Monday, March 11, 2013

Kenapa Birthday Mesti Ada Kek

Ulangtahun hari lahir aku tahun ini jatuh pada hari Sabtu. Terima kasih kepada semua yang telah memberi ucapan selamat harijadi walaupun aku rasa aku dijadikan 9 bulan sebelum itu .... hehehe.

Pada Sabtu lepas tiada sambutan rasmi daripada famili aku. Haizam dan Haikal pagi-pagi lagi dah sibuk ke sekolah. Hazwan dan Atikah pula sibuk dengan bisnes emas dan Sweet Little Cotton masing-masing manakala Afifah yang pulang hujung minggu dari KK sibuk dengan kawannya yang datang berjumpa dia dan tidur di rumah kami.

Lagipun tengahari Sabtu tu kami ke Selandar, Melaka untuk meraikan majlis perkahwinan sepupu emak Adam. Arwah datuk Adam dulu berasal daripada sana tapi dia telah berhijrah ke Tg Karang semasa muda untuk mencari rezeki.

Semalam sebelum kami ke LCCT untuk menghantar Afifah balik ke KK, emak Adam buat surprise. Dia menolak troli yang diletakkan sebiji brownies yg siap dipasang lilin.


Mesti ada yang nak kira jumlah lilin tu..... huhu


4 daripada 6 org anak2 aku yang sempat bergambar sama.  Afifah kata mungkin ada org yg nampak ada 3 org aje anak YB dlm gambar ni sebab Haizam gelap ..... lawak ganas


Tukang buat kek.

Setahun sekali buatkan kek apa salahnya. Takkan asyik nak makan karipap aje kan? .... hehehe

28 comments:

  1. Haah ya kenapa kita suka potong kek....kenapa kita tak potong pulut kuning ya.....mungkin sebab kek senang nak dipotong manakala pulut kalau nak di potong nanti melekat lekat pulak pisau...apa kata orang tak smooth kan.....apa pun sambut lah cara macamana pun asal kan tuan punya diri gembira.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kek senang dipotong dan banyak kedai ada jual kek. Kalau nak guna pulut kuning tak banyak tempat ada jual pulut kuning. Nak masak sendiri tak semua org rajin.... huhu

      Saya suka ayat awak yg akhir tu. Yang penting kita happyyyyy

      Delete
  2. ye la tu..setahun sekali apa salah nya....sedapnya brownies tu:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kira utk saya saja memang setahun sekali tapi kalau kira dgn anak2 setahun 7 kali! Itu tak termasuk utk diri emak Adam sendiri.

      Itu sebab biasanya kami beli aje kek tu .... hehehe

      Oh brownies ni memang sedap. Org2 yg dah merasanya ramai yg memuji .... ngeeee

      Delete
  3. juling mata saya nak kira bilangan lilin tu! hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. berjaya tak mengira bilangan lilin tu?

      Jawapan: 4 panjang 2 pendek

      Delete
  4. bagi cadangan buat pulut kuning yang digubah lak tahun depan boleh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti saya sampaikan cadangan ini kpd emak Adam.

      Tapi pulut pun dah mahal sekarang .... huhu

      Delete
  5. Assalamualaikum,
    bukan salah Haizam yang gelap, tapi salah dia sbb dok menyorok kat belakang tu...patutnya dia dok sebelah YB...baru nampak kehensemannya ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam anyss

      Dia duduk belakang tu sebab nak tunjuk dia lebih tinggi daripada kakak2nya. Tapi apa yg dia tak perasan, pencahayaan di sebelah belakang tu tak cukup .... hahaha

      Delete
  6. Berbahagialah YB dpt isteri seperti mak Adam tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sudah lebih 25 tahun berbahagia. Semoga kekal bahagia hingga ke syurga

      Delete
  7. happy belated besday YB! :)

    ReplyDelete
  8. serasi... muka pon nak sama...!!!

    nak kek.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada yg kata muka awak pun nak sama jugak ..... ahaks

      Singgahlah sini petang nanti kalau nak kek

      Delete
  9. Happy Birthday YB dah lama saya dah jengok YB, semuga panjang umur dan murah rezeki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih di atas ucapan itu dan kerana sudi singgah di sini utk jengok blog ini.

      Amiiinn

      Delete
  10. Besar2 dh anak YB sure meriah kalau berkumpul. Happy belated bday. Moga pja umo murah rezeki diberi kesihatan kekuatan dan kebahagiaan dunia akhirat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang dah besar2 ada dan yg kecik pun ada. Memang meriah bila dapat berkumpul termasuk yang belajar di Sabah tu.

      Terima kasih mengucapkan happy belated bday. Maaf saya balas komen ni pun lambat jugak.

      Amiinnn

      Delete
  11. Keluarga bahagia dan ceria.

    Cewahhhh Puan Siti Roslina...!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki dan nikmat Allah.


      Jarang org panggil nama penuh emak adam mcm azie ni. Dia tanya siapa Azie sebab dia suka baca entri azie tentang majlis perkahwinan anak Herman Tino.

      Delete
  12. tahniah YB... hepi belated besday... moga makin sukses dalam bisnes

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih ibuintan di atas ucapan dan doa itu.

      Saya juga mendoakan kejayaan dan kebahagiaan ibuintan sekeluarga

      Delete
  13. selamat hari lahir uncle.
    nk kek sket =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kek tu dah habis tapi kalau nak kek secret recipe ada lagi kat peti ais. Datanglah sini ..... ngeeee

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails