Majlis walimatul urus jiran setaman kami telah selesai dgn jayanya semalam. Banyak kisahnya yang aku upload di fb sejak daripada malam Jumaat lagi. Majlis nikah diadakan di rumah keluarga pengantin perempuan (jiran aku tu) pada pagi Jumaat. Ramai juga jiran2 yg hadir kerana kebanyakan mereka dah pencen. Yang kerja sendiri macam aku ni pun dapat ikut sama. Selain jiran2 lelaki, jiran wanitapun ramai yg hadir. Itu yang aku suka tinggal di taman perumahan ini.
Semalam diadakan majlis kenduri menyambut pengantin. Keluarga pengantin lelaki yg datang dari Kuantan telah bersama2 bisan barunya utk mengadakan majlis di sini. Ramai jemputan sebab maklumlah dua keluarga bergabung. Tentu meletop .... hehehe. Dengarnya 2,000 telah hadir kerana bapak pengantin order makanan utk 2,200 orang.
Orang yg paling gembira semalam tentulah kedua mempelai dan keluarga masing2.
Pengantin diarak ke pelamin di khemah khas. Di sebelah kiri adalah jiran aku (yang berbaju hijau tu) dan isterinya
5-6 tahun dulu bila ada jiran yg nak mengadakan walimatul urus di taman kami ini, kami akan bergotong royong menyediakan makanan dsbnya. Kami tak guna khidmat katerer kerana dgn bergotong royong itu akan dapat merapatkan lagi silaturahim di kalangan penduduk taman ini. Ia juga dapat mengurangkan kos utk tuan rumah.
Tapi sekarang, penduduk di sini pun dah semakin tua dan tak larat mcm dulu lagi. Maka sekarang ini semua majlis diswastakan kpd katerer. Jiran2 hanya tolong menyediakan hidangan tambahan seperti rojak buah, bubur kacang dan teh tarik. Selain itu jiran2 juga menolong memberikan doorgift. Biasanya akan diadakan majlis berkampung beberapa minggu sebelum majlis untuk memberikan tugas. Apa yang membuat aku terharu jiran2 ini tanpa segan silu datang membantu w/pun ada di antara mereka bos besar di pejabat masing2.
Antara jiran2 wanita yang sama2 terlibat menjayakan majlis sempat bergambar di pelamin sebelum pulang ke rumah masing2. Sebahagiannya berbaju hijau mengikut warna tema. Cuba cari mana satu emak Adam. Adam yang berbaju merah di depan tu!
Petang semalam setelah para jemputan pulang, ada sikit lagi makanan lebih. Pihak katerer telah diminta membungkus makanan yg masih berbaki utk diberikan kpd jiran2 yg telah menolong di majlis tersebut.
Ada seorang kanak2 dalam usia sekitar 10 - 11 tahun yang tinggal di flat kos rendah berhampiran telah berjumpa salah seorang jiran aku meminta diberikan sebungkus nasi dan lauk untuk dibawa balik dan diberikan kpd adiknya. Aku difahamkan ibu mereka adalah seorang ibu tunggal. Kanak2 ini sering juga datang ke surau di tempat kami pada malam Jumaat utk sama2 bersembahyang dan menikmati jamuan selepas majlis tahlil. Sebelum ini aku tak tahu dia daripada keluarga susah.
Apabila dia berjumpa kakitangan katerer itu semalam dia telah diberikan sebungkus nasi minyak bersama lauk2nya. Bukan main gembira dia. Dia ke dapur tempat aku tengah mengemas untuk mencari plastik yang lebih besar utk menyarung plastik kecik pembungkus lauk2 dan nasi tu. Aku beri dia satu plastik. Dia senyum sampai ke telinga. Selepas itu dia pun berlalu pergi.
Aku pula yang sebak melihat gelagat dia. Bagi kami, nasi dan lauk itu kadang2 tak dimakan. Kat rumah ni akulah dan mungkin emak Adam yang akan makan berkat dari rumah pengantin. Anak2 kami biasanya takdenya nak makan berkat tu. Tahan mereka masak telur mata kerbau atau keluar beli mekdi daripada makan berkat tu. Tapi budak ini begitu gembira dapat membawa pulang berkat untuk adik dan ibunya kerana mungkin hanya itu makanan yang ada utk malam semalam.
Coppppp!!!!
ReplyDeleteOpocot!!!
DeleteCepatnya sampai
Kan? Kadang kita macam terlupa ada yang sangat memerlukan rezeki yang kita dah tak berapa nak pandang sebelah mata
ReplyDeleteBetul tu. Bagi kita yg sering makan sedap2 mcm tu dah tak merasakan nikmatnya sangat. Tapi bagi mereka yg jarang dapat makan sedap, itu sesuatu yg sangat tinggi nilainya.
DeleteSaya bayangkan mereka adik beradik makan sambil senyum ..... ngeeee
Tapi kan sejak enpakwe sya cakap pasal jgn kuta hina makanan mcm kata tak sedap ke kurang rasa ke
ReplyDeleteseeloknya kita diam dan jgn di sebut,kita nikmati jugak dgn rasa syukur di atas rezeki yg di dapati
Bagus peringatan enpakwe tu. Tak baik hina makanan. Kalau rasa tak berapa sesuai dgn selera dan tekak kita biarkan org lain yg mungkin menyukainya makan.
DeleteNabi pun kalau tak sedap dia diam aje.
Seronok bersama sama jiran bergotong royong bermuafakat bersama sama
ReplyDeleteItu yg seronoknya kalau dapat jiran2 mcm ni.
DeleteBuat kerja sama2, makan sama2, makan angin pun sama2 ..... ngeeee
Cop!!!!mak adam yg comel cam adam tu dkt cermin pegang apa tah warna pink tu
ReplyDeletehehehe....
Saya tak pasti betul ke yg mana satu yg Eja katakan tu sebab ada juga yg comel kat situ. Yang mcm cermin tu bukan cermin. Ada 2 + 1 org kat belakang tu!
DeleteSelamat berbahagia perantin....semoga bahagia dunia dan di akhirat juga
ReplyDeleteAmiinnn.
DeleteTerima kasih bagi pihak pengantin. Saya tak pasti samada mereka baca blog. Kalau fb tu mereka terutama bapak pengantin sering ikuti.
Ya.. emak Adam yg belakang, tengah sekali.
ReplyDeleteTerbalik pula, anak-anak saya suka betul kalu saya daapat bawak balik nasi berkat dari majlis kenduri. Tp jarangla kita nak dapat nasi berkat ni kecuali kenduri sedara mara.
Betul tu Azie. Pandai awak. Rasanya Eja nak cakap yg itu jugak. Yang pink badge tu tuan rumah yg bagi. Ada nama setiap jiran yg rewang.
DeleteBaguslah anak2 awak. Kena duduk dgn masyarakat Jawalah kalau mcm tu sebab org Jawa masih suka bagi berkat.
terharu budak 10, 11 tahun sudah pandai fikir kebajikan keluarganya...
ReplyDeletePertengahan bulan ni mungkin emak dia dah kehabisan duit belanja. Itu yg budak tu malu2 alah minta sebungkus ..... huhu
Deleteada orang main chop chop di atas~!!!
ReplyDeleteHahaha...jom join(",)
Deletekasihibu nak pastikan dia yg pertama hari ni GB. Dia dah ajak join tu jomlah .... hehehe
Deletezaman sekarang, konsep rewang memasak ramai2 mmg makin payah...generasi yg tua makin uzur/atau dah meninggal..lagi 20 tahun, mmg stail majlis kawin kita akan sebijik macam mat saleh kawin...kita dtg lenggang kangkung..tuan rumah pun lenggang kangkung takyah buat apa apa..Yg penting, ONGKOSnya...hahaha
ReplyDelete20 tahun lagi majlis kahwin kat sini sama macam kat ostolia. Org kat sana kaya2 takpelah. Kat sini harap2 kita dah jadi negara berpendapatan tinggi - org kita pun dah kaya raya ....hehehe
Deleteen.yb memang buat saya sebak dengan cerita tu..memang pon kalu dapat berkat kadang kadang tak temakan..elok dok dlm plastik dalam peti es..semoga dimurahkan rezki keluarga anak kecil tu.
ReplyDeleteMaaflah kalau n3 ini membuat awak sebak.
DeleteBukan tak nak dimakan berkat tu tapi tengok lauk2 yg sama tu ada yg takde selera. Kerana sayang nak dibuang dimasukkan peti ais w/pun akhirnya ke tong sampah jugak.
Tapi bagi mereka yg tak mampu, ini satu nikmat yg jarang2 mereka kecapi.
Amiinnn. Semoga rezeki keluarga tu dimurahkan.
dah lama x makan nasik minyak...
ReplyDeletesaya terharu cerita anak kecil tu...
semoga dia dan keluarganya di murahkan rezeki dan di berkati Allah S.W.T...
dan tetiba teringat anak2 kechil saya...
Kalau nak tunggu dapat jemputan kahwin lambat lagi boleh pergi kedai makan nasi minyak. Kat KL ni pun ada w/pun nasi minyak lebih terkenal di Pantai Timur.
DeleteHati seorang ibu cepat tersentuh. CPL seorang ibu yg prihatin dan baik hati.
Selamat pengantin baru YB...eh..!
ReplyDeleteTerima kasih di atas ucapan ckLah itu w/pun ianya terlambat 25 tahun .... ngeeeee
Deleteabang pun tersebak sekejap sebab pernah susah masa kecik2 dulu ..
ReplyDeleteKebanyakan kita pernah melalui kesusahan semasa kecil dulu. Makanya bila melihat orang yg susah skrg kita mudah tersentuh.
Deletesaya doakan anak2 itu berjaya dunia akhirat..insyaAllah.
ReplyDeleteAmiiinnn.
DeleteDoa ikhlas yg org yg didoakan itu tak tahu in sya Allah akan makbul.
sama la dgn kenduri kat taman saya ni..jrg yg amik khidmat katering...biasanya pakat2 masak...seronok...
ReplyDeletetp..kerjasama jiran tetangga amat penting,kan..yalah kalau hubungan dgn jiran tak berapa baik..time kenduri ja nak mintak tolong..susah la sikit..
sbb nak pasang khemah...melibatkan depaan rumah jiran2...nak pinjam itu ini..
Wah bestnya masyarakat di taman Kamsiah tu. Memang seronok bila sama2 dpt bergotong royong.
DeleteDi sini jiran2 memang rapat tapi yg pakar masak dah semakin tua. Itu sebab kena guna khidmat catering.
Di sini juga kami biasanya buat di taman permainan. Jadi tak ganggu jiran sebab tak pasang khemah di atas jalan di depan rumah orang.
i pun sebak bila baca from perenggan tengah dan ke bawah.
ReplyDeletei juga sebak mencari ibu adam.
huhuhu
I baca sekali lagi perenggan tengah dan ke bawah tu. Tanpa disangka, airmata bergenang di kelopak mata. Syukur orang susah tak sama dgn syukur mereka yg berada.... huhu
DeleteTak jumpa ke cari emak Adam. Cuba tengok org yg berdiri di tengah2 tu .... ngeeee
assalamualaikum...
ReplyDeletesy mendoakan semoga budak itu kan membesar menjadi anak yg soleh dan berbakti kepada kedua orang tuanya
Waalaikum salam Sahrom ...
DeleteAmiiinn. Begitulah yg kita harapkan.
Dia cuma ada ibu saja.
Makchaq pun sebak baca kisah budak tu..
ReplyDeleteKat tempat makchaq pun last sekali gotong-royong masak dan kenduri rasanya 4 tahun lepas.. la ni kebanyakkan buat kat dewan.. ketua tukang masak kami pun baru ni kenduri anak kedua dia dah pakai katerer..
Kadangkala kita terlepas pandang ada orang seperti ini di kalangan kita.
DeleteGotong royong memasak utk kenduri kahwin nampak semakin pupus. Kat kampung emak Adam pun dah guna katering. Di kampung saya di KL ni lagilah dah lama guna katering. Sekurang2nya di tempat makchaq masih ada gotong royong sehingga 4 tahun lepas.
Nak guna dewan cukup mencabar kerana kebanyakan dewan telah ditempah oleh orang lain awal2 lagi. Di tempat saya ni dewan utk tahun ni dah penuh!
Budak2 yang datang dari keluarga yang tak berada memang tahu menghargai berbanding anak2 kita yang sedikit manja kan, tak rugi kita beri dia makanan tu.
ReplyDeleteUntung lah yb dapat jiran yang baik dan bersatu hati dan boleh bertolak ansur tak macam saya duduk berjiran tapi tak macam berjiran sebab dari rumah kesebuah rumah agak jauh sedikit.
Budak2 yang datang dari keluarga yg tak berada nak makan ayam atau daging 2-3 minggu sekali pun susah. Itu sebab bila dapat peluang makan makanan yang agak sedap, mereka begitu gembira. Anak2 kita dari kecik tak rasa susah. Oleh itu nak makan pun memilih .... huhu.
DeleteAlhamdulillah jiran2 di sini kebanyakannya baik2. Dah mcm sedara pulak. Lagipun kami duduk dekat2 sebab rumah teres.
Tempat awak tu rumah jauh2 sebab kawasan kampung. Tapi bagi jiran yg baik, jarak bukanlah pemisah ..... ngeeeee
gembira membaca muafakat kejiranan YB
ReplyDeletekalau duduk berjiran mcm tu mmg sayang nak pindah lagi
kes bdk itu buat saya sebak
kdg2 kita byk membazir sdgkan ramai lg yg bersyukur dgn makanan yg x seberapa itu//insaf
Alhamdulillah kami seronok tinggal di sini. Dah macam kampung pulak. Tak lama lagi bila semakin ramai anak2 yang berumah tangga dan mendapat anak (kira peringkat cucu), penduduk asal akan jadi datuk dan nenek dan tempat ni dianggap sebagai kampung oleh anak cucu. Bila raya semakin ramai yg menyambutnya di sini. Tambah meriahlah keadaan.
DeleteSaya ingatkan saya saja yg sebak dgn kes budak tu.
Kes2 mcm ini mengingatkan betapa beruntungnya kita jika dibanding dgn mereka yg kurang bernasib baik spt budak ini.