Sejak anak aku Atikah memulakan perniagaan menjual kain kapas melalui internet di bawah nama Sweet Little Cotton kira-kira 7-8 bulan yang lalu, rezekinya semakin murah. Jika semasa permulaan dulu dia mengambil kain daripada pembekal sekali atau dua kali dalam seminggu kini dia berulang alik mengambil kain yg dipesan hampir setiap hari. Ini adalah kerana pesanan yang diterimanya semakin banyak.
Pada cuti perayaan Tahun Baru Cina inipun pelanggan-pelanggannya tetap membuat tempahan. Bila hp nya berbunyi ting ting tanda notifikcation dia akan kata 'kain kain' kerana biasanya itu adalah pesanan yg diterima daripada pelanggan melalui facebooknya.
Hasil daripada jualan kain ini bolehlah Atikah menyimpan untuk perbelanjaan pelajarannya. Dia tak ambil pinjaman PTPTN kerana kadar cas yang dikenakan oleh PTPTN adalah lebih tinggi untuk kursus professional seperti ACCA ini.
Semalam selepas pergi mengambil kain dan menghantar sebahagian daripada tempahannya melalui khidmat Poslaju, Atikah telah belanja kami sekeluarga makan malam di Restoran De Templer.
Antara makanan yang diorder:
Udang mancis cili kering
Sambal udang dengan petai
Baby kailan ikan masin
Sotong telur masin
Butter prawn
Steam bean curd soya
Cendawan campur
Mood nak tayang gambar makanan berkobar-kobar hari ni sebab kali pertama Atikah belanja makan besar.
Ada bertambah yakin bahawa 9/10 pintu rezeki adalah di dalam perniagaan seperti yang diberitahu oleh Rasulullah s.a.w itu. Kalau masa aku kerja makan gaji dulu boleh tahan pendapatan aku, aku harap bila dah berniaga ini pendapatan aku 9 kali ganda. In sya Allah.
Assallamualaikum Tuan,
ReplyDeleteTahniah buat Atikah kerana rajin.
banyaknya jenis hidangan tu..makan bersama keluarga adalah waktu indah dan bermanafaat..suka saya melihatnya..
Waalaikum salam Puan Nadz
DeleteTerima kasih bagi pihak Atikah.
Anak2 saya yang order tu. Kebanyakannya ambil yang kecik aje kecuali butter prawn. Kamipun seronok kerana semua seisi keluarga dapat makan bersama termasuk Afifah yg balik bercuti dari Sabah. Isnin ni dia akan balik ke sana semula.
Jom jihad bisnes!
ReplyDeleteSaya dah mulakan sekadar yg termampu. Jom kita ajak kengkawan lain.
Deletesaya adalah salah seorang pelanggan yang gembira!
ReplyDeleteaqid asyik tanya bila nak jahit sarung bantal baru.
Terima kasih kerana melahirkan kegembiraan tersebut.
DeleteKena buat cepat sarung bantal tu biar Aqid dapat gunakan cepat. Barulah dia tidurpun dapat mimpi2 indah .... hehehe
Tahniah Atikah...begitulah kalau kita rajin berusaha...
ReplyDeleteOoo Restoran Chinese Muslim De Templer taman melati.....memang sedap makanan nya, kat situ ada Dim Sum juga....kami anak beranak memang suka makan kat situ.
Terima kasih. Dia memang minat berniaga dari kecil lagi. Masa di maktab dulupun dia sering berniaga utk kelabnya. Sekarang ni berniaga ini memberi pendedahan praktikal kpd pelajaran yg diambilnya di universiti.
DeleteMakanan di situ memang tak mengecewakan w/pun harganya agak mahal sikit. Sekali sekala bolehlah makan di situ. Semalam kami ingat nak order dim sum tapi Hazwan yang suka dim sum tu datang lewat kerana dia datang berasingan. Bila tengok dah banyak jenis lauk atas meja terus tak jadi nak order dim sum.
waa..tahniah..tahniah.. ada kerja kosong tak? ehehe..
ReplyDeleteSetakat ni dia boleh handle sendiri. Sekali sekala adik2 dia ada juga tolong sikit2.
DeleteNak menggaji MR Penyubiru memang belum mampu .... huhu
Bestnye atikah dh mula bertapak. Saya belum lagi...
ReplyDeleteSaya takut pelajarannya terganggu bila dah semakin banyak tempahan yang diterimanya.
DeleteIn sya Allah awak pun akan bertapak juga satu hari nanti. Teruskan berusaha.
takpe... YB boleh bantu serba sikit :)
DeleteMana yg saya boleh bantu saya akan bantu in sya Allah ...
Deletemurah rezeki Atikah belanja keluarga
ReplyDeleteMurah rezeki dia belanja keluarga. Berkat membelanja keluarga insya Allah bertambah murah rezekinya.
Deletemoga makin murah rezeki Atikah.... syukur kan YB
ReplyDeletealhamdulillah makin murah rezeki dia. Semoga satu hari nanti bisnesnya itu akan bertambah besar.
Deletemasih single ke atikah? jeng jeng...
ReplyDeleteofkos masih single sebab belajarpun belum habis lagi ..... ngeeee
DeleteMasa 1st time viewed Sweet Little Cotton atas recommendation kwn, tgk sbb nama SLC tu menarik ! (Tersengih bila baca nama tu)
ReplyDeleteAfter some time br tahu, "Owh anak YB rupanya"..
Atikah mmg pandai berniaga ! She's very passionate with the biz, committed & dedicated ! Sy jatuh cinta dgn cistat dia..
Owhh ada Dim Sum di restoran tu?? Ok akan sy 'heret' Cik-Comel-Suara-Sedap utk bw sy mkn di situ even dia kata mahal.. ^_^
p/s : Dear Tikah, keep up your good & smart work, may we succeed in our own business as well as our study.. And Allah, please make us stronger to confront the future with determination and success with flying colours.. May Allah make our way easier and grant us with His wisdom & blessings, in shaa Allah..
- fr : Kakak-Cun :p
Oh kawan kakak cun yg rekomen SLC tu. Nama tu sesuai utk perniagaannya dan orgnya yg sweet and cute (small).
DeleteSaya setuju dgn pandangan awak tu. Atikah memang dedicated dan ada sistem dia sendiri utk mengambil order, ambil kain dan menghantar. Saya tengok saya pening tapi tidak dia.
Di restoran tu ada dim sum. Org kata sedap tapi kami belum pernah cuba lagi. Mungkin kakak cun boleh belanja malam ni .... ngeeee
tahniah utk atikah
ReplyDeletecorak kain itu mmg tengah 'hot'sekarang
saya pun peminat cotton
Terima kasih Irfa.
DeleteCorak kain ni ikut musim. Skrg corak mcm tu yg tengah hot.
Kalau Irfa nak order kain cotton bolehlah hubungi Atikah. Kalau beli 3 pasang atau lebih dia akan berikan diskaun.