Saturday, February 9, 2013

Sambutan Tahun Baru Cina di Piasau Garden

Selepas aku berkahwin dengan emak Adam, aku menyewa sebuah banglo satu tingkat di Piasau Garden, Miri. Penduduk di taman itu terdiri daripada pelbagai bangsa: Cina, Iban, Bidayuh, Melanau/Melayu Sarawak dan beberapa keluarga Melayu dari Semenanjung. Tapi majoriti adalah orang Cina.

Tinggallah aku dengan emak Adam dengan aman damai sehingga kami mendapat anak pertama. Jiran sebelah kiri kami adalah sahabat baik aku yang berasal dari Teluk Intan. Isterinya orang Batu Pahat. Kedua2nya aku kenali sejak kami belajar di USA. Tamat belajar kebetulan ketiga2 kami kerja dgn syarikat kulit kerang.

Jiran sebelah kanan kami Cina Sarawak. Mereka ini baik hati. Selalu memberi kami makanan w/pun kembang tekak kami nak makan. Bila Tahun Baru Cina isterinya nak bagi itik salai kepada isteri aku. Emak Adam menolak dgn baik sebab tak nak terbuang begitu saja kalau kami terima permberian itu.

"Ini itik banyak sedap ooo. Apasal lu tak mau makan?" kata nyonya sebelah tu.

"Saya tahu ini itik sedap. Tapi kami orang Islam tak boleh makan kalau tak sembelih," jelas emak Adam.

"Oh itu pagi-pagi Aaahhh tak kasi makankah?" balasnya.

Emak Adam dapat menangkap maksud nyonya tu pagi-pagi Aaaahhh tu bunyi azan dari surau tak jauh dari rumah kami. Maknanya Allah tak kasi makan. Oh faham juga Cina ini.


Bila tiba masa perayaan Tahun Baru Cina banyaklah kumpulan tarian singa masuk ke taman kami ini. Mereka akan membuat persembahan di depan rumah orang2 Cina di situ. Biasanya rumah Cina ada pasang tanglung. Jadi senanglah kumpulan tarian singa itu mengenal pasti rumah mana yang nak dituju utk membuat persembahan mereka. Pada penghujung persembahan itu singa akan memanjat tiang utk mengambil angpow yg disediakan oleh tuan rumah.

Pada kali pertama sambutan TBC tu ada satu kumpulan tarian singa telah membuat persembahan di depan rumah kami. Mereka ingat rumah kami tu rumah orang Cina. Bila mendengar riuh rendah dung dung ceng depan rumah aku tu, aku pun keluar dan memberitahu ketua kumpulan itu kami ini orang Melayu. Dia yang pada mulanya agak terkejut kerana menyangka rumah kami ini rumah org bukan Melayu telah mengarahkan anak2 buah berhentikan persembahan. Mungkin anak2 buahnya berkata dalam hati masing2 "Buang karan aje!" .... hahaha

Bila aku masuk semula ke dalam rumah, emak Adam bertanya kepada aku macamana mereka boleh tersilap rumah. Aku beritahu dia yang rumah kami tiada lampu warna warni di sekeliling rumah. Rata-rata semua rumah orang-orang Melayu/Islam di Miri ada lampu warna warni itu utk menandakan itu rumah Melayu. Tuanrumah kami itu orang Cina. Jadi dia tak pasang lampu warna warni itu dan kami selaku penyewa tak kuasa nak memasangnya.... huhuhu

Lain kali kalau korang ke Sarawak cuba perhatikan rumah2 di sana. Rumah2 Melayu biasanya akan ada lampu warna warni tu.



Nota kaki: rumah aku sekarang di KL ini pun ada dipasang lampu warna warni. Tapi dari jenis LED untuk mengikut perkembangan semasa ...... hehehe


22 comments:

  1. Best tu tarian cina...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best terutama bila tengok singa dia lompat2 .... hehehe

      Delete
  2. Petang ni mkn besar, cuaca pun Dah mula mendung & berangin.. Kena bersiap sedia dgn ear plug mlm ni.. ;)

    Kecik2 dl mmg ditunggu tarian singa ni, mesti akan mengendeng di rumah jiran sbb nak suapkan limau dlm mulut singa.. Owhh rindu pula..

    p/s : kalau YB & family dtg, ptg ni blh mkn besar jg dpn rumah Yaie ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh kat sana pun mendung? Sini matahari dah menyorok. Pakaian tak kering lagi tu. Kesian emak Adam.

      Teluk Empang pun bingit dgn mercun ke? Ingatkan penduduk semua org Melayu dan Jawa ... hehehe

      Sekarang singa tu tak heran dah dgn limau. Dia nak makan ang pow. Anak dara mana boleh bagi ang pow .... ngeee


      Jalan keluar dari KL semuanya jam gila. Baru tengok kat twitter. Hari ni duduk rumah dan pergi surau ajelah ....

      Delete
  3. seronok tengok tarian singa..nak2 yg singa gatal tu..kelip2 matanye..ngee


    ReplyDelete
  4. Kalu saya dengar bunyi gendang kuat pada musim CNY ni, saya sanggup pegi cari tau Bang YB. Saya suka Lion Dance....!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rajin Azie cari lion dance tu. Tapi kami singgah ke Chow Kit beli buah utk dibawa ke rumah adik emak Adam. Ada satu kumpulan lion dance nak buat persembahan dekat tokong di Jln Raja Bot tu. Tapi sampai kami pergi persembahan tak dimulakan lagi .... huhu

      Delete
  5. wak pon penah keje kt Piasau gakk..ahhHaks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wak kerja di syarikat mana tu?

      Wak duduk di PIasau jugak ke dulu?

      Delete
  6. Baca mukadimah cerita ni macam baca majalah mastika dulu2 pulak rasanya...ngeee
    .
    Makchaq kecik2 raya cina lebih meriah dari raya puasa, duduk kawasan cina, kawan ramai cina, hiburan pun wayang/opera cina, main polis sentri/sorok2 pun dlm jirat cina.. menyorok celah2 kubuq...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ya ke? Ada unsur2 mistik ke mukadimah saya ni? .... hehehe

      Makchaq pandai cakap Cina ke? Mesti banyak dapat angpau kalau raya cina. Mungkin sebab itu raya cina lebih meriah ... hahaha

      Jirat cina tak seram kan makchaq jika dibandingkan dgn kubur Islam atau hindu? Saya pernah malam2 cari harta karun kat jirat cina semasa scout dulu .... huhu

      Delete
  7. Replies
    1. Waalaikum salam bunda.

      Terima kasih sudi singgah di sini dan menghulurkan salam ukhuwah.

      Delete
  8. Saya pernah sekali je tengok tarian singa ni.. Tu pun masa kerja kat Pertama Kompleks dulu... Bising betul dorang punya dung dung cheyyyyyyy tu.. Tak tahan.. huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak bising tak best. Saya suka tengok pasukan tarian singa yg dari Muar. Sudah beberapa kali menang pertandingan tarian singa peringkat dunia. Mereka boleh melompat tinggi di atas tiang kayu. Cik Azz cubalah tengok yg itu.

      Delete
  9. ada kesah lucu pasal tarian singa ni yg sy pernah tengok YB... beberapa th dulu ada pasukan tarian ni buat persembahan kat pekan Tanjung ipoh ni, saya kebetulan ada di salah satu kedai runcit di situ... sedang orang yang menari tu terlompat-lompat tiba2 dia terlompat dekat seorang makcik yang melatah, apalagi makcik tu pun sama2 melompat2 jugak sampai terlucut kain batik yang dipakainya... nasib baik makcik tu pakai baju kurung yang labuh.. kok bajunya pendek.... entahlah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti org kat situ gelak guling2 melihat telatah makcik tu. Kalau ada yg rakam peristiwa tu, mesti laku kalau masuk Youtube.

      Budak Cina yg menari singa tu pun mesti terkejut beruk.

      Delete
  10. Melepas lah angpow...sebab kalau mereka menari tarian naga dirumah orang cina,selepas selesai menari mereka akan dapat angpow.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka tak jadi buat persembahan di rumah kami tapi ada banyak lagi rumah Cina di kawasan kami tu. Kiranya taklah melepas sangat..... hehehe

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails