"Excuse me brother, can you tell me how to get to Subang Jaya by train," tanya seorang lelaki kulit hitam sebaik aku nak turun daripada kereta untuk membayar parking di Chow Kit tadi.
"Oh you take this monorail and go all the way to KL Sentral. From there you take the KTM Komuter to Subang Jaya," aku menerangkan macamana nak ke sana.
Lepas aku cakap macam tu mamat kulit hitam ni pun mulalah bercerita. Dia mendakwa anak seorang jeneral tentera Mali tapi ayahnya telah mati. Ayahnya ada meninggalkan berjuta-juta dolar dan dia berminat nak melabur di Malaysia kerana di sini ada banyak peluang. Lagipun orang di sini ramai yang Islam. Ada dia sebut perkataan Bumiputera kepada aku.
Dia seterusnya memberitahu aku dia baru lima hari sampai ke negara ini dan buat sementara ini duduk di sebuah hotel tak jauh dari tempat kami bercakap (tangan dia menunjuk ke satu arah ketika itu).
Yang lebih menarik dia cakap hati kecilnya membisikkan kepadanya muka aku ni muka orang yang baik dan boleh dipercayai.
Oleh yang demikian dia nak ajak aku melabur dan dia ada banyak bawa duit.
"Sorry brother, I am in a hurry. I have to fetch my wife from the market," aku memotong cerita dia yang nampaknya semakin merapu.
Dia minta nombor telefon aku kerana dia sungguh2 berminat nak JV dgn aku.
"Don't call me over the weekend. My schedule is packed." kata aku.
"Ok brother. I will call you next Monday," katanya.
Kita tunggu dan lihat berapa juta anak jeneral ni ada ....
hehehheheheeeeee.....
ReplyDeletedah kaya nanti bagi kita sejuta..
sejuta je tau!!!
Cukup ke sejuta aje? Awak suka makan angin .... sejuta tu setahun dua dah habis ..... hehehe
Deletetaktik biasa tu...dia ingat kita tak tau.
ReplyDeleteNak berlagak jadi anak org kaya tapi pakai hp cap ayam ..... hahaha
Deletenanti kalau jadi..saya bagi no akaun..kot la ada belen nak kongsi ngan saya.kih kih kih
ReplyDeletemuka orang yang baik dan boleh dipercayai tak tahan baca
mcm mana rasa dipuji depan2 gitu ye.
Bagi no akaun bank rimau atau bank cina india melayu boleh (inilah bank 1Malaysia sebab semua bangsa utama ada dlm nama bank tu) saja tau supaya senang saya nak transfer online .... hehehe.
DeleteTakde maknanya mamat hitam yg puji mcm tu. Kalau awek cun yg puji mcm tu mungkinlah saya cair ..... hahaha
kite nak JV jugak lahhh.... heheheee.....
ReplyDeleteNanti kita bincangkan dgn lebih detail masa kita ngeteh..... ngeeee
Deleteserius??
ReplyDeleteYB tak takut ke?
Mamat tu nampak serius giler. Yalah dia ingat ikan dah mula makan umpan pancingnya.
DeleteApa nak takut. Dia bukan ada M16 mcm org Sulu tu ..... huhu
amboiiii...biasa org dapat thru email aja...YB dapat jumpa face to face dgn nigerian scammer ni...hahahahaha
ReplyDeleteDia bukan Nigerian. Dia dakwa dari Mali dan saya percaya dia dari kawasan itu. Tak nampak mcm Nigerian sebab saya kenal rupa Nigerian.
DeleteBukan semua org dapat peluang mcm ni. Sila jeles .... hahaha
hebat..nak JV dari jauh.dapat sejuta pun jadi la hehehe
ReplyDeleteJV dari jauh tak takut kena tipu ke? .... hehehe
DeleteSo apa lagi, tak reti reti nak ajak Secretary ni tulis minit mesorat? Kali ini kita ajak dia jumpa kat restoren mahal la Bang. hehehhe
ReplyDeleteTadi perjumpaan tak dirancang. Itu sebab tak ajak Secretary.
DeleteLain kali bila nak jumpa kat restoran mahal ofkos saya bawa azie. Apa kata azie tolong call mamat tu utk buat arrangement tu? .... ahaks
saya pernah kena macam ni. dia puji saya cantik. saya nk tergelak sbb hakikatnya ramai lagi orang yang lebih cantik. dan dia ckp lg sy cntik dr hati. bluekkk...pelik gler..
ReplyDeletedan saya sebenarnya menyesal sebab masa dia tanya saya jawab kot english. kalau at first sy pura2 tak paham apa dia cakap perbualan tak lah sampai sejauh tu.
rasa macam makin tak selamat dah di negara sendiri
Alah kenapa yb layan....mereka tu pura2 tak tahu cara nak menggunakan pengangkutan awam...padahal dah expert...tengok lah kalau betul betul baru datang masakan dia tahu menggunankan perkataan Bumiputera tu....makna nya dia dah tahu yang orang luar kalau nak berniaga di malaysia perlukan rakan niaga bumiputera....mereka dah lama di sini yb...saja bertanya sebab nak cari mangsa.
ReplyDeleteSaya pun selalu dapat sms dari bangsa ni....nak bagi saya juta juta....sorry saya tak berminat nak jawab saya delete terus.
Tu dia! Kebabom!
ReplyDelete