Wednesday, March 27, 2013

Cara Untuk Dapatkan Harga Rendah Bagi Hotel 4 atau 5 Bintang

Cuti sekolah ini ramailah ibubapa membawa anak-anak makan angin. Bagi sebahagian besar kanak2 ini apa yang penting ada di sesebuah hotel itu ialah kolam renang yang baik. Kalau dapat yang macam Awana Kijal tu memang seronoklah mereka. Paling koman pun mereka nak hotel yang ada kolam renang untuk dewasa dan utk kanak2. Kalau ada gelongsor air lagi best. Biasanya hotel2 di kawasan resort yang ada kemudahan seperti ini. 

Kalau tak dapat nak ke resort hotel, hotel 4 atau 5 bintang di kawasan bandar besar pun ok juga sebab ada kolam renang.

Cabaran bagi ibubapa sudah tentulah sewa hotel yang mahal.  Kalau anak ramai macam aku ni tak cukup ambil satu bilik. Dan apabila sudah pergi makan angin jauh2 tu takkanlah tidur satu malam aje. Bayangkan berapa banyak bajet utk bayaran sewa hotel kalau dah 2-3 malam. Rabak poket! .... huhu

Satu cara untuk mendapatkan diskaun kadar sewa hotel ialah dengan minta corporate rate. Jika anda bekerja dengan syarikat besar atau kerja gomen biasanya hotel ada menawarkan harga potongan.

Dulu masa aku kerja dengan syarikat kulit kerang, aku akan dapatkan corporate rate ini utk menikmati harga potongan. Banyak juga bezanya dgn harga biasa.

Bila aku dah tak kerja dgn sykt kulit kerang tu, aku masih minta harga korporat bila check in. Di hotel2 yang aku biasa pergi semasa aku kerja sykt kulit kerang dulu biasanya aku dapat harga korporat sebab nama aku masih ada dalam sistem mereka ..... ngeeee.

Ada juga hotel yang minta ID tempat kerja sebagai bukti yg kita kerja dgn sykt besar itu. Kalau takde ID hulur saja kad bisnes lama kita yang ada logo sykt tempat kita pernah kerja tu. Itupun kalau anda masih menyimpan bisnes kad itu. Ada kawan aku dulu sebelum berhenti sempat dia buat sekotak dua kad bisnes tu. Inilah antara kegunaannya!

Kalau ID takde dan kad bisnes sykt lama tu pun dah habis, satu cara yang aku tahu rakan aku gunakan utk mendapat potongan sewa hotel ialah dengan memberitahu dia kerja gomen. Bila hotel itu minta bukti dia hulurkan Kad Pendaftaran Personel Binaan CIDB. Sebenarnya kad ini wajib dimiliki oleh semua orang yang bekerja di tapak binaan (kira macam lesen memandu sebelum anda dibenarkan memandu kenderaan). Tapi ada juga kakitangan hotel yang menyangka ianya kad kakitangan kerajaan kerana ada tertera perkataan Construction Industry Development Board Malaysia.




17 comments:

  1. Kad CIDB tu yang buat teman tak tahan nak gelak... teringat masa dulu bertugas di Pulau Pangkor Laut, pengawal keselamatan bangsa Nepal tu mintak ic (myKad) teman bagi kat dia kad bonuslink teman :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang kita ni bab mengelentong ni memang kreatif. Jangankan awak, saya pun tergelak masa kawan saya tu ceritakan dia guna kad CIDB tu utk mengaku kerja gomen..... hahaha

      Mamat Nepal tu termakan ke dgn kad bonuslink tu? Kad tu kan takde gambar? Mesti Nepal yg baru sampai Malaysia ni. Baru ke sini pun dah sampai ke Pangkor Laut. Saya yg org Malaysia ni pun tak pernah sampai ke sana .....huhuhu

      Delete
  2. waaa.. blh guna pakai taktik cidb card tu.. hihihi!!

    ReplyDelete
  3. kami pakai jugak staff ID tu
    tp ada jugak hotel yg x terima.huhu
    YB dah bukak lubang ni..mcm mana kalau diorang tahu
    hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebanyakan sykt menggunapakai staf ID tu. Dan ada juga yg gunakan ID tu sebagai kad akses ke pejabat. Pekerja sykt yg macam ni yang kemana2 ID tergantung kat leher guna lanyard.... ngeee

      Hotel yang tak terima tu bila tempahan dah banyak. Mulalah jual mahal kecuali kita pelanggan tetap hotel tu. Kalau pelanggan tetap bukan saja dapat harga koporat tapi biasanya dapat upgrade free lagi.

      Saya buka lubang sebab saya tak rasa ramai org hotel baca blog saya ni .... ngeeee

      Delete
  4. Replies
    1. Agak2 boleh try di kawasan Lumut dan Pangkor tak cara ni? .... ngeeee

      Delete
  5. hooo.. mcm 2 yea!!

    done follow sini.. jom follow n singgah blog teman.. heee..

    http://tengkubutang.blogspot.com/

    klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah antara muslihat yg digunakan oleh org2 tertentu .... hehehe

      Terima kasih follow blog ini. Saya dah singgah blog awak. Macam2 cerita tentang kucen ada di sana..... ngeeee

      Delete
  6. Sy yg hanya beranak 3; 2 anak mata & 1 anak tekak ni pun mmg semedang guna corporate rate.. Maklum la masa kerja mkn gaji, semua penginapan diuruskan oleh pihak co., itu pun atas urusan kerja, duduk pun di hotel 3 bintang ! 2 thn kebelakangan ni br merasa duduk hotel 5 bintang atas usaha sendiri, alhamdulillah..

    p/s : tp sejak further study di KL ni, sy dpt duduk di bilik 5.5 bintang !! Awesome ! ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah di atas kejayaan awak setakat ini. Bukan ramai orang yg sanggup berhenti makan gaji utk bekerja sendiri. Dan lagilah sikit org yg berjaya bila dah kerja sendiri kerana kerja sendiri tidak menjanjikan pendapatan tetap setiap bulan. Ramai yang dah tergolek tapi awak terus berjaya. Syabas!

      Antara bukti kejayaan awak ialah mampu tinggal di hotel 5 bintang w/pun duduk sendiri dgn bertemankan 2 anak mata dan 1 anak tekak.... hehehe

      Macamana agaknya bilik 5.5 bintang tu? Mesti ada kelebihannya sehingga mengatasi hotel 5 bintang tapi mungkin juga ada kekurangannya kerana dapat 0.5 bintang saja .... ngeee

      Delete
    2. Sy dah bakar jambatan sy utk ke seberang the moment I've decided to resign from my job last time.. Suka atau tidak, senang atau mencabar, sy perlu pastikan sy berjaya sampai ke seberang dgn slmt.. Berenang atau menaikki rakit atau bot itu no.2, objektif perlu dicapai.. Being the eldest one is another factors to work extra harder tuan..

      Bilik skrg ni lbh kurg jr suite la, selesa, bersih, besar.. Plus points not only breakfast tp dinner, lunch, tea, supper semua ada dgn masakan yg sedap dan PERCUMA !! Ada fountain lg siap dgn ikan, sgt suka duduk & dengar bunyi air.. Ada ahli bilik lain yg mesra & ceria.. Ehh byk la lg pointsnya.. In short, the room is actually more than 7 star pun tp mana blh disclose sbb nanti ramai pula yg berminat! Hbs la sy, nak kena sewa bilik di rumah pakis pula !! Huhu..

      p/s : my current hotel has a wonderful cook tau !!

      Delete
  7. saya dah guna kad pencen,...kdg hotel terima,kdg tidak.Kena tanya .Ttg swimming pool,itu wajib masa anak2 kecil...seronok sangat .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org kerja gomen ada kad pencen bila dah bersara. Baguslah tu. Sekurang2nya boleh digunakan utk dapat diskaun hotel. Itu tanda terima kasih pihak hotel di atas sumbangan pegawai dan kakitangan awam.

      Kalau ada anak2 kecil memang kena cari hotel yang ada swimming pool. Kalau tak mereka akan kecewa .... huhu

      Delete
  8. hahhahah selalu buat gak kalau book hotel utk boss, tapi selalunya aku pakai sanggup google sana sini or beli voucher awal2 kikikikikik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh belajar beberapa cara dari Elly ini untuk jimatkan belanja sewa hotel.

      Kongsilah dgn kami secara lebih detail.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails