Thursday, March 21, 2013

Mengapa Hawa Tercipta Saat Adam Tertidur


Dikatakan bahawa seorang lelaki jika kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya.


Seandainya Hawa diciptakan dari Adam ‘alaihissalam saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia akan membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa.

Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, dia melihat kematian ada dihadapannya, akan tetapi semakin bertambah sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkannya, bahkan dia akan menebusnya dengan kehidupannya.



Nota: Sekadar coretan malam Jumaat kliwon


Dah pukul 11 lebih ni apasal Adam masih tak tidur? ...... huhu

16 comments:

  1. sebab Adam dah tidur lama kot ptg td.. next time, jgn la bg dia tidur petang..

    # Kliwon la semedang ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejak sekolah tadika ni Adam biasa tidur lepas balik sekolah. Letihlah tu agaknya. Bila dah tidur petang, malam memang dia lambat tidur.

      Kalau tak bagi dia tidur petang kesian pulak dia mengantuk dan letih lepas balik sekolah tu ..... huhu.

      Memang minggu ni kliwonlah ..... ngeeee

      Delete
  2. jgn bg adam minuman manis..nanti dia aktif n susah nak tdo..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih berkongsi petua. Tapi dia tak minum manis pun aktif jugak malam2 ..... huhu

      Ada kawan saya yg bagi anaknya minum ubat batuk biar budak tu mengantuk ... ngeee

      Delete
  3. kadang tak tido malam sebab masa tulah idea dtg mencurah2 ...cuba exercise petang keluar peluh boleh tidor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau jadi karyawan atau penulis bagus idea datang mencurah2 tu. Kalau setakat nak update blog atau status kat fb tak perlu sangat idea yg mencurah2 ini kot ..... ngeeee


      Biasanya saya main badminton pada malam Khamis sampai lencun keluar peluh. Petang Khamis rilek sebab nak ke surau pada malamnya utk sama2 baca Yasin dan tahlil.

      Delete
    2. Apa2 pun boleh asal selesa...trima kasih singgah blog ngee

      Delete
    3. Betul tu. Yang penting sesuai dgn keadaan kita dan kita selesa dgnnya.


      Terima kasih kembali.

      Delete
  4. ni nk suruh mak adam beranak lagi la nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jauhnya awak membaca yang tersirat. Taklah sampai ke situ.

      Delete
  5. baca komen k tas dan gelak.

    gelak macam ni.

    hahahaha!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ciss

      Awak pun dah terikut2 dgn tasek tu ..... huhu

      Delete
  6. Minum orang juice kata orang puteh buat kita jadi hyper...so jangan bagi adam orang juice nanti dia susah nak tido memalam...hihihi.

    Teringat pergi Cirebon...nak naik ketempat Wali Songo...sibuk2 Pak Sultan cakap kebetulan hari ni Jumaat Keliwonan....orang melayu macam saya mana tau apa makna jumaat keliwonan....terpinga pinga bila dengar...tapi sekarang Pak Sultan dah mangkat...dengar jerita anak2 nya bergaduh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adam jarang minum orange juice memalam. Dia minum susu. Tapi sebab dia biasanya tidur sebelah petang maka malam dia lambat tidur. Selagi emak bapaknya tak tidur selagi itu dia tak tidur ..... huhu


      Anak2 Pak Sultan bergaduh pasal jumaat kliwonan ke? .... hehehe

      Delete
  7. Teruk nya saya typo orange juice bukan orang juice....maaf ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mula2 saya ingat orang diperah pada malam jumaat kliwon utk dijadikan orang juice ..... wakaka

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails