Wednesday, March 20, 2013

Kepuasan Melangkau Wang Ringgit

Petang semalam salah seroang staf aku beritahu aku dia nak beli rumah. Rumah kos rendah. Atas tangan pemilik pertama tak jauh daripada tempat dia kerja. Staf aku beritahu pinjaman perumahan telah diluluskan. Cuma nak bayar duit muka saja tapi dia tak cukup duit. Dia memohon jasa baik aku kalau syarikat kami boleh beri dia pendahuluan gaji utk bayar downpayment itu.

Aku tanya berapa banyak yang dia perlukan dan dia pun beritahu aku jumlahnya. Aku pun kata insya Allah akan aku usahakan kerana aku tahu dia memang berharap sangat syarikat dapat memberi dia advance tu.

Malam tadi aku aturkan pembayaran elektronik ke akaun dia.

Pagi tadi selepas berbincang pasal kerja, aku beritahu dia duit advance sudah masuk ke dalam akaunnya.

"Terima kasih Encik," balasnya dengan rasa syukur dan gembira yang amat sangat.

Semoga impiannya memiliki rumah sendiri akan menjadi kenyataan tak lama lagi walaupun sekadar flat kos rendah.

Aku juga bersyukur sebab dapat sedikit sebanyak membantunya mengejar cita-cita tersebut.

Ada seorang ustaz pernah memberitahu aku bahawa pahala majikan yang memberi peluang pekerjaan kepada orang Islam adalah lebih besar daripada seorang yg memberi sedekah kepada fakir miskin. Ini kerana sedekah itu hanya untuk keperluan fakir miskin pada waktu itu saja sedangkan gaji yang diberikan oleh majikan boleh dimanfaatkan oleh pekerjanya serta keluarga mereka untuk jangkamasa yang panjang. Dengan hasil upah kerja itulah pekerjanya dapat menampung keperluan keluarganya termasuk untuk makan minum, pakaian dan tempat tinggal.

Walaupun syarikat aku ni kecil dan kerdil tapi semoga Allah menerima niat aku untuk membantu saudara2 Islam aku yang bekerja di syarikat ini.


Nota: Beruntunglah mereka yang mempunyai syarikat besar yang menggaji beribu-ribu pekerja jika niatnya untuk membantu anak bangsa yg seagama (Islam) selain meraih keuntungan duniawi.

23 comments:

  1. semoga semuanya dipermudahkan YB :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulilah..Besar ganjarannya YB bermurah hatui bagi advance macam tu..

    Saya pernah dengar ustaz di radio IKIM cakap, apa apa yg kita buat, NIAT pertama mestilah kerana Allah, harapkan redhaNya...termasuklah bidang kerja/bisnes kita. Boleh ambil upah/gaji, tapi nawaitu asal kita kena set betul betul..maka pahala & redhaNya dapat, imbuhan dunia pun, dapat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ganjaran tu kita serahkan kepada Allah. Apa yg kami ada ini semuanya datang daripada Dia jua.


      Di dalam Islam niatlah yg paling utama. Setiap amalan dikira berdasarkan niat pelakunya. Saya rasa kalau setakat nak cari duit, gaji saya semasa makan gaji dulu sudah mencukupi. Tapi jika ingin tolong orang lain, maka saya ceburi diri dalam bidang sekarang ini. Semoga Allah menerimanya sebagai amal soleh.

      Delete
  3. Alhamdulillah pekerja tu dapat majikan macam YB. Ustaz kata jugak kalau ada 10 ringgit derma seringgit dengan ada 1000 derma 100 sama ja.. InsyaAllah niat tu yg dtgkan ganjarannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapalah sangat saya ni jika dibandingkan dgn majikan besar yang mampu menyediakan lebih banyak kemudahan termasuk pinjaman mudah utk membeli rumah. Tapi setakat ini, hanya ini yg kami mampu beri.

      Kami ni masih di peringkat ada seringgit derma sepuluh sen agaknya.

      Delete
  4. Smg Allah murahkan lagi rezeki Yb

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiin. Terima kasih.

      Semoga Allah memberikan kita semua rezeki yang murah dan berkat.

      Delete
  5. semoga Allah.. memberi keberkatan and memberi lebih banyak rezeki pada YB .. InsyaAllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiiinn.

      Terima kasih mendoakan saya. Semoga Allah memberi yg sama atau lebih baik kpd CPL

      Delete
  6. Replies
    1. Itulah kan. Pasal dia bagus tulah ramai org nak tackle dia .... hahaha

      (harap jangan muntah)

      Delete
  7. YB tak nak ka mai area2 putrajaya ni.. mai la bawak sekali hanger tudung ngan plain english cotton..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat masa ni tak dan nak ke sanalah makchaq. Tapi minggu depan mungkin saya nak ke area Serdang. Macamana nak kontek makchaq?

      Delete
    2. Ala.. minggu depan makchaq pulak cuti nak pi Kedah.. 0192671046

      Delete
    3. Ha'ah minggu depan cuti sekolah. Nampaknya belum jodoh kita nak jumpa ...... huhu

      Delete
  8. Alhamdulilah, semoga business YB bertambah maju. Bagusnya dapat BOSS macam YB ^-^.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih banyak2 mendoakan kebaikan utk saya.

      Semoga Allah tambah nikmatNya kepada Norlida dan keluarga juga.

      Delete
  9. Alhamdulillah, semoga terus murah rezeki. Bagus dpt membantu saudara seagama!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika kita membantu saudara kita yg memerlukan nanti Allah akan bantu kita samada di dunia ini atau di Akhirat kelak.

      Delete
  10. Syukur alhamdulillah, beruntung dia dapat majikan macam YB...semuga Allah merahmati keluarga majikan yang perihatin ini, amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pekerja yang berpuas hati akan memberi produktiviti yang lebih tinggi. Saya harap kakitangan kami seronok kerja dgn syarikat ini w/pun tak terkenal.

      Delete
  11. ada keje kosong tak?
    nak isi borang jugak la..bertuah dapat majikan prihatin mcm YB ni
    hehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails