Friday, February 8, 2013

Unipertama

Masa aku sekolah dulu aku sering berangan-angan nak masuk universiti. Rasa mcm seronok aje dapat jadi mahasiswa. Itu belum lagi dapat berkawan dgn mahasiswi - ala berkapel kata org sekarang hahaha

Semasa aku di Tingkatan 1 pihak sekolah aku menganjurkan lawatan ke Universiti Pertanian Malaysia, Serdang (skrg dikenali dgn nama Universiti Putra Malaysia). Tujuan lawatan itu untuk memberi pendedahan kepada pelajar2 prospek di dalam bidang agrikultur kerana sekolah kami ada mata pelajaran Sains Agrikultur utk pelajar Tingkatan 1 -3. Aku pun tak tahu apa sebab sekolah di tengah-tengah KL ambil mata pelajaran tersebut.

Cikgu yang mengajar kami subjek itu bernama Mrs Lee. Baru keluar daripada universiti dan comel orangnya. Tapi bila mengajar aku boleh agak dia budak bandar macam aku juga dan tak berapa tahu selok belok pertanian. Pernah dia memberitahu kami kalau nak tebang pisang untuk mengambil buahnya, tebanglah dipangkal pokok lebih kurang sekaki dari tanah. Aku beritahu dia hancurlah buah pisang tu bila terhempap dek batang tapi dia boleh cakap batang pisang itu tak berat mana dan takkan merosakkan buah.

Pada hari lawatan itu kami dibawa ke fakulti sains samudera di UPM. Itulah kali pertama aku menjejakkan kaki ke menara gading. Aku berazam masa itu selepas MCE (aku ambil peperiksaan dgn penghantar Bahasa Inggeris bersama batch aku) aku nak masuk universiti. Kami diberi penerangan tentang industri perikanan oleh salah seorang pengajar di situ. Aku tak pasti dia tu professor ke bukan.

Itu semua kenangan berpuluh tahun silam.

Awal minggu ini aku dan beberapa orang rakan telah ke UPM. Kami berjumpa dengan seorang Fellow di situ untuk satu perbincangan. Bila bercakap dengan cediakawan seperti beliau ini, perbincangan menjadi ilmiah. Banyak ilmu beliau dan beliau tidak locek berkongsi pandangan tentang pelbagai isu dan perkara termasuklah isu-isu semasa. Pendapat beliau sering dikaitkan sama dgn hasil kaji selidik yg dijalankan oleh para ilmuan lain. Aku terasa pengetahuan aku di dalam banyak hal agak cetek jika dibandingkan dgn beliau..... huhu.



Perpustakaan UPM

Beliau ada memberitahu bahawa kerajaan menggalakkan rakyat mengambil PhD untuk memastikan Malaysia dapat bersaing dengan negara maju yang lain. Beliau memberi contoh Korea Selatan di mana ramai rakyat mereka mempunyai PhD. Sekarang Korea dapat menghasil produk2 berkualiti dan mempunyai syarikat gergasi dunia seperti Samsung dan Hyundai. 

Beliau memberitahu kerajaan ada menyediakan geran sebanyak RM50K bagi yg layak untuk perbelanjaan mengambil PhD. Bagi mereka yang mempunyai pekerjaan atau bisnes mereka boleh mengambil PhD di dalam bidang industri mereka. Bagi yang layak, pengalaman mereka boleh digunapakai untuk menggantikan Master. Tempoh pengajian adalah di antara 3 - 7 tahun. Ada di antara kami pada pertemuan tersebut berkira-kira mahu mengambil peluang ini. Aku? naa I am too old for that .... hehehe

Selain daripada menambah ilmu dengan mengambil PhD, kami juga boleh berkongsi pengetahuan yang kami miliki dengan memberi kuliah kepada pelajar2 universiti di dalam bidang kepakaran kami. Sesiapa yg berminat dan berkelayakan bayaran yang diberi ialah RM500 sejam. Kalau seminggu cuma dapat sumbangkan sejam pun, sebulan dah dapat RM2,000. Bagi aku wang itu perkara kedua. Yang penting dapat berkongsi ilmu pengetahuan dgn anak bangsa. Cari bayaran di akhirat.

12 comments:

  1. YB ada tanya tak kawan fellow tu dlm bidang apa yg dibuka geran PhD tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia kata macam2 bidang ada sebab kerajaan mahukan lebih ramai rakyat Malaysia ada PhD. Saya yang engineer pencen ni pun boleh buat doctorate dlm bidang kejuruteraan kalau nak. Saya rasa bidang perubatan termasuk sama.

      Delete
  2. Saya ada ramai client dari UPM. Brochure depa time buka semester, selalu kami la dok design.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalulah Azie ke UPM tu ya? Lain kali bolehlah kita pergi sama. Nanti balik saya belanja cendol .... hehehe

      Delete
  3. Kwn2 sy yg belajar di UPM pun ramai yg berjaya mendapat geran for Master & Ph D.. Happy and proud of them.. :)
    Sy ? Baru mampu mendaftarkan diri utk course CFP shj.. Alhamdulillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ramai kawan awak yang mendapat geran buat Master dan PhD di UPM ek? Kalau saya lebih kerap ke sana kelak mungkin boleh berjumpa dgn mereka. Nanti awak kena panggil saya Dr YB .... hahaha

      Kursus CFP tu lebih relevan utk tugas awak sekarang. Selamat berjaya!

      Delete
  4. Assalamualaikum,
    RM500 sejam ka? fuyooooo nak! nak! nak! ----> tetiba je mata terbuntang2 nampak bintang hu hu huhu

    Bestnya kalau boleh wat part time kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam anyss

      Begitulah yg saya diberitahu. Kalau awak berminat bolehlah hubungi Fellow tersebut atau org lain yg bertanggungjawab di dalam perlantikan tenaga pengajar tu. Mana tahu mereka minta awak mengajar 2 jam seminggu. Sebulan dah 4K. Boleh sangatlah nak belanja saya dan kengkawan FB kita lepas tu .... hehehe

      Delete
  5. Kawan anak saya umur 29 tahun, sekarang dah last semester buat Phd dalam bidang kalau tak silap Nuclear, anak saya pun dapat tawaran buat Phd semasa dia UTM dulu tapi dia tolak sebab tak minat jadi Lecturer...kekdah nya sejak buat MBA in finance haritu dia dah mula minat finance so sekarang dia mendaftar di kolej kasturi untuk buat CFA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah kpd kawan anak awak tu sebab belum 30 tahun dah nak ada PhD.

      Kita belajar sehingga ada PhD ni tak semestinya nak jadi lecturer. Ada ilmu tak rugi.

      Kerja ni memang kena ikut minat kita. Kalau tak, tak akan ada passion dan akan rasa cepat jemu.

      Delete
  6. tebang pisang mcm tu?
    aduhai..rosak pisang dihempap nanti
    pokok pisang setinggi budak blkg umah saya tu pun
    salah tebang..abis pecah buahnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah bila cikgu tu cakap mcm tu saya bantah. Tapi dia tetap dgn pendapatnya. Saya malas nak gaduh. Saya tahu dia tak tahu.

      Belakang rumah Irfa ada tanam pisang ke? Pisang jenis apa? Senanglah kalau nak guna daun selain dapat makan buahnya bila dah masak.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails