Adam sedang diambil gambarnya. 5-6 kali ambil baru jadi sebab mata dia dok jeling sana jeling sini
Untuk 5 orang kena RM72. Seorang 12 keping. Kalau nak guna utk tujuan lain senang tak payah nak cuci2 lagi.
Kalau dulu mungkin dah hantar gambar tu ke ruangan Kembang Setaman. Itu antara laman sosial paling hot masa itu. Maklumlah dulu mana ada laman2 sosial mcm sekarang. Lepas hantar gambar dan biodata termasuk hobi, belilah majalah tu yg keluar sebulan dua kali dgn harapan nama kita tersiar! Oh ya hobi yg mesti disebut ialah membaca (biar nampak terpelajar sikit hahaha), melancong (nak cari kawan2 dari jauh dah dekat) dan berkenalan (maksudnya kalau orang hantar surat kita akan balas kerana kita suka berkenalan).
Eh dah ke laut pula aku ni.
Tujuan kami ambil gambar semalam tu nak buat passport. Pagi ni masa kami bersarapan, Hazwan kata kalau buat passport tu nak kemana pulak?
Emak Adam kata, "Tak tahu nak ke mana lagi tapi kan senang kalau dah ada passport."
Ini yang risau aku ni. Macam bagi open cheque .... huhu
yuu huuuu....
ReplyDeleteyuu huuu.....
Deletecepatnya
' tak payah nak cuci2 lagi. '
ReplyDeletelepas tu hilang tak tau ke mana!!!
cuci 4 keping mahal. 12 keping lebih murah setiap kepingnya. economy of scale. Pandai tokey kedai gambar tu.
Deletesebelum ni mmg dah hilang pun. Itu yg kena ambil gambar yg baru ni.... huhu
Choooppp!!!!!
ReplyDeleteopocot!!!!
DeleteLorrrr...doc pulak dulu ;b
ReplyDeletedoc tengah takde patientlah tu agaknya .... ngeee
DeleteNak ke mano pulak tu yb?
ReplyDeleteTak tahu lagi. Mungkin ke Vietnam, mungkin ke Indon atau sekadar ke Singapore. Kalau ada duit lebih mungkin pergi umrah atau ostolia ... hehehe
DeleteKakcik ni paspot dh ada, tp tak pernah pun ke obesi... :(
ReplyDeleteRugi tu. 300 hinggit habis gitu aje kang.
DeleteAjaklah cik abg pergi makan angin dekat2 asean ni pun ok.... ngeeee
untung bisnis tu kongsi lah ngan famili kan :D
ReplyDeletenak kongsi dgn kengkawan pun boleh kot .... ngeeee
DeleteAmbil gamar 12 keping buat passport hanya guna sekeping gambar. Yang lebih simpan dlm album buat kenangan.
ReplyDeleteSekarang ni dah jarang org ada album gambar. simpan dlm plastik aje. Kalau nak guna lain kali tinggal ambik aje .... hehehe
DeleteKalu YB ambil foto kat pejabat imigresen lagi senang. Diaorang print 2 kpg je dan lebih murah...
ReplyDeleteGambar2 saiz passport ni kami perlukan utk urusan lain. Macam saya, bulan 6 ni nak guna gambar utk renew kad CIDB. Selain tu, dari masa ke semasa saya perlukan gambar utk buat pas kerja utk masuk tapak klien terutama klien baru. Itu yg saja buat lebih tu.
DeleteSenang YB kalau dah ada passport ni, bila poket gemuk je terus zoooom.
ReplyDeleteDah buat passport lepas ni nak kemana? Bawak lah anak2 ke USS....mesti mereka suka nak nak si Adam tu...mesti dia nak tengok Terminator...pastu boleh ziarah Makam Habib Noh dan makan murtabak, beriani, sup tulang merah,gandus dan macam2 lah.
Cabarannya .... poket belum gemuk lagi .... hehehe.
DeleteTapi betul cakap awak tu. Nanti bila ada rezeki lebih bolehlah ke tempat2 di luar Malaysia utk bercuti atau bisnes. Kat Malaysia kebanyakan tempat dah kami lawati.
Adam mungkin tak menghargai sangat tengok Terminator tu. Abg2 dia mungkin kot sebab mereka dah besar.
Kali pertama saya ke Makam Habib Noh sekitar tahun 70an. Masa tu ECP tu belum ada lagi.
Kat mana tempat2 makan yg awak sebut tu yg best dan femes? Saya dah lebih 5 thn tak ke sana? ... huhu
Kalau ada printer color & glossy paper tu, bleh ambik gambar sendiri, cuci sendiri..Jimat! hahaha
ReplyDeleteYB bawak lah anak beranak melawat kampong saya kat ostolia tu...:P
Printer color & glossy paper ada kat rumah ni tapi itu utk gambar 3R. Print gambar passport guna tu takut kecik dan tak diterima .... huhu
DeleteSaya tengah tunggu kelulusan kawasan balak sebelum boleh pergi kampung doc tu. Rasa2 tebang dalam 10 batang cukup kot utk buat tambang ke sana ..... hahaha
huhuhu.
ReplyDeleteboleh le ke oversea adam lepas ni... :)
Sekarang adam dah masuk tadika. Nak ke oversea kena tunggu time cuti sekolah ..... huhu
Deletebetul tu , bolehlah terbang obersee. tunggu AA buat promosi tiket murah je.
ReplyDeleteMemang kena tunggu tiket murah sebab gerabak saya panjang. Kalau tak banyak nak kena keluar belanja nak terbang ke obersee tu ..... huhu
Deletenak ikut gi obersee YB... blanja la kengkawan blogger ni skali
ReplyDeletekalau boleh saya nak bawa kengkawan blogger skali tapi apakan daya bajet tak cukup. Nak bawa famili pun belum ada peruntukan sebab banyak pihak yg masih belum bayar hutang mereka kpd sykt kami ..... huhu
DeleteDulu saya ambik gambar passport, pakej nya sekali dgn CD so kita boleh print sendiri bila kita nak, tak yah shoot lagi.
ReplyDeleteSekarang susah nak cari kedai yang ada pakej camtu. Set 12 keping, bila dah habis, shoot lagi.
Bawaklah anak-anak jalan-jalan ke Medan Bang YB.
Yang kami ambik ni pun ada diberi CD. Kedai gambar tempat kami buat gambar passport ni mmg bagi CD setiap kali kami ambik gambar tapi entah hilang ke mana. Sebab itu kena shoot semula. Cuma Atikah saja yg hantar CD dia untuk dicuci gambarnya.
DeleteAda jiran2 nak ke sana bulan 5 ni tapi kami tak dapat ikut serta sebab ada program penting bulan berikutnya. Perlu fokus kpd program itu .... ngeeeee