Tuesday, March 12, 2013

Nak Ke HK Tapi Sampai Ke HKK

Emak Adam dok sibuk ajak aku bawa dia keluar negara makan angin sambil shopping. Dia kalau pergi tempat yang boleh shopping memang dia minat. 

Mula-mula hari tu dia ajak ke Indonesia. Ke Bandung, ke Jakarta, ke Medan atau ke Padang. Semua tempat2 tu ada banyak tempat shopping. Aku dok tepis akhirnya tak jadi pergi.

Baru-baru ini dia sibuk nak ke Vietnam pula. Dengarnya barang2 di sana lebih murah daripada di Indon. Tambang nak ke sanapun taklah mahal sangat kalau kena gayanya. Ada jiran kami yang sering ulang alik ke Vietnam nak buat rombongan Cik Kiah pada bulan 5 ni. Pergi hari Khamis balik sini hari Ahad. Dia dok promo masa makan di surau pada malam Jumaat baru ni. Tergoda jugalah emak Adam. Untuk menepisnya aku kata anak2 sekolah siapa nak tengok2kan .... ngeeee

Bila nampak pula orang shopping kat Shanghai dia pun cakap kat China pun banyak barang murah. Adoyai jauh tu nak pergi sana. Tapi kalau dah alang2 ke China utk shopping, orang kata elok ke HK. Walhal nak ke HK tu pun nak guna duit juga.

Makanya, untuk tidak menghampakan emak Adam, aku bawa dia ke HKK seperti yang diiklankan di tv dan radio.

Apa dia HKK tu? Oh itu bermaksud Hari Kraf Kebangsaan. Ianya diadakan di Pusat Kraftangan Kebangsaan di Jalan Conlay, KL.

Berikut antara gambar yang sempat aku rakamkan di HKK tu:


Apa barang emak Adam nak main gasing? ... huhu


Yang ini bunga kristal dan mutiara dari Sabah. Cantik kalau dijadikan perhiasan tapi harga boleh tahan mahal. 


Beg dibuat daripada buluh oleh masyarakat Penan, Sarawak. Yang emak Adam pegang ini berharga RM154. Tapi aku rasa dia lebih berkenan dgn bag LV atau Coach .... ngeeee


Wakaf dari Terengganu ini berharga di antara RM25,000 hingga RM33,000 sebuah. Dibuat menggunakan kayu cengal. tambah sikit lagi boleh beli rumah murah sebijik


Baby cot dari rotan ini pun cantik. orang kalau takde kerja suka tidur awal Jangan cari pasal

Emak Adam ada menjumpai satu barang yang dia berkenan dan kami terpaksa membuat tempahan kerana kuantiti yang dibawa ke HKK ini tak mencukupi untuk kegunaan kami. Jadilah, ada juga barang yang dibeli dan ianya berjaya membuat emak Adam rasa gembira.



Nota: susah juga kalau bajet ciput. Nak makan angin atau nak shopping terpaksa di KIV dulu.

30 comments:

  1. Replies
    1. Barang2 kraftangan memang bukan murah. Kena yg dah sampai ke tahap ini.

      Tapi jika dibandingkan dgn beg LV kira oklah tu .... huhu

      Delete
  2. agak agak apa bendalah mak adam tu beli nyer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh nak beritahu sekarang ni. Tungguuuuuu

      Delete
  3. ha.. nak gak tau apa mendalah yg mak adam kenan tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benda tu cantik. Sebenarnya kami pergi situ dua kali. Hari Ahad tu dah beli 2 buah. Bila balik rasa ralat sebab beli sikit aje. Semalam saya dan emak Adam pergi lagi utk beli lagi banyak tapi kena tunggu mereka buat dulu. Dlm 3 minggu baru siap

      Delete
  4. baby cot tu kenapa tak dibuat saiz dewasa.Sedap agaknya kalau dpt tidur sambil diayun ptg ptg ni..hehe.Laku tak kalau buat bisnes jual cot utk orang tua .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Idea yg bagus juga tu. Mungkin pembuatnya kena berfikir di luar kotak mcm mokjadeandell ni. Bukan setakat di Malaysia tapi mungkin org luar juga berminat.

      Delete
  5. mahalnya wakaf tu.

    ke HKK pun jadi ler..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kan. Setakat kayu aje. Bukan ada api air pun ..... huhu

      Jadilah sebab boleh shopping. Org pompuan ni kalau dapat shopping sukalah dia .... ngeeee

      Delete
  6. Replies
    1. Bolehlah awak belikan utk anak sedara sebelum utk anak sendiri .... hikkss

      Delete
  7. Hampir setiap hari kakcik lalu kat Pusat Kraftangan tu, tapi tak pernah tergerak hati nak singgah. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari2 biasa memang takde apa sangat yg menarik tapi bila ada HKK ok juga kalau kakcik singgah. Org dari jauh termasuk pelancong pun ramai yang datang. Nak parking kereta pun takde tempat. Mujur disediakan parking tambahan dan kemudahan van shuttle.

      Delete
  8. apa barang yang Mak Adam terberkenan tuuu..

    nak lah jugak tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena tunggu beberapa bulan lagi utk ditayangkan kepada khalayak ramai

      hehehe

      Delete
  9. mmg syok dapat jalan2.
    tambah2 luar negara.

    aku ni jalan2 dalam negara pun tak berapa nak dapat.


    .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari tu kan awak dah sampai ke Vietnam. Oklah tu.

      Kami ni dah lama betul tak keluar negara. Passport pun dh lama mati.

      Awak nak jalan dalam negara tak susah sangat sebab pergi bertiga aje. Saya ni kalau nak tunggu semua cuti memang susah sebab cuti sekolah dan cuti universiti tak sama. Nasib baik saya tak perlu ambik cuti utk pergi bercuti .... hehehe

      Delete
  10. wakaf je dah boleh buat rumah:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Itu utk org yg duit dah tak tahu nak buat apa ..... hehehe

      Delete
  11. mana brg yang mak adam berkenan tuh......gila ar mahal wakaf tuh, tapi memang berbaloi la ngan jenis kayu tuh.....kalau budget ciput, nak pi jalan pun tak seronok, kang buying power pun merudum budget2 tak best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Barang tu kena dibuat dulu. Akan ambil masa dalam 3 minggu.


      Saya pun terkejut tengok harga wakaf tu. Masa saya ke Nilai 3 hari tu harga wakaf di sana juah lebih murah. Tapi mungkin kualitinya berbeza. Yg di Niali tu buatan Indonesia.

      Betul tu. Kalau bajet ciput, setakat pergi tengok tempat orang ajalah. Nak beli buah tangan tak cukup duit. Nak masuk tempat yg mahal pun fikir banyak kali ..... huhu

      Delete
  12. Saya singgah juga ke situ selepas balik dari Jb.....banyak sangat kereta, so letak kat parking yang jauh sikit lepas tu naik kenderaan yang disedia kan...rasa macam terlampau mahal wakaf atau gazebo yang di jual tu....ada kedai kat subang jaya jual lebih kurang RM2 ribu ke 3 ribu je....tapi suami sempat juga beli songkok buatan tangan dari Melaka tu....songkok raya kata nya.....mengalah kan budak2 pulak cik abang kita ni padahal raya lama lagi....ish ish ish malu I.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sempat jugak awak singgah situ. Baguslah tu. Bagi sokongan kpd industri kraf Malaysia.

      Memang susah nak dapat parking yg dekat sebab banyak kereta. Yang jauh tu pun ok juga sebab ada van disediakan. Free pulak tu.

      RM2K - RM3K tu kira murahlah. Cantik tak buatannya? Kalau ada tanah lapang boleh juga beli sebuah utk lepak2.

      Cik Abang tu dah tak tahu apa nak beli sambarlah songkok tu. Sekurang2nya raya nanti bolehlah menayang .... hehehe

      Delete
  13. Walaupun HKK tu dekat je dengan pejabat tak pernah pulak le nak singgah kat situ.

    YB kalau bab jalan2 husban Aina akan ikut ja cuma satu ja jangan nak mintak budget dengan dia...hahaaa... Buat masa la ni anak paling tua Tingkatan 1 so boleh lg la cilok tuang sekolah sehari dua nak jenjalan. Kalau dah beso2 masuk u kena lah bertolak ansur dengan cuti memsaning pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh pejabat Aina dekat area situ ke? Kalau tahu hari tu boleh roger aina datang ke HKK pada petang Isnin tu. Boleh jumpa emak adam .... ngeeee

      Bagi yang suami isteri kerja senang nak suruh keluar bajet sendiri bila makan angin. Tapi bagi surirumah, terpaksalah mengharap ihsan suami kalau nak berjalan. Takkan nak suruh dia keluar belanja sendiri sedangkan dia tak bekerja .... huhu.

      Kalau anak masih sekolah dan belum ada yg di uni agak senang nak makan angin. Samada kita pergi masa cuti sekolah atau kalau perlu, tuang sehari dua mcm yg aina cakap tu.

      Delete
  14. bagi la mem pegi ke Vietnam
    mesti dia suka ;)

    ReplyDelete
    Replies

    1. Bukan tak nak bagi tapi bajet belum ada. Semalam dapat surat dari LHDN suruh bayar income tax tambahan ....

      Mungkin mereka tersalah kira

      Delete
  15. Wife suka bukan jenis tipikal wanita, bukan jenis yg suka shopping.
    Jadinya, kamai kalau melancong, mmg kami sama sama pilih destinasi yang ada pemandangan hebat, tak dapat shopping takpe, tak kisah, asalkan landscape nya hebat..ahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ada juga wanita jenis itu. Senanglah suami isteri minat perkara yg sama. Jadi kalau nak melancong boleh fokus kpd perkara yg sama.

      Kamipun suka destinasi yg ada pemandangan hebat tapi emak adam kalau boleh nak bawa balik buah tangan sama. Bukan utk keluarga kami saja tadi utk jiran2 dan sedara mara jugak ..... ngeeeee

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails