Wednesday, March 13, 2013

Rumahtangga Musnah Gara-Gara Facebook

Entri ini aku kopipes dari status di fb aku

Ada seseorang berminat nak berniaga di internet. Dia dah pergi ke kursus anjuran Dr Azizan Osman dan habis beribu ringgit. Sudah mendaftarkan syarikat. Barang yg nak dijual pun dah ada.

Bila dia melihat jualan kain kapas Sweet Little Cotton Atikah (kakak Adam) di fb dia begitu teruja. Tapi malangnya dia takde akaun fb kerana dia fobia bila pakciknya yang dah bertahun2 berumahtangga bercerai kerana terpikat dgn kawan di fb.

Saya rasa korang yang ada akaun fb ni tak fobia kot atau memang takde orang cuba ngorat korang ..... hehehe

Apa pandangan anda?

26 comments:

  1. ade akaun FB ke tak ade ke.. kalau orang nak ngorat tu... dia ngorat gak...

    pastu tu rasa diri tu laku.. mula lah tunjuk belang...

    tak gitu... tetiba... hahahaa...

    *psstt... saya selau kena ngorat.... hahahaa...
    tinggal layan tak layan jaa.. (sila muntah...hahahaa)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang yang LAWA mcm CIKPuaNLawA ni sudah tentulah ramai org nak ngorat. Yang bujang, yang duda mahupun suami orang .... hehehe

      Bagi lelaki pulak bila berjaya ngorat dan berjaya pasang lebih daripada satu, mulalah jalan tak pijak tanah sebab rasa diri tu laku.

      Saya percaya statement CPL yang akhir tu. So, tak perlu nak muntah .... ngeeee

      Delete
  2. klu single n takde org nk ngorat sedih jugak.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum lagi tu. Kalau pandai mengayat kat FB atau blog tu, ramailah yang nak ngorat ...... ngeeee

      Delete
  3. Saya rasa tua utk kena ngorat lagi walapun suami sentiasa rasa muda pasal ramai gak dok mengimpit walaupun sebenarnya dia memang tua... Sila buat2 faham walaupun tak faham..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak memilih jalan selamat dan juga pilihan yg tepat dgn mengelak daripada kena ngorat.

      Org lelaki pula suka test the water. Itu sebab mereka tak merasa tua lebih2 lagi jika ramai peminat ..... hehehe

      Delete
  4. Niat harus betul dan pendirian kena tegas. kalau dah mmg niat ber fb nk cari yg lain mmg tak dapek nk tolong.

    so kalau niat dia mmg nak berniaga krn Allah, Insyaallah dia akn sentiasa beringat dan akan fokus (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang niat tu dah betul tapi dalam perjalanan banyak cubaan dan ujian. Itu sebab ada yg tewas. Kena pula org yg nak ngorat tu jenis tak mudah putus asa.... huhu

      Delete
  5. sy ada akaun fb..kebanyakan kawan2 yang sy add adalah kenalan rapat & beberapa orang kenalan blog..ada lebih kurang 200+ request yang sy abaikan.kenal mereka tapi tak rapat.bagi sy fb hanya medium untuk berhubung dengan kenalan rapat sahaja bukannya nk menjalinkan hubungan dengan orang lain:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baguslah mcm tu tak terima sesiapa saja yg zie tak kenal rapat atau tak berkenan.

      Tapi kadang2 bila kita buat mcm tu ada pulak yg kata kita sombong taknak terima mereka jadi rakan fb ...... huhu

      Oh ya. Ada juga org yg tak nak add kenalan rapat atau saudara mara sebab nanti apa yg dia buat org2 yg rapat dgn dia akan tahu ..... hikkssss

      Delete
  6. tanya sama hatiiiii, ehehehehe

    salam yb.

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa sebab sayang, nanti jawab hati ....


      Waalaikum salam juliet. Awak sihat ke? Lama tak dengar berita.... huhu

      Delete
  7. alaaa YB...
    kalau tak ada fb pun...
    kalau dah menggatal...
    kat mana -mana pon jadik...
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi kalau ada fb menggatalnya sampai ke alam maya ..... huhu

      Delete
  8. Yb kalau nak menggatal tu tak ada fb pun boleh menggatal....kepada kawan yb tu teruskan je niat nak buka fb...sekarang ramai orang berniaga secara online.....fikirkan yang baik2 je.....jangan semak kan kepala otak dengan perkara yang remeh temeh.

    Saya bukak fb sementara suami tak ada fb pun, tapi dia boleh buka fb saya bila2 masa tanpa perlu saya ada sebab password saya semua dia tahu.....dengan cara ini saja yang membuatkan dia percaya kan saya dan tak kesah pun kalau kawan fb saya tu lelaki macam yb dan kadang2 dia duk gelak2 bila komen2 dari kawan kawan saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memanglah yg jenis menggatal ni takde fb pun boleh menggatal. Dulu masa saya kecik ada sorang kerja drebar yg kaki menggatal. Dgn cikgu kelas dewasa pun dia dok ngorat sedangkan isterinya masuk belajar kat situ!

      Nanti Atikah nak ajar org ni mcmana nak mulakan perniagaan online. atikah balik awal hari ni. Harap org tu dah hilang fobianya.

      Suami isteri mesti ada perasaan saling percaya mempercayai

      Delete
  9. saya sudah like fb page anak yb. fyi, saya ni hantu cotton =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih like page Sweet Little Cotton tu. Ada banyak pilihan corak kain yg menarik.

      Selamat membeli belah di situ.

      Delete
  10. ermmmmmmmmm... tak tau nak kata apa... :)

    ReplyDelete
  11. Apa pendapat YB tentang seminar/kursus Dr Azizan tu?

    :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daripada beribu2 lemon yg menghadiri seminar/kursus beliau tu cuma berapa peratus saja yg follow through. Dan daripada yg follow through tu cuma berapa kerat aje yg berjaya.

      kalau dia dan pihak yg terlibat tu boleh tingkatkan peratusan yg berjaya, dah ramai org melayu bertambah maju.

      Delete
  12. Yb....minta maaf saya nak bagi pendapat kosong je.

    Pada saya Dr Azizan ni kaya bukan sebab berniaga apa2 pun....orang2 yang pergi ceramah dia je yang meng kaya kan dia sebab semua tu bukan free...nak tengok air liur dia keluar kena bayar...dan yang pergi tu boleh tahan ramai juga...sebelum terkenal dia ni orang biasa2 je cuma dia pandai bercakap...itu je kelebihan dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yg awak cakap tu ada kebenarannya. Tapi itulah kelebihan org yg pandai cakap dan market diri mereka ni. Sebahagian besar pendapatannya adalah daripada bayaran org yg mendengar atau mengikuti kursus atau seminar dia.

      Delete
  13. Its all on ourself. How u react. Mana2 ada je org ngurat. Layan x layan la. Lebih pd camner kita tangani masalah tu. Ada gak aku kena kt fb. Aku ajak jumpa. Tp aku bwk laki skali. Kakaka padan muka! Skang jd kawan. Kikikiki

    ReplyDelete
  14. gara2 fb sy ada satu cerita
    ni kisah benar tau
    adik lelaki sy rasa bersalah smpi skrg gara2 senior (org lama) diopisny mintak dibuatkan akaun FB..dia tolong buatkan
    x lama dgr citer org tu bercerai dgn isterinya dan tggl anak 5 org gara2 terpikat awek baru jumpa dlm FB..

    semoga ada pengajaran di sebalik kish itu
    tanya hati..sebab baik dan buruk sendiri fikir

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails