Pagi tadi lebih kurang pukul 7:30 adik kembar aku yang kerja kat Syabas tu call beritahu bekalan air ke banyak kawasan di Gombak dan Keramat akan terganggu kerana paip besar di Batu Caves yg membekalkan air ke kawasan sekitar telah patah pada pukul 1 pagi tadi. Dia kata kalau rumah kami masih keluar air paip, itu adalah daripada loji Wangsa Maju. Tapi ianya tak dapat bertahan lama. Bekalan dijangka terputus utk 2 hari sementara pihak Syabas membaiki kerosakan itu.
Aku pun beritahu emak Adam dan terus menadah air di paip di sinki dapur. Masa itu air yg keluar dah macam kencing kucing.
Aku pun keluar rumah dan menadah pula di paip tepi pagar menggunakan baldi.
Di atas usaha gigih ini dapatlah 2 baldi air sebelum bekalan terputus.
2 bekas ini saja yg sempat diisi. Itupun tak penuh
Siapa yg tak sempat tadah air tu, jimat2lah gunakan air.
Esok Jumaat banyak nak guna air ..... hehehe
Harap-harap tiada pihak yang terfikir untuk 'mentiadakan air' sehari dua sebelum pilihanraya sebagai salah satu strategi memenangi undi. Terseksa rakyat kalau guna strategi itu ..... huhu
Haishhh...banyak tu je apa yang boleh di buat YB...
ReplyDeleteCukuplah tu buat mandi ...... saya satu baldi emak adam satu baldi .... wakaka
Deleteadik kembar awak siapa nama eh..
ReplyDeleteblogger juga tak..?
Yusuf Badawi. Kiranya YB jugalah. Sekarang ni hanya kami berdua YB yg masih kekal .... hehehe
DeleteDia bukan blogger. Takde masa utk semua ni tapi dia kerap keluar di media cetak dan eloktronik.
Setiap kali dia keluar paper atau tv adalah org yg beritahu saya.
patut lah macam pernah nampak....!!
Deleteglemer YB2..!!!
YB2 glemer sebab sering keluar di media. Cuma YB yg satu lagi ni setakat keluar kt blog dan fb aje ..... ngeeee
Deletebayangkan kucing kencing;-)
ReplyDeletebayangkanlah. Dahlah kecik takde pressure pulak tu .... huhu
Deletetak ada air pergi je tempat pecah tu tadah air tak pun mandi manda dgn slmber boleh<?
ReplyDeleteKat sana lagilah Syabas dah tutup belakang. Kalau nak mandi kat sungai tepi batu caves mcm yg sesetengah org buat tu bolehlah. Tapi saya tak sanggup ..... huhu
Deletemandi kat masjid aja la YB...hahaha
ReplyDeleteJangan buat niaya. Masjid pun akan kehabisan air dalam masa terdekat ni.
DeleteSyabas telah keluarkan kenyataan tadi. Lebih setengah juta pengguna akan terlibat sehingga esok. Silap2 gaya ada yg solat jemahat dgn bertayamum ..... huhu
setiawangsa sekali ke?
ReplyDeleteYup Setiawangsa juga. Ada sekolah di Setiawangsa yg dah tutup tandas di sekolah sebab takde air.
DeleteMenurut kenyataan Syabas tadi antara kawasan yg terlibat ialah Wangsa Maju, Gombak, Keramat, Cheras dan Pandan.
Assalamualaikum,
ReplyDeletewarna warninya kaler baldi...ada biru, ada merah...ada kuning, ijau je tadak hu huhuhu
saya dah memecut tinggalkan selangor cari air bersih tang lain sat ;)
Waalaikum salam.
DeleteMerah kuning tu warna negeri Selangor. Juga warna sykt kulit kerang tempat saya kerja dulu. Dan juga warna syarikat saya skrg .... ahaks.
Biru tu tak pasti samada melambangkan warna BN atau warna PKR.
Baldi hijau ada dalam rumah.
Anyss memecut kemana nak cari air tu? Kawasan Hulu Langat tak terjejas rasanya sebab ada Langat 1..... hehehe
gali telaga YB..sonang:-)
ReplyDeleteRumah saya atas bukit. Rasanya korek dalam2 pun tak jumpa mata air lagi..... huhu
Deletejap2... patah????? td bc kat fb, ni bukak sini lak.. kalau bocor tu cam acceptable. patah???
ReplyDeletex leh bayang... brp lama ni estimated x der air????
Ha'ah patah. Itulah istilah yg digunakan. Ini kerana kebanyakan paip di Selangor dan KL ni dah lanjut usia. Kalau manusia dah pakai tongkatlah agaknya. Nak tukar paip takde CAPEX.
DeleteMenurut pihak Syabas sampai esok. Itu pun tak tahu pukul berapa baru ada air. Mungkin 11:59 malam esok pun kira esok jugak .... huhu
kat kontan ni pun hah selalu problem air..bosan den! tapi takde pulak kuar tv mcm sesetengah negeri tu... lalalalalalala
ReplyDeleteKat Kontan tak kuar tv sebab pemerintahnya sama lambang dgn yg di pusat. Cuba lain mcm di Selangor atau Kelantan tu. Naik rimas tengok kat tv dan baca di paper. Masalahnya tak selesai jugak ..... huhu
Deletecamner boleh patah 2?
ReplyDeletesabotaj kah?hihi
jgnlah di politikkan isu air
kesian bg yg anak2 ramai dan kecik2
dan sian juga utk yg nak mandi pagi jumaat..YB la kot.hahaha
Syabas kata sebab hujan lebat semalam. Rasanya bukan kerja sabotaj sebab paip tu besar - 2,000 mm diameter. Org pun boleh masuk ke dalam paip tu.
DeleteItulah. Takkan isu air pun nak dipolitikkan? Ramai yg pergi kerja tak mandi ni karang. Yang kerja kat rumah mcm saya ni takpelah .... ngeeee
rumah saya ada air pulak, adakah rumah saya terletak di batu caves negara lain? :D
ReplyDeleteRumah juliet terletak di sebelah hulu paip yg pecah tu. Kami yg kurang bernasib baik ni tinggal di sebelah hilir paip. Makanya takdelah air ..... huhu
DeleteApa kata malam ni YB pi tidoq kat hotel.. nak tidoq pun best, esok nak mandi pun senag.. kalau bilik ayaq hotel tak dak ayaq boleh terjun kolam, sekali selam dah sah mandi... he he
ReplyDeleteKhamis malam Jumaat tu kami tak tido hotel sebab Jumaat tu anak2 sekolah. Tapi malam Sabtu tu kami tido di Sucasa yg tak jauh dari rumah tapi ada air. Malangnya saya dan emak Adam masuk hotel dah dekat pukul 11 malam sebab tunggu lori tangki datang bawa air ke taman kami ..... huhu
Deletealamakkk...!!! kena check balik nnti..air kat rumah...
ReplyDeletecpl tinggal sorang tak perlu risau sangat sebab air kat tangki tu cukup utk awak utk beberapa hari. Lain kali bolehlah saya nak tumpang mandi .... hehehe
Deleteamboi YB, kemain, tau la malam ni malam jumaat, jom baca yassin ngaji bagai!
ReplyDeleteMalam Jumaat tu jemaah surau tempat kami baca Yasin minta bekalan air pulih dengan segera. Tapi jumlah jemaah yg datang ke surau mlm itu separuh daripada bilangan biasa ..... huhu
DeleteAsal Juma'at je nak guna byk air ye.. Hari Khamis & lain2 pun guna banyak air jg rasanya.. Lagi2 mereka yg nak mengadakan kenduri..
ReplyDeleteLama sy tidak mengalami masalah bekalan air, hari ini merasa tp masih ok kerana air tangki masih ada.. Hoho..
p/s : Errr.. Berapa lama agaknya ya..? Perlukah check-in di mana2 hotel di luar kawasan yg tersebut..?
Jumaat banyak nak guna air sebab nak mandi sunat Jumaat kalaupun tak perlu mandi wajib .... ahaks. Selain itu di masjid ramai org nak berwudhu utk mengerjakan solat Jumaat. Bila saya call Syabas pada hari Jumaat tu bos mereka beritahu lori tangki telah diarahkan menghantar air ke masjid2 di kawasan yg tiada air.
DeleteSesiapa yg buat kenduri minggu lepas memang sedih kerana takde air. Di surau kami pada malam jumaat tu kami makan guna pinggan dan mangkuk pakai buang saje sebab takde air.
Alhamdulillah skrg ni bekalan dah pulih semula
Lama tak menjenguk blog kawan-kawan. Sudah main 'aku-aku' sekarang ya. :)
ReplyDeleteTerima kasih sudi menjenguk blog saya ini setelah sekian lama awak menyepi.
DeleteMemang di blog ini saya gunakan gantinama aku. Di fb saya gunakan gantinama saya.