Monday, March 25, 2013

Kasih Sayang Adik Beradik

Di dalam banyak2 ucapan hari jadi untuk Atikah sempena ulangtahun hari kelahirannya semalam, ucapan daripada adik kandungnya yg berada di Sabah yang menyentuh hati aku dan emak Adam.

Berikut apa yang diucapkan oleh Afifah kpd kakaknya:



Selamat ulangtahun kelahiran untuk kakak tersayang @atikahanna Teman gaduh, teman gossip, teman shopping, teman duka lara, teman makan, teman masuk asrama, teman ke mana-mana, teman tidur & teman mandi waktu kecil. Mungkin sayang jarang diucap tapi rasa kasih dan syukur sentiasa di hati. Walau kita berlainan bidang, berlainan kecerahan kulit juga berlainan saiz pinggang, kau tetap ku sayang. Maaf tak dapat bersama harini. Jarak memisahkan. Semoga hidupmu makin diberkati & dirahmati olehNya.


Gambar ini disertakan bersama




Masa aku baca status di fb ini kami baru saja selepas solat qasar Asar di masjid Batu 10, Tg Karang. Kami di dalam perjalanan ke rumah mak long Adam di Sg Besar. Bila aku beritahu emak Adam ada ucapan daripada Afifah utk Atikah dia pun terus membacanya di hp barunya. Bila aku menoleh kearah emak Adam aku lihat dia mengesat airmata.

"Emak nangis?" tanya Atikah.

"Mestilah. Sedih tau anak emak takde sorang bersama dgn kita," jawab emak Adam sayu.

"Pandai jugak dia menulis perasaannya," sambung emak Adam sebak.

24 comments:

  1. Cayalah Fifah..! Akk yg baca pun terharu..
    Happy birthday Cik Jual Kain Kapas Manis..


    p/s : Atikah tanya emak dia nangis, dia tak menangis ke..? Ke matanya je aje masuk habuk..? Ngeee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sangka pandai bermadah pulak Fifah ni (eh ini boleh dikira madah ke?)

      Cik Jual Kain Kapas Manis birthday pun berniaga kain.

      Tak pasti samada Atikah nangis sebab dia duduk di belakang. Kalau nak tahu, tanyalah Haikal.

      Delete
  2. sama aja cerah kulitnya YB..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gambar yg tu dah diterangkan agaknya. Tapi kalau tengok live sebelah menyebelah mmg kakaknya lebih cerah.

      Gambar tengah yg kanan sekali tu (yg ada ayah mereka) kan nampak bezanya .... ngeeee

      Delete
  3. Selamat Hari Lahir, semoga hari ini akan mengingatkan kita betapa jarak kehidupan kita sebenarnya menjadi semakin pendek... dan semoga ianya akan membawa diri kita semakin sujud tawadduk kpd Allah SWT ...Semoga Allah sentiasa Memberkati kehidupan anakanda Atikah ... semoga semakin maju dalam bisnes etc...

    Auntie Azzah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih di atas ucapan, doa dan peringatan Azzah tu. Setiap hari kita semakin pendek umur kita. Kita sendiri tak tahu samada kita akan dapat menyambut ulangtahun kelahiran kita tahun depan.

      Bisnes tu hanya sambilan kerana Atikah tak habis lagi ambil ACCA. Masa time periksa biasanya kenalah slow sekejap.

      Delete
  4. huhuhu...

    alrite la tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alrite aje dua beradik ni w/pun sejak sekolah menengah mereka tak belajar di tempat yg sama. Bila masuk u pun masuk u yg berlainan.

      Delete
  5. adik beradik..macam tulah..gaduh2 baik:-) xgaduh tak sah...nak tengok tv pun kena gaduh dulu..tu saya lah tu dulu2:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Siapa lagi nak ajak gaduh kalau bukan dgn adik beradik .... hehehe

      Delete
  6. berlainan kecerahan kulit juga berlainan saiz pinggang..hihihi..so cuteeee..happy besday Atikah. Semoga sentiasa dirahmati dan diberkati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa emaknya mengandungkan Atikah, dia suka minum air soya. Bila Atikah lahir itu yg kebetulan cerah. Tapi bila mengandung Afifah dah kurang minat minum soya .... huhu

      Kulit kurang cerah dan saiz pinggang lebih besar tak pe asalkan sihat .... ngeeee

      Delete
  7. carik carik bulu ayam , lama lama bercantum juga .....

    ReplyDelete
  8. Lebih kurang je muka mereka berdua.......adik beradik memang macam tu lah ucapan nya. Saya pun pernah terbaca fb anak saya...lebih kurang sama je bunyi nya...ayat yang selalu di gunakan ialah kawan gaduh....kelakar lah budak budak ni kan Yb.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai juga yg kata muka mereka berdua tu lebih kurang. Masa kecik dulu ada yg tanya samada mereka tu kembar. Tapi bagi kami, muka mereka tu berbeza.

      Adik beradik biasalah gaduh2 manja. Kena pula umur tak jauh berbeza. Kadang yg jauh beza umur mcm Haikal dan Adam tu pun boleh gaduh .... hehehe

      Delete
  9. sweet sangat.. kalau sy pun terharu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebelum ni tak pernah Afifah beri ucapan mcm ni. Mungkin kali ni dia dah jauh di Sabah nun maka dia baca ucapan tu ..... ngeeeee

      Delete
  10. Saya lebih nak ucap tahniah kepada Tuan Yunus Badawi dan isteri Puan Lina, kerana kasih sayang sebegitu tentulah datang dari ibuayah... Mendidik menjadi anak-anak yang begitu kuat kasihsayang adik beradik... Terharu baca.

    Apapun, Selamat Ulangtahun ATIKAH, moga sukses dalam pelajaran dan kehidupan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua beradik yang perempuan ni dari Tingkatan 1 dah duduk di asrama kerana mereka masuk MRSM. Tapi MRSM yg berbeza. Bahkan di negeri yang berlainan. Mereka jumpa bila cuti aje. Bila dah masuk u pulak dapat u yg berbeza juga dan kursus yang berbeza. Cuti tak sama.

      Terima kasih ucapkan tahniah kpd saya dan emak Adam. Boleh menambah semangat kami. Esok pun dah Khamis .... hehehe.

      Terima kasih juga bagi pihak Atikah. Semalam dia dah balik ke kolej. Jumaat nanti baru dia balik ke rumah.

      Delete
  11. saya pun sebak ;(
    moga kasih sayang antara mereka berkekalan smpi ke syurga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah besar2 ni pun bila kedua2 balik cuti ke rumah mereka masih tidur satu katil. Dah dua org tu aje adik beradik perempuan. Yang lain semua lelaki.

      Amiiinn. Terima kasih mendoakan.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails