Monday, March 4, 2013

Kisah Di Pulau Pinang

Seperti yang aku war-warkan pagi Khamis lepas aku ke Penang mengikut pelanggan aku kerana urusan projek kami di sana. Kerana dia yang beriya-iya mengajak aku, jadi aku tumpang ajelah kereta dia. Kalau naik flight lainlah cerita. Kenalah aku tumpang kapalterbang Tan Sri Tony atau kapalterbang syarikat yang satu lagi tu bergantung kepada kapalterbang mana yang pelanggan aku naik.

Setelah selesai kerja kami petang Khamis tu, dia ajak aku pekena teh tarik dan roti canai banjir dekat Gurney Drive. Aku ingat nak pekena mee sotong atau pesemboq di Padang Kota tapi dia dah ajak ke Gurney Drive. Ikut ajelah.

Usai berjimba di kedai mamak di tepi pantai itu kamipun mendaftar masuk ke Northam Hotel. Lama dah aku tak duduk di all suite hotel ini.  Kalau pergi bercuti bersama keluarga seronoklah duduk hotel mcm ini. Ini pergi dgn client. Dahlah tu lelaki pulak .... hehehe.

Malam itu kami pergi makan di Batu Feringghi. Kalau dulu tempat ni penuh dengan pelancong asing tapi semasa kami tiba ianya agak lengang. Tempat-tempat makan di situ pun banyak yang kosong. Tak tahu pula kalau pelancong duduk dalam bilik sambil menikmati room service.... huhu.

Selepas habis makan pelanggan aku nak pergi urut kaki. Kami pun carilah tempat urut kaki. Sejam RM50. Kalau kat Hatyai urut satu badan pun tak sampai macam tu .... huhu.

Pagi Jumaat sebelum kami balik ke KL aku minta pelanggan aku tu singgahkan aku ke kilang Yusuf Taiyoob. Semasa datang tu aku terlihat kilang tu di tepi lebuhraya. Ingatkan senanglah nak cari tapi bila dah masuk ke kawasan Bukit Minyak tu berpusing-pusing kami mencarinya. Berkat rajin bertanya akhirnya jumpa juga tempat tu. Aku bercadang nak beli kurma secara borong untuk kegunaan menjelang Ramadan nanti. Aku ingat nak tukar nama kat kotak tu menjadi Yunus Taiyoob tapi aku tak sempat bincang dgn bos Yuta tu lagi.

Pada asalnya kami bercadang nak solat Jumaat di Taiping. Walau bagaimanapun memandangkan kami keluar dari kilang Yusuf Taiyoob pun dah pukul 12:30 kami terpaksa keluar daripada lebuhraya Utara Selatan dan masuk semula di Jawi. Kiranya masuk Jawi untuk solat Jumaat w/pun kami dah lama masuk jawi ..... hehehe.


Nota: Tiada gambar untuk entri ini kerana ada menghadapi masalah untuk memindahkan gambar daripada Blackberry aku ke blog. Anak aku kata dah sampai masanya untuk tukar BB tu kepada hp lain. Dah lebih 4 tahun aku gunakannya.

24 comments:

  1. Mee sotong dan coconut shake padang kota...the best ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mee sotong saya pernah makan dan memang sedap. Tapi coconut shake belum pernah cuba lagi. Kena pergi cuba ni.

      Delete
  2. dah lama tak ke Pulau Pinang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuti sekolah tak lama lagi bolehlah ke Penang sebelum balik KB.

      Delete
  3. Jadi tokeh kurma pulak lepas ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak puasa ni permintaan untuk buah kurma akan meningkat. Inilah masa nak jadi tokeh kurma ..... hehehe

      Delete
  4. Duduk suite..?? Bestnyaa..
    Sy duduk suite bila betul2 nak berehat shj, provided sales sgt m'berangsangkan.. Huhu..
    (Read : Sbnrnya bajet yg blm ada sbb br sambung belajar & byr yuran pengajian ) :(

    p/s : Di Pdg Kota Ada Pakcik jual pasemboq yg bila dia memotong bahan2 akan ikut rentak musik yg dimainkan.. It was pretty awesome ! :)

    - m3

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu di gurney drive la....... a.k.a padang kota baru

      Delete
    2. Yup Pdg Kota Br.. :)
      Terima kasih tuan menambah.. ^_^

      Delete
    3. m3 - dah client duduk situ kenalah ikut. Tak mahal sangat pun - cuma RM315 utk corner suite ..... hahaha. Boleh demam nak bayar bil.

      Oh saya belum pernah makan pasemboq tu rasanya. Dulu pernah makan di gurney drive dgn emak Adam dan anak2 tapi dah lama dah. Tak ingat pula kalau penjual tu ikut rentak muzik .... ngeee

      Delete
  5. ptt la x inform sy pun trn sini... hujung bulan ni datang lagi ye.. cuti sekolah tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan awak saja yg saya tak inform tapi ada beberapa org lagi kawan. Sebabnya saya tumpang kereta org.

      Cuti sekolah ini tak tahu lagi samada nak ke Penang lagi. Ada beberapa tempat nak dikunjungi di seluruh dunia kalau ikut rancangannya .... hehehe

      Delete
  6. Sesekali jadi orang bujang kan best Yb.....terlepas dari kandang je rasanya kan.....

    Wah sempat juga lah pergi makan makan....rugi tak pergi makan nasi kandar line clear......bukan setakat kat hadyai je murah kat Indon pun sama....kat tempat kita je mahal.....mungkin sebab kita import pekerja terlatih dari sana.

    Bekas isteri pertama Bob Lokman adalah isteri Yusof Taiyoob......isteri nya tinggal kan bob sebab nak kawin dengan tokeh kurma kaya ni.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ish lain mcm aje bunyinya terlepas dari kandang tu ..... huhu

      Saya ini bukan jenis yg nakal. Lagipun saya dan emak adam saling percaya antara satu sama lain dan kami tak mengkhianati kepercayaan yg diberi.

      Kemana2 pergi memang kita kena makan. Jadi kami gunakan kesempatan itu utk menikmati makanan istimewa atau femes di sesuatu tempat tu. Memang agak rugi rasanya tak dapat rasa nasi kandar line clear tu pada trip kali ini.

      Urut di Malaysia mahal sebab selain pekerja urut tu org import di sini juga cas harga pelancong .... huhu


      Oh isteri yusof taiyoob tu janda bob lokman. Mungkin jodoh dia dgn tauke besar ..... ngeee

      Delete
  7. hahahhahaha nak tukar jadi yunus taiyoob tu yang tak tahan tuh wakkakakakakkakakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak tumpang populariti yusuf taiyoob .... hahaha

      Delete
  8. wak pon dh lama X gi penang jugakk..ehHHee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenalah Wak rancang utk ke Penang pulak lepas ni. Banyak subjek dan tempat menarik utk Wak tangkap dgn kamera tu ..... ngeee

      Delete
  9. Saya sendiri pun dh lma tak ke feringgi tu. Sesekali suami ajak ronda makan angin lepak kat dam di teluk bahang nun.

    Ada projek bosar ke kat penang? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Projek kecik aje tapi kalau berjaya dilaksanakan bolehlah buat beli beras utk keluarga dan bliss utk emak adam ..... ngeeee

      Org Penang pun jarang ke feringgi ke? Ingatkan saya saja. Saya terkejut tengok masjid yg dulunya kecik dah besar.

      Delete
  10. Replies
    1. Agak2 boleh beri saingan kpd yusuf taiyoob tak? .... ngeeee

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails