbanan isteri tak ternilai dgn emas permata. Tapi itu tak bermakna boleh ditaburkan emas permata tu kpdnya kerana kedudukan kewangan suami pun kurang mengizinkan.

      Kalau nak minta tu pun agak2lah ..... huhu

      Delete
  2. hint tu:-) tak dapat 42K dapat yang 2K pun okay jugak...habib mmg mahal..kalu kat kedai emas cina biasa boleh dapat murah lagi...sekarang emas 916 ada turun harga tau:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya buat2 tak faham aje hint tu ..... huhu.

      Habib memang mahal sebab jenamanya tu. Tapi kalua beli kat kedai emas cina biasa takde pulak glamernya tu.

      Emas sekarang sedang turun harga. Tapi duit pula tengah perit ni .... huwaaa

      Delete
  3. AsSalam YB,

    hehehehehe akak dah tak belek lagi brochure2 barang2 kemas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam Kak Nanie.

      Happylah abg Bob sebab kakak dah tak belek brochure2 mcm tu .... hehehe

      Delete
  4. Makcik pun...semua brochure belek boleh..teringin jangan.
    kalau tak mahu mati berangan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak dapat memiliki dapat melihat pun jadilah.

      Biar mati berangan jangan mati beragan ..... hehehe

      Delete
  5. saya x pakai barang kemas... uhhuuu... pakai getah tempe ja.... tu pon susah org nak hargai..ahhaaa...!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapalah yg tak pandai nak menghargai CPL tu? .... huhu

      Delete
    2. hahhahahaaaa!!
      getah tempe!!!!
      dah lama tak dengar!

      Delete
    3. tu pon buat ikat rambut .. ahhaaaa..

      Delete
    4. Dr Singa makan ke tempe?

      Org Jawa aje yg ramai suka tempe .... ngeee

      Delete
    5. Baik2 ikat rambut guna getah ni. Silap2 boleh tercabut rambut tu .... huhu

      Delete
  6. Saya allergic barang kemas...nanti kulit gatal2....untung suami saya kan YB?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang untung sangat suami fatin. Harap2 emak adam pun akan allergic barang kemas satu hari nanti ..... hehehe

      Delete
  7. huhuhu...

    nasib baik YB....

    mahal tu 42k...

    memang kalau pakai kena ada guard kiri kanan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org mcm kami ni pakai yg mahal lagi ori pun org ingat zhulian ..... huhu

      Delete
  8. Kalau ada duit apa salahnya. dari org lain tolong habiskan lebihhhh baik isteri yg habiskan...ahaksss...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau boleh janganlah habiskan duit tu. Banyak perkara lain yg lebih berfaedah daripada beli barang kemas mahal2. Kami ni pun bukanlah kaya sangat ..... huhu

      Delete
  9. sayang isteri emas emas kan.kekekekkee

    ReplyDelete
  10. utk isteri tersayang apa salahnya!
    go go go YB saya sokong emak adam!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai betul penyokong emak adam ni ..... huhu

      Delete
  11. mak oiiiiii 42k? baik bawak emak Adam pegi haji lagi la berpaedah daripada beli rantai tu, kan kan kan? hehehehheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cadang nak pergi naik haji dgn emak Adam guna pakej. Kalau guna yg biasa tu kena tunggu berpuluh2 tahun lagi.

      Pakej yg agak selesa sekitar 40K sorang. Lebih kurang harga rantai tulah .... ngeeee

      Delete
  12. Orang pompuan lagi suka emas yg boleh pakai la YB..., emas seketui hari tu tu bukan boleh pakai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari tu bukan emas seketul tapi perak seketul sebab sempena jubli perak perkahwinan kami.

      Tapi betul kata makchaq memang org pompuan lebih suka emas yg boleh pakai.

      Delete
  13. selalu dlm iklan angka memula tu tersorok disbelah perkataan RM
    cth:RM1100..nampak cam RM100..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu trick orang berniaga kot. Bagi seronok kita tengok sebelum terkejut bila tahu harga sebenar ..... huhu

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails