Thursday, March 28, 2013

Masa Untuk Mendaftarkan Anak Ke Darjah 1

Kepada ibubapa yang anak mereka lahir pada tahun 2007 dan 2008, pendaftaran anak kalian untuk masuk ke darjah 1 di sekolah kerajaan sedang berjalan. Anda boleh mendaftar secara online menggunakan sistem Aplikasi Pengkalan Daftar Murid (APDM) untuk sesi persekolahan 2014 dan 2015.

Pendaftaran biasa telah bermula dari 1 Mac dan akan berakhir pada 30 April 2013 manakala pendaftaran lewat akan bermula dari 2 Mei 2013 sehingga 30 Okt tahun ini.

Sesiapa yang ada anak yang akan masuk darjah 1 tahun depan atau tahun berikutnya eloklah meluangkan masa mendaftar. Kalau tak nak guna secara online, boleh ke pejabat sekolah dengan membawa dokumen-dokumen yang diperlukan.

Tengahari tadi aku telah ke Sekolah Kebangsaan Setiawangsa untuk mendaftarkan Adam. Dia akan masuk ke darjah 1 pada tahun 2015. Tapi sengaja aku daftarkan sekarang sebab SKSetiawangsa ini ramai ibubapa yang nak masukkan anak mereka belajar di situ memandangkan ianya sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi. Sebelum diiktiraf sebagai SBT, sekolah ini telah dipilih menjadi Sekolah Kluster. Banyak anugerah termasuk di peringkat kebangsaan telah diraih oleh sekolah ini. Guru Besar sekolah ini pun tak kurang glamernya. Sering keluar di media. Yang terbaru di Harian Metro pada 23 Mac 2013. Di bawah ini aku cilok dari laman blog sekolah.


Tak boleh nak baca sebab kecik sangat? Takpe  di bawah ini yang aku dah scan supaya senang kalau nak baca.


Gambar Guru Besar yang ensem dan dua orang murid sekolah tersebut


Macam kenal aje murid lelaki tu. Oh namanya Muhammad Haikal Yunus

Aku petik apa yang ditulis oleh pemberita tentang pelajar ini:

Sementara itu, murid Tahun 6 SKS, Muhammad Haikal Yunus berkata dia berbangga kerana berpeluang menjadi murid di sekolah berkenaan sejak Tahun 1.

       "Ketika itu SKS masih memegang status Sekolah Kluster, tapi sudah aktif menjalankan pelbagai aktiviti akademik serta kokurikulum.
       "Begitupun banyak perbezaan dirasai selepas sekolah diktiraf sebagai SBT. Suasana pembelajaran dan persekolahan juga semakin baik.
      "Kami bukan saja diterap dengan nilai sahsiah dan disiplin tinggi, malah mengikuti banyak program pemantapan akidah disamping pengukuhan akademik," katanya.

Fuyooo terer budak ini cakap. Calang2 ahli politik pun tak boleh nak keluar hujah macam tu

Sudah tentu ramai lagi murid2 di situ yang petah macam dia. Tak hairanlah kenapa sekolah ini diiktiraf sebagai sekolah berprestasi tinggi.


Oh ya. Antara kriteria ibubapa berprestasi tinggi ialah mereka masih mempunyai anak yang nak masuk darjah 1 walaupun mereka dah nak dapat menantu .....  hehehe



12 comments:

  1. untung laaa.. hahahaha. so bila nk bagi Adam adik? ;))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi anak sedara ajelah ... ngeee

      Delete
    2. go go go utk dpt adik for adam, my vote for you YB

      Delete
    3. Simpanlah undi elly utk PRU13 nanti ..... huhu

      Delete
  2. Anak sapa la yang hensem benor tuuuu... Haikal eh namanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu azie baru tengok anaknya. Ayahnya lagilah ensem ..... hehehe

      Tapi tak tahulah kalau hot mcm azie ...... ngeeee

      Delete
  3. eh, sekolah ni dekat dgn tempat kerja saya... boleh sekodeng! ekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh Kay kerja kat situ ke? Bolehlah pergi makan rojak dan cendol Kak Zah lain kali ... ngeee

      Delete
    2. saya suka rojak kat foodcourt... sedap!

      Delete
    3. Rojak kat foodcourt tu pun ok jugak tapi saya kalau ke sana biasanya makan nasi dagang kat gerai makcik yg kat penjuru tu

      Delete
  4. kah kah kah kasi gelak kat ayat yang akhir yang font kecik tuh, kakakakakkakakakakkakaka
    kalau saya ada peluang pun, saya akan hantar anak ke sekolah sebegini....seb bek kat tempat saya tak de
    tapi masih bersyukur anak ditempatkan di kelas terbaik utk sekolah agama.....tahun ni, dia kena kerja keras nampaknya sebab markah 490/500 pun dia masih leh dpt no. 10 akkakakakakakkaka
    tapi malangnya utk sekolah rendah tak de lak aturan klass begitu sebab base pd sistem band...untunglah dpt hantar anak ke sekolah seperti ini!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah gelak guling2 ke baca ayat tu? Rasanya itu salah satu petunjuk prestasi ibubapa .... hahaha


      SBT ini tak banyak. Kebetulan salah sebuahnya dekat dgn tempat kami. Harap2 Adam dapat diterima masuk ke situ bila tiba masanya kelak.

      Tahniah kpd anak elly kerana pencapaian cemerlang di sekolah agama. Mesti ramai murid2 yg pandai2 sebab kurang 10 markah pun dah no 10. In sya Allah pada periksa akhir tahun nanti dia dapat markah penuh seterusnya mendapat no 1.

      Sekolah rendah memang berbeza2. Mana yg guna pakai sistem band takdelah no dlm kelas .... huhu

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails