Semalam sebaik aku install Viber kat iPhone aku ada 2 org telah menghantar mesej. Yang seorang tu kerja jual unit trust. Nak jumpa aku minggu depan. Yang kedua dari satu nombor hp yg tak aku kenali. Dia tulis, "Welcome hj to viber."
Bila aku balas balik dan tanya siapa dia, dia beritahu namanya. Ada Ir di depannya.
Oh kawan aku semasa belajar di USA dulu rupanya.
Pagi ni aku call dia menggunakan viber. Percuma maaa.
Kami pun berceritalah tentang perkembangan masing2 dan kawan2.
Dia beritahu aku salah seorang kawan lelaki kami telah meninggal dunia kira2 empat tahun lepas kerana sakit jantung. Aku tak dengar khabar tentang arwah sehinggalah tadi. Dah takde rupanya dia.
Kemudian kawan aku tu beritahu pula kawan kami (perempuan) pun dah meninggal dunia kerana barah payudara. Aku kenal dia kerana semasa kami belajar tu tak ramai pelajar perempuan dari Malaysia di universiti kami. Arwah telah ditackle oleh salah seorang rakan kami (w/pun ada juga pelajar lelaki lain yg syok kat dia) dan mereka telah berkahwin semasa belajar di sana lagi.
Rupanya dia pun dah meninggal dunia.
Aku cadangkan kepada kawan Ir aku tu untuk adakan reunion pelajar2 dari universiti kami dulu. Kalau lambat2 nanti habis pula semua dah pergi buat selama-lamanya.
Untuk dua orang kawan aku yang telah mendahului kami tu marilah kita sedekahkan Al-Fatihah.
Copppp!!!!
ReplyDeleteOpocot!!!
DeleteAl fatihah....tak lewat dan tak cepat pasti kan kembali padaNya jua
ReplyDeleteMemang ajal kita telah ditentukan sejak azali. Bila tiba masanya kembalilah kita kepada Pencipta kita.
DeleteBaru 40an mereka telah pergi buat selama2nya.
Baru balik kenduri di club golf bukit mahkota
ReplyDeletetp darah mendidih dgn si bujang terjum dlm kolam
Siapa yg buat kenduri kat club golf tu? Glamer tu.
DeleteSi bujang tu gian tengok kolam tu lah. Dah basah tu mcmana bawa dia balik? Ada pakaian spare ke?
Tapi jaga juga diri kawal.amarah gak sbb fikir kalau sya kecik pun buat gitu jugak kot:-P
ReplyDeleteItulah yg terbaik, Kena kawal perasaaan marah tu sebab dia pun mungkin tak sengaja terjun ke dalam kolam tu.
DeleteNak bercuti di admiral pd.."bulanmadudiawanbiru"
ReplyDeleteCuti berdua aje ke? hehehe
Deleteinnalillah...
ReplyDeleteteringat pulak kat kawan-kawan lame kite :)
Menurut kawan saya yg Ir tu kawan kami yg perempuan tu tak tahu dia mengidap barah payu dara sehinggalah dia buat medical check up utk sambung master ke Australia. Masa tu doktor cakap dah serius dan cuma boleh bertahan dalam 6 bulan.
DeleteKawan2 lama awak tu masih ada lagi ke atau dah tiada? Kalau ada, elok juga berjumpa dgn mereka sementara kita masih hidup ni
emmm,
Deletedah kritikal la tu...
entah macam mane la hidup kite kan...
Itulah dia tak pergi buat pemeriksaan awal2.
DeleteRamai org yg kes mcm ni. Tahu2 dah stage 4 .... huhu
Baru ni masa sembang2 dengan kawan teringat masa dulu2
ReplyDeleteDulu2 cerita pasai kawan2 dah grad dah dapat kerja kat sana kat sini...
Lepas tu cerita kawan ni kawan tu dah kahwin, lepas tu orang tu orang ni dah dapat anak....
Lepas tu mai bab bermenantu dn cucu..
La ni bila sembang dah cerita kawan kita tu dah tak ada rupanya.. Si anu tu pun sakit... umuq pun dah separuh abad... Masa kita pun dah makin singkat..
Elok la cadangan nak buat reunion tu...
Itulah perjalanan hidup kita manusia ini. Keutamaan kita berubah mengikut peringkat usia. Kalau masa belajar sibuk nak dapat keputusan cemerlang. Bila dah kerja, sibuk nak naik pangkat. Bila dah ada kerja sibuk nak kahwin. Selepas kahwin, mulalah nak ada anak. Kalau ada rezeki cuba beli rumah yg elok utk tempat tinggal keluarga.
DeleteBila anak dah besar, mula nak bermenantu. Pastu tu dok kira cucu terutama bila dah pencen.
Tapi tak semua dipanjangkan umur sampai sempat pencen.
Tahun lepas rumah saya ada buat reunion untuk pelajar2 Yayasan Selangor yang tinggal di Asrama Dr Latiff badge 1977......seminggu kemudian salah seorang classmate suami saya yamg datang telah meninggal dunia....beliau ialah YB Dato Badrul Hisham Abdul Aziz...masa dalam perjumpaan itu dia berborak sakan dan beria ia menjemput kami semua kerumahdia untuk majlis yang akan datang.....tapi dah ketentuan Allah beliau pergi untuk selama lama nya..alfatihah.
ReplyDeleteBegitulah suratannya. Setidak2nya dapatlah kawan2 tu bertemu termasuk dgn arwah Dato Badrul Hisham.
DeleteKeluarga emak Adam pun pernah buat pertemuan jejak kasih semua adik beradik abah emak Adam dan keluarga masing2 beberapa tahun dulu. Yang organise ialah sepupu emak Adam tapi dibuat di rumah abah emak Adam.
Tak lama selepas itu beberapa orang sedara mara kami tu termasuk sepupu emak Adam yg organise pertemuan itu meninggal dunia.
Lepas tu dah tak berani nak buat lagi .... huhu
Alfatihah .. buat kawan YB...
ReplyDeletesaya pon dah lama jugak tak jumpa kwan2 lama...
dan ada juga yg dah kembali...
Terima kasih bagi pihak keluarga mereka di atas sedekah Al-Fatihah CPL tu.
DeleteKalau ada peluang eloklah kita berjumpa kawan2 lama tu. Banyak kenangan pahit manis semasa kita muda2 dulu.
Ada yg dah kembali? Kita tak tahu giliran kita bila pulak.
al fatihah
ReplyDeletesemoga mereka bahagia di sana.
Deleteumur kita, usia kita, semuanya rahsia Allah. alfatihah untuk kedua-duanya.
ReplyDeletecepat-cepatlah reunion ek.
Yup. Itu semua rahsia Allah. Kita kenalah siapkan diri utk bertemu dgnNya.
DeleteNak kena tubuhkan organising committee. Tak larat nak buat sensorang .... huhu
Al fatihah
ReplyDeleteSemoga menjadi bekalan mereka di sana.
DeleteTerima kasih elly
alfatihah buat yg sudah pergi
ReplyDeletekita ni renung balik amal yg ada utk dibawa kenegeri sana :(
Terima kasih bagi pihak mereka yg telah pergi tu.
DeleteBetul tu. Kita kena renung dan menghisab diri sebelum kita dihisab.