Friday, February 15, 2013

Van Ustaz

Hari Selasa lepas aku dan keluarga ke Kuala Kubu Baru. Kami ke sana bukan nak tulis nama atas batu sebab tak tahu di mana batu yang boleh ditulis nama tu .... huhu.

Kami sebenarnya tolong menghantar sepupu Adam (anak Kaklong emak Adam) balik ke IKBN di sana.




Adam sempat suruh ambil gambar dia untuk kenangan. Bila aku nak bergambar sama, boleh dia suruh aku pergi sebab dia nak bergambar solo ...... huhu


Semasa nak ke asrama puteri, kami nampak krew Juvana dan pelakon2nya sedang shooting di situ. Pandai mereka cari lokasi. IKBN pun boleh kelihatan mcm sekolah juvana. Dalam filem Juvana yang baru disiarkan di panggung, kem PLKN jadi tempat shooting mereka.

Dalam perjalanan balik dari KKB kami singgah di masjid Batang Kali untuk solat asar.




Inilah kali pertama kami solat di situ. Masa kami nak sembahyang tu tok siak siap pasangkan air cond w/pun masa itu dalam pukul 6 ptg.



Sebelum masuk ke masjid aku mencari tempat parking. Ada beberapa kereta yang singgah solat di situ. Aku nampak ada parking dekat dengan tempat letak van jenazah.

Tiba-tiba Adam bersuara, "Kenapa ayah parking dekat van ustaz ni?"
Kami yg mendengar kata2nya terkedu kerana dia menggunakan istilah van ustaz untuk van jenazah tu. 


"Ha'ahlah kenapa abang nak parking dekat tempat ni? Kan banyak tempat parking lain," kata emak Adam.

"Kenapa Adam panggil van tu van ustaz?" tanya emaknya.

Adam cuma berdiam saja kerana mungkin dia hairan kenapa kami hairan dia panggil van itu van ustaz (what the big deal).

"Oh pasal ada tulisan ayat Al-Quran tu ya?" tanya emak Adam cuba mendapatkan kepastian.

24 comments:

  1. Lagu sudirman ni popular dulu2..waktu tu saya duk berulang alik, praktikal di kuala kubu baru...nak tergelak pulak teringat pasal tulis nama atas batu, ada history nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh dull Hani pernah buat praktikal kat KKB. Kat Akademi PDRM tu ke?

      Entah2 ada nama Hani dan bf kat sana ek? Nanti saya cuba cari kalau saya ke sana lagi

      Delete
  2. ooo...

    batu dah takde kat kkb. sebab semua dah masuk dalam empangan. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah tu kot. Banyak mereka guna batu masa bina empangan yg baru tu. Yang lama yg pecah jadi Ampang Pecah tu kecik aje .... ngeee

      Delete
  3. Terima kasih kerana tidak menulis nama atas batu.. (Gaya mcm DO je tp ADO pun bkn) ;)
    Mesti Adam buat muka yg senget + mata spt org tgh berfikir (muka yg sy suka tp geram bila tgk), bila Emak Adam tanya soalan 'knp panggil van ustaz'..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama Puan DO.

      Itu trademark Adam. Emaknya cukup tak gemar bila dia buat muka mcm tu ... huhu

      Delete
  4. Group JUVANA shooting apa kat situ lagi? Drama baru kah? Kan filem Juvana dah tayang pun kat panggung?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin utk drama baru.

      Kami dah menonton filem Juvana minggu lepas. Dan 2 hari lepas kami terjumpa dgn hero filem itu (Daim) dan isterinya yang sedang mengandung 4 bulan tu di Ikea. Saya sempat ambil gambar Afifah dgn heroin tu sambil bertanya khabar. Baik hero tu. Dia menghulurkan tangan utk bersalaman dgn saya.

      Delete
  5. sungguh baik tok siak itu .. kalau kat tempat abang usah haraplah tok siak tu nak buka airkon, sebab masjid paroi memang tak ada aikon .. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tok siak yang prihatin. Dia kata masjid tu panas sebab terletak tepi jalan besar. Saya kata kat dia taklah panas sangat sebab ada pokok2 besar di sekelilingnya.

      Abg kena bisik2 kat MB minta beliau luluskan peruntukan .... ngeeeee

      Saya pernah solat di sebuah masjid. Jangankan airkon, kipas pun takde kat masjid tu. Masjid tu kat Tanah Rata .... hehehe

      Delete
  6. Kelako lah adam ni....betul juga kata mak adam, mungkin dia nampak ada tulisan jawi kat van tu...logik kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemikiran kanak2 ni kadang2 susah kita nak menduga. Mereka mengaitkan sesuatu dgn perkara lain yg kita tak terfikir ..... hehehe

      Delete
  7. tak jadi tulis nama atas batu la ya...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak jadi. Tak nampakpun sebarang batu yg ada tulisan .... ngeeee

      Delete
  8. Van Ustaz tu ramai yg naik masa bulan puasa...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang naik van ustaz masa bulan puasa tu nak kena rotan oleh ustaz baru padan .... ngeeeee

      Delete
  9. Kreatif fikiran Adam ni.. Kalau orang tua yang tak reti baca jawi mesti dok meneka ja la van apa tu.. Adam bijak.. tulisan jawi = ustaz.. jadi van ustaz..

    Patutnya cari la jugak batu mana2 tulih nama...initial pun jadi la.. 'YB wuz here..'
    Kat penang ada ada satu pantai dipanggil pantai Lee love Liza sebab si Lee la kot spray perkatan tu besaq2 kat batu kat tengah laut sampai boleh nampak dari jalan.. (masa tu makchaq kecik lagi, sampai la ni ada lagi rasanya) tapi tak tau la Lee ngan Liza tu kahwin ka dak sudahnya..



    ReplyDelete
    Replies
    1. Sel-sel otaknya dah banyak yang bersambung agaknya. Macam makchaq kata tu ... tulisan jawi = ustaz. Jadi van ustaz.

      Kalau kami jumpa batu hari tu saya mungkin tak tulis "YB wuz here" tapi saya tulis "YB loves Lina". Nanti bila org nampak tempat tu org akan kata itu bukit YB loves Lina mcm yang kat Penang tu.

      Yang kat Penang tu kat Batu Feringghi ke makchaq? Kat sana tu ada macam2 tulisan termasuk oleh Ali Setan ..... ngeeee

      Delete
    2. Klau tulis YB love Lina tak paai2 pulak wakil rakyat kawasan tu kena gossip... naya kawan..
      YB ada kmbq nama Yusof ka?

      Delete
    3. hahaha. Betul jugak. Nanti sibuk pemberita nak tahu siapa Lina tu.


      Ha'ah adik kembaq saya nama Yusof. Ada jumpa dia ke? Dia selalu juga keluaq kat tv dan paper .... ngeeee

      Delete
    4. Jumpa kat tv dan paper ja la.. pasai nampak serupa tu yang tanya...

      Abg dia selalu keluaq kat blog.. lagi power.....ngeee

      Delete
    5. Oh perasan jugak makchaq dia keluaq kat tv dan paper. Saya tak dapat tengok. Cuma kengkawan dan sedara mara yg beritahu.


      Abg dia tak sibuk mcm dia. Itu sebab ada masa keluaq kat blog dan fb. Itu syok sendiri aje namanya .... huhu

      Delete
  10. van ustaz?
    hahaha.pandai je letak nama ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irfa,

      itulah budak2. Kita pun tak terfikir nak beri nama mcm tu ..... hehehe

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails