Tuesday, March 19, 2013

Pengajaran Daripada Melawat Orang Sakit

Petang Ahad baru ini kami bercadang nak menziarahi salah seorang jiran kami yang dimasukkan ke Hospital Selayang kerana sakit. Sebelum Asar aku call beberapa orang jiran yang mungkin nak ikut sama. Sementara itu aku minta emak Adam call isteri jiran kami itu untuk dapatkan no wad dia sebab yang kami tahu cuma hospital dan tingkatnya aje. Bila emak Adam call, isteri jiran tu beritahu suaminya baru saja balik ke rumah setelah dibenarkan keluar dari hospital.

Maka petang itu sebahagian jiran setaman kami telah berkunjung ke rumah jiran yang sakit ni. Berikut antara gambar yang sempat aku tangkap. Dah macam blogger yg baru kemaruk ambil gambar pulak aku petang tu sebaik saja diminta tolong oleh salah seorang jiran yang datang tu untuk mengambil gambar menggunakan iPadnya. Aku pun mengambil kesempatan mengambil gambar menggunakan iPhone 5 aku yang masih bau kedai tu ..... hehehe


Sebahagian jiran lelaki yg hadir. Perhatikan meja yg penuh dgn hidangan. Sebelum itu satu majlis bacaan doa selamat yg dipimpin oleh Ust Abd Hadi (yang berkopiah putih) telah diadakan utk kesejahteraan pesakit


Di antara jiran wanita yang turut berziarah ke rumah jiran yg sakit tu. Meriah rombongan Cik Kiah ni.



Ini dia jiran kami yg sakit tu - Tuan Hj Rajiani Abd Hamid. Nampak susut badan dia. Yang sebelah dia tu yg tak nak susut2 badannya .... huhuhu



Buah tangan daripada para tetangga




Dah macam majlis hari raya pula. Kesian org yg sakit pula yg duduk bawah.



Hj Rajiani ini dulu pegawai Petronas. Tapi bila dah bersara ini dia tak boleh lagi ke Prince Court. Kenalah ke hospital gomen kalau nak murah.


Petang itu selain dapat merapatkan silaturahim penduduk setempat, aku juga dapat memetik dua pengajaran yang aku nak kongsi dgn pembaca blog aku ini:

Pengajaran pertama: Bila diuji dengan penyakit, banyakkan beristighfar memohon ampun daripada Allah kerana menurut Ust Abd Hadi, bila kita ditimpa sakit itu tandanya Allah murka dengan dosa yang kita lakukan. Cuma mungkin kita tak tahu dosa yang mana satu. Makanya, sayugia kita membanyakkan beristighfar dan bertaubat serta berdoa kepada Allah.

Pengajaran kedua: Elok ada medical card untuk menampung perbelanjaan kesihatan bagi mereka yg tak kerja gomen atau yang syarikat tak tanggung selepas bersara.





28 comments:

  1. aktiviti usia-usia YB la kan lawat org sakit...

    semoga yang sakit tu cpt sembuh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melawat org sakit ni tak kira usia sepatutnya. Ianya salah satu daripada hak jiran terhadap kita seperti mana yg diterangkan oleh Rasulullah s.a.w.

      In sya Allah semoga dia cepat sembuh. 4-6 minggu lagi dia akan menjalani pembedahan utk penyakitnya itu.

      Delete
  2. setuju utk 2 senarai tu..
    skrg kos perubatan amatlah mahal
    sib baik kompeni over tp pencen nnt spital gomen lah kot

    tak susut takpe..asal sihat ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih setuju. Ianya lebih utk ingat mengingati sesama kita.

      Memang kos perubatan terutama di hospital swasta sangaaatttt lah mahal sekarang ni. Silap haribulan boleh dapat sakit jantung bila tengok bil perubatan tu ..... huhu.

      Kebanyakan kompeni cover kakitangannya sampai umur persaraan saja. Lepas tu bila kita semakin tua biasanya masa itulah banyak penyakit.

      Alhamdulillah saya sihat. Tapi kalau dapat kurangkan berat badan skrg ni rasanya akan lebih sihat ...

      Delete
  3. inilah namanya jiran sepakat membawa berkat

    ReplyDelete
    Replies
    1. inilah yg seronok duduk di taman ini. Jiran2 di sini dah macam sedara. Surau tempat kami pun dinamakan Surau Al-Ittifaq yg berbawa makna surau kesepakatan

      Delete
  4. Assalamualaikum,
    semoga beliau cepat sembuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam.

      Beliau sebenarnya ada batu di dalam hempedu. Doktor kata akan membuat pembedahan dalam masa 4-6 minggu lagi. Dia diminta balik ke rumah utk berehat dulu dan menanti giliran utk pembedahan. Hospital kerajaan kenalah tunggu giliran ...... huhu

      Delete
  5. pB pun dok ura ura nak ambil medical card.
    Tapi bila umur dah lebih 40 nie , mahal pulak premium nya ....


    alahaiiiiiiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau syarikat tempat pB tu tak cover bayaran perubatan setelah pB bersara atau berhenti kerja, mungkin mengambil insuran perubatan satu jalan yg baik. W/pun dah lebih 40 tahun tapi rasanya lebih elok daripada tunggu dah bersara baru nak ambil medical card tu. Masa tu rasanya kebanyakan sykt insuran dah tak nak kasi .... huhu.


      Mungkin boleh tanya wakil syarikat insuran seperti Tijah utk menerangkan perkara ini.

      Delete
  6. - Bagus kejiranan YB ni, siap dtg ramai2 dan bagi jambangan bunga + buah buahan...hihihihi..

    - memang lawak pulak saya tgk gambar 'org yg sakit tu pulak duduk bawah!'

    - Kalau dah terbiasa sgt ke Prince Court, mesti jiran YB ni cultural shock masuk Hospital Selayang...ngeeeeeeeeeeee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yg best duduk sini. Ada org yg tak nak pindah ke tempat lain yg lebih mewah w/pun mereka mampu sebab sayangkan kejiranan ini ..... hikkss

      Org sakit tu mulanya duduk di atas tapi bila dah ramai dia mengalah duduk di bawah dgn beberapa org tetamu.

      Tak sampai hati nak tanya samada dia dapat kejutan budaya bila masuk Hospital Selayang tu. Nanti bertambah sakit pulak dia ..... huhu

      Delete
  7. saya baca from somewhere, bila kita melawat org sakit dan mendoakan dia, Allah menurunkan rahmat kepada pesakit tu. mcm baru2 ni, suami sepupu belah husband diagnosed dgn kanser hati stage 4. ramai keluarga dan kawan2 dtg melawat, sama2 berdoa....sebulan lepas tu dia meninggal...family arwah bercerita, mudah sungguh dia pergi. mungkin berkat doa dari semua org....wallahu'alam

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sya Allah doa org yg melawat saudara atau rakan yg sakit akan dimakbulkan. Lebih ramai yg berdoa lebih baik. Kalau ditakdirkan nak dipanjangkan umur, maka cepat disembuhkan. Dan jika ditakdirkan ajalnya telah sampai, maka dipermudahkan perginya.

      Delete
  8. Gembira orang sakit bila ramai datang melawat.. bagus muafakat penduduk tempat YB..

    Betul.. kos perubatan sekarang bukan calang2.. alhamdulillah ada hospital kerajaan.. hospital kerajaan sekarang pun dah bagus bukan macam dulu..

    Happy belated birthday..makchaq doakan YB dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangankan org sakit, org sihat pun akan rasa gembira bila ramai datang melawat. Isteri jiran kami yg sakit tu begitu gembira (suaminya pun) sehingga dia sediakan macam2 makanan petang itu.

      Alhamdulillah penduduk di sini memang bagus muafakatnya. Tambahan 99% adalah org Melayu.

      Hospital kerajaan memang dah agak bagus sekarang tapi senarai menunggunya panjang terutama bila nak buat pembedahan. Saya teringat arwah FIL dulu kena tunggu 6 bulan utk operate tulang kakinya yg patah kalau nak buat di hospital kerajaan. Akhirnya anak2 dan menantu kumpul2 duit utk hantar dia operation kat hospital swasta sebab dah sakit sangat.... huhu.

      Terima kasih di atas ucapan dan doa makchaq tu. Saya pun doakan yg sama utk makchaq sekeluarga.

      Delete
  9. Tumpang simpati dengan jiran Bang YB tu. Semoga kembali sihat sejahtera.

    Baguih sungguh kejiranan Bang YB ni. Saling prihatin dan sokong menyokong. Tu kalu kenduri kendara, kompomlah penuh rumah dgn jiran tetangga, lebih dari sedara mara pula ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap2 begitulah. Dia akan menjalani pembedahan dalam masa 4-6 minggu lagi.

      Alhamdulillah kebanyakan jiran di sini prihatin soal2 kemasyarakatan di sini w/pun adalah segelintir yg tak ambik kisah sangat. Bagi yang rajin bercampur dgn jiran2, memang kalau dia buat kenduri penuh rumah sehingga terpaksa pasang khemah.

      Masa saya buat kenduri arwah emak bapak saya tak lama dulu ada 200 org yg hadir terutama jiran tetangga.

      Delete
  10. Replies
    1. Dah hilang bau kedai. Dah bau roti canai, nasi dagang, gulai udang dan entah apa2 lagi bau ..... huhu

      Delete
  11. Semuga Tuan Hj Hadi sihat sepenuh nya...insyaallah.

    Dalam pada tu nak tergelak saya bila yb cakap dah macam blogger baru kemaruk ambik gambar...ya lah sebab yb seorang blogger jadi ambik gambar tu anggap je lah sebagai yang perlu buat...bukan lah kemaruk.

    Setuju dengan yb...atau sekurang kurang nya ada insurance, sekarang kalau nak ke hospital swasta semua nya mahal2 belaka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang sakit tu namanya Hj Rajiani. Hj Hadi tu ustaz yg memimpin doa selamat. Beliau bekas imam di surau kami dulu. Bagus juga doakan beliau sihat..... ngeee

      Eh janganlah tergelak. Mula2 tu memang saya takde niat nak ambik gambar sebab rasa mcm tak sesuai di rumah org sakit. Tapi bila seorang jiran tu (wanita) hulurkan iPad dia minta tolong saya ambik gmbr, saya pun apa lagi ..... hehehe

      Kalau takde insuran memang cari pasal ke hospital swasta melainkan duit ada berkepuk2.

      Delete
  12. salam semua, sepital kerajaan dah mula charge kos xray dan segala nya. kalau pegi wad kelas 3, ramai org kampung risau nak bayar. itu belum lagi nak bayar kos seperti cuci darah dan sebagainya.. kalau pego spital yg di negeri luar kl tu memang kesian pada pesakit tu suma. Allh swt je tahu betapa masih ramai orang susah .... cuma takde la pulak org menulis pasal ni.

    wasalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang semua perkhidmatan kena cas. Mana ada yg free. Bagi yg mampu tu takpe juga. Bagi yg miskin itu satu bebanan.

      Yang sering ditonjolkan Klinik 1Malaysia tapi hal2 spt yg awak utarakan tu tak ditunjukkan. Harap pihak yg bertanggungjawab mengambil tindakan sewajarnya utk menolong rakyat yg susah.

      Delete
  13. Sempat lg snap pic. Meriah betul jiran2 YB. Bab medical ni mmg la mahal kemain. Saya yg ada medical card ni pun gaduh bagai ngan insurans company bila tiba bab GL

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah ada peluang snap apa lagi.... gunakanlah sepenuhnya.

      Sykt insuran ni memang pandai nak mengelat. Emak Adam dah dua kali claim tapi atas sebab2 tertentu claimnya tak diluluskan. Agen insuran yg kami ambik insuran tu pulak buat lepas tangan. Masa nak mengayat masuk insuran macam2 dia janji.... huhu

      Delete
  14. Maaf...tersilap pulak nama pesakit nya...tak per lah didoakan kedua dua nya sihat walafiat hendak nya....begitu juga yb.

    Saya tergelak bukan sebab nak perli yb....cuma geli hati bila membaca perkataan 'kemaruk'...hihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tersilap nak buat mcmana. Terima kasih mendoakan kami semua sihat walafiat. Saya pun doakan awak sekeluarga sihat.

      Kemaruk sebab tak cukup 1-2 gambar tapi dah mcm cameraman tempat pengantin pula saya masa tu. Ambil angle sana, angle sini. Nasib baik tak terlanggar org yg sakit tu ..... huhu

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails