Pukul 10 malam tadi aku ke sekolah Haikal untuk menjemput dia balik dari tusyen. Tusyen ini anjuran DBKL untuk pelajar2 yang kurang mampu. Tapi di sekolah dia kebanyakan emak bapa pelajar kaya raya. Maka sambutannya agak dingin semasa pihak sekolah membuat tawaran. Ada juga ibubapa yang lebih suka menghantar anak2 mereka yg akan mengambil peperiksaan UPSR ke pusat tusyen professional. Bayarannya beratus sebulan tapi mereka rasa itulah pelaburan yang berbaloi dengan harapan anak2 mereka akan mendapat 5A nanti. Kategori ibubapa mithalilah mereka ini sebab sanggup berkorban wang ringgit demi kejayaan anak2.
Anak2 aku dari Atikah sampailah ke Haikal ni semua belajar tusyen DBKL ini aje. Bayarannya cuma RM10 untuk sepanjang tahun! Kira hampir2 percumalah. Kalau takde tusyen ni memang mereka belajar kat rumah aje. Tak minat nak ke pusat tusyen sebab lebih rela menonton tv dan main game di rumah ..... huhu.
Berbalik kepada kisah aku nak menjemput Haikal malam tadi, emak Adam tiba2 nak ikut sebab dia nak pergi ke Giant cari barang sikit. Siang semalam tak dapat pergi sebab aku ke NS dan Melaka. Sampai di depan kawasan sekolah, kereta dan motorsikal emak bapak pelajar penuh sepanjang jalan. Tambahan malam tadi ada kelas tusyen anjuran PIBG untuk murid2 darjah 3 dan 4. Memang takde tempat nak parking. Elok aku sampai depan pintu pagar sekolah Haikal sudah menunggu di situ. Dia pun terus masuk kereta. Masa itu dah pukul 10:10 malam.
Aku pun nak terus ke Giant sebab ia tutup pukul 10:30 mlm. Tapi baru saja kereta aku bergerak dalam 10 -20 meter, kami tersangkut dalam jam. Kenderaan di kedua-dua hala tak boleh bergerak disebabkan ada ibubapa yang double parking depan gate sekolah. Anak mereka pula lambat keluar. Mula2 aku menunggu dengan sabar tapi bila dah dekat 5 minit kereta yang parking tu buat dek aje, aku pun mula bunyikan hon. Kereta lain pun mula hon sama. Bolehkan pemandu yang keretanya menghalang lalulintas tu buat tak tahu saja. Mentang2 anak dia masih belum keluar daripada sekolah. Mungkin dia risau kalau dia bergerak jauh dari pintu pagar tu, anak dia tak tahu di mana dia parking. Orang sayangkan anaklah katakan. Sungguh mithali org ini ... huhu
Akhirnya ada seorang bapa mengambil initiatif menjadi polis trafik tak bergaji meminta beberapa buah kereta mengundur supaya kereta lain boleh lepas. Yang bestnya kereta ibubapa mithali tu masih tak berganjak!
Akhirnya kami sampai ke Giant dekat2 ianya nak tutup. Mujur dapat beli apa yang dihajati. Dan kopak dekat dua ratus hinggit jugalah aku .... huhu
YB,
ReplyDeleteSalam...saya pun huhuhu juga bila baca bab ni.
Teringat masa lalu...
makcik cikgu pencen.
Waalaikum salam,
DeleteBukannya mereka ini tak tahu tapi memang hati kering. Nak senang sendiri saja w/pun perbuatan mereka tu menyusahkan orang lain ..... huhu
Cikgu pencen pun masih ke sekolah selagi anak masib bersekolah. Bila anak dah besar2, cucu pulak menggantikannya .... ngeeee
bagusnya pusat tusyen tu
ReplyDeletetp xde area rumah saya
mmg menangis tgk parent macam tu.
dia x de rasa malu agaknya
Ini bukan pusat tusyen tapi kelas tusyen yang dianjurkan oleh pihak DBKL. Bayaran utk tenaga pengajar ditanggung sepenuhnya oleh pihak DBKL. Ini antara sumbangan mereka utk warga kota.
DeleteMemang bukan setakat nak nangis tapi nak keluar api dari mulut mcm naga bila dia boleh buat tak tahu w/pun kenderaan lain dah simpul biawak tak boleh bergerak .... huhu
hamboi...memang mithali betol lah
ReplyDeletemithali tahap gaban .... hahaha
Deletebenda biasa di malaysia.
ReplyDeletetiada kesedaran sivik.
Bukan sebab mithali sayang anak...tapi sebab pemalas. Boleh sahaja parking jauh, dan berjalan tunggu depan gate sekolah, bukan?
Macamana tak biasa. Sekarang ni emak bapak dia buat. Anak tengok perangai org tua mereka. Bila anak2 ni besar esok, mereka pulak buat perangai yang sama. Sampai bilapun masalah ini tak selesai dan kesedaran sivik tak muncul tiba.
DeleteKalau nak parking dekat dgn gate sekolah datanglah awal. Dalam pukul 9:30 ke. Kalau dah lambat dan sudah tiada parking di situ, pergilah letakkan kereta tu di parking depan pejabat BN Setiawangsa. Jalan pun bukanya jauh sangat. Cuma malaslah tu.
Assalamualaikum,
ReplyDeletehu huh uhu kena buat "pusat tusyen pandu lalu" hu huhuhu -----> tetap akan jem jugak
Waalaikum salam,
DeleteKonsep baru tu. Bagus juga utk ibubapa mithali yg mcm kes di atas .... huhu
Oleh kerana bapa mertua saya seorang guru pencen....jadi dia mengajar cucu nya setiap malam....saya tak pernah hantar anak ke kelas tuisyen....alhamdulillah masuk juga anak2 ke MRSM.
ReplyDeleteyb itu bukan ibubapa mithali......itu orang yang pentingkan diri sendiri....tak ada sikap toleransi langsung...
Itulah untungnya ada bapa atau ibu mertua guru pencen. Bolehlah mereka mengajar cucu2 mereka. Anak2 awak memang pandai2 pun. Tak hantar tuisyen pun boleh dapat keputusan cemerlang. Tahniah buat mereka dan ibubapa mereka!
DeleteMereka ini penting diri sendiri dan anak2 mereka saja. Pesetan (maaf perkataan agak keras) dgn org lain.
itu bukan mithali..
ReplyDeleteitu bongok!!
Kalau dia dengar kita kata dia bongok dia marah. (macamlah kita tak marah kat dia malam tadi) ,,,,,, huhu
DeleteHikmah sampai lambat - hanya dekat RM200 je kopak. Kalau sampai awal mahu kopak lima enam ratus! :)
ReplyDeleteMain cekup cekup aje tu yang tiba2 beratus bila dah discan.
DeleteKalau sampai awal bolehlah pilih2 barang mana yg nak dibeli dan barang mana yang tak perlu dibeli
huhu.. baca pun menyirap.. kalo saya saya turun bawak cota kot.. kekeke.. (kok ye)..
ReplyDeleteSabo anaa sabo. Awak mana ada cota ke? ingatkan org lelaki aje yg ada .... hahaha
DeleteTabik spring pada polis tak bergaji tu..pahala besar tu memudahkan orang ramai membuat urusan masing-masing termasuk ke Giant hu hu
ReplyDeleteBetul tu. Kalau dia tak ambil initiatif tu mungkin kami kena tunggu sampai anak org tu keluar dari kelas tuisyennya. Tabiklah kat dia.
Delete