Monday, February 4, 2013

Sambutan Berganda

Petang semalam kami ke Publika di Sri Hartamas untuk membeli kek harijadi di salah sebuah kedai kek di sana. Kali pertama aku dan emak Adam sampai ke tempat tu. Dulu masa aku kerja dgn sykt kulit kerang tempat ni belum ada.

Budak2 sekarang setakat Secret Recipe atau King's tak mainlah. Nak yang kelas gitu. Atikah order red velvet. Sebiji RM75. Setahun sekali utk sambutan besday oklah.

Malam tadi kami bawa kek itu ke Pizza Hut untuk dipersembahkan secara mengejut kpd Afifah yg menyambut harilahirnya pada 2hb Feb. Sebenarnya utk emak Adam juga sebab harijadinya pada 4hb Feb. Beza 2 hari saja anak beranak ni.



Kami makan pizza dulu sebelum kakitangan pizzahut tu bawa kek ke meja kami sambil menyanyikan lagu Happy Birthday




Birthday girl bersama emaknya. Adam tukang enterframe


Aku bayar sebahagian daripada bil itu menggunakan baucer yang aku dapat hujung tahun lepas. Selebihnya guna kad kredit aku ..... ngeeee

Kepada anak aku Nurafifah Huda dan isteri aku Siti Roslina selamat menyambut harilahir.  Semoga menjadi insan cemerlang, solehah dan diberkati Allah dunia dan akhirat.

29 comments:

  1. Replies
    1. Wah dah main cop cop mcm dulu lagi. Tahniah kerana hari ni first.

      ps - saya belum bercadang mengadakan pertandingan utk first mcm sebelum ini ... ngeeee

      Delete
  2. selamat hari lahir Mama Adam dan Afifa!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih doc. Emak Adam dan Afifah dah baca entri dan komen2 di sini semasa saya keluar meeting tadi .... ngeeee

      Delete
  3. selamat hari lahir buat mak dan anak m..ak itu...
    Semoga mereka berdua diberkati di rahmati di kasihi di redhai serta mendapat yang terbaik dalam hidup amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin ya rabbal alamin.

      Semoga makbul doa Eja ni dan terima kasih kami ucapkan.

      Delete
  4. Gembira Fifah dpt RV ye.. Have a blessed great birthday to both of them.. Moga kekal gembira & bahagia hingga ke akhirnya.. ^_^

    p/s : me owe one to emak Adam.. :) Fifah aje yg dah dpt masa ke PWTC..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fifah ada keluarkan wish list dia utk harijadi kali ini dan di antaranya ialah kek RV tu. Dia juga nak belon helium. Itu Atikah belikan.


      Oh awak hutang kpd emak Adam ek? Pandai2lah settlekan cepat ..... hiksss

      Delete
  5. Assalamualaikum,
    Salin semula dr FB hu hu hu:

    selamat menyambut ulangtahun kelahiran emak Adam, moga panjang umur, murah rezeki, diberi kesihatan yang baik, ditambah kebahagiaan, dimudahkan segala urusan, diberkati seluruh kehidupan, selain dianugerahkan ayah adam Yunus Badawi yg lebih pemurah tahun ni

    Selamat hari lahir afifah, dengan doa yg sama ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam anyss.

      Terima kasih sekali lagi mendoakan emak Adam dan juga Afifah kali ni.

      Saya doakan yg sama utk awak.

      Delete
  6. Syukur alhamdulillah...

    Selamat menyambut ulangtahun kelahiran buat mak Adam dan Afifah... Beli kek mahal tapi puas hati tak apa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah masih dipanjangkan umur utk menyambut ulangtahun kali ni.
      Saya teringat arwah emak saya yg mana tahun lepas kami semua menyambut ulangtahunnya yg ke 75. Rupa2nya itu yg terakhir .... sob sob.


      Kat rumah ni kek tak berapa jalan. Tapi kek RV ni tak tahu laku ke tidak. Harap2 adik beradik Afifah suka kek itu.

      Delete
  7. happy birtday utk mereka2 itu, kek secret recipe rasa dan agak muak...saya pun selalu cari kek kedai len...biasanya tempah kat kengkawan aje, lagi sedap dan murah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih di atas ucapan itu.


      Kek SR dah biasa sangat. Dah hilang umphh nya.

      Beli kat kengkawan pun bagus juga. Kakak Afifah (si Atikah) pun ada buat kek dan ada juga org tempah daripada dia. Tapi adik dia mengada nak kek wondermilk ..... huhu

      Delete
  8. Selamat hari lahir utk keduanya. Nampak Afifah kurus dan nampak ayah Afifah bulat :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah ruginya duduk paling dekat dgn kamera ..... huhu

      Delete
  9. DAH MCM MODEL VOUCHER LA PULAK YB n MEM NI
    HEHE

    OPS..HBY BDAY UTK MEREKA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emak Adam yg bergaya lebih tu ... ngeeee


      Thanks. Mereka dah baca ucapan ni tadi.

      Delete
  10. Beli kek kat wondermilk di Publika ke?

    Saya nak ucapkan selamat hari jadi buat Puan Siti Roslina dan Nurafifah Huda, semuga dimurah kan rezeki, dipanjangkan umur dan dipermudah kan dalam segala urusan.

    Wah mak adam boleh geng dengan saya, kita sama sama Aquarius...dan besok hari jadi saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepat sekali tekaan awak. Pandai!! Biasa beli kek di sana ke?

      Terima kasih di atas ucapan dan doa itu. Kami doakan yg sama utk awak sempena hari lahir awak esok.

      Apa sambutan tahun ni?

      Delete
  11. Adik bongsu saya yang lelaki tu kerja di The Bee, Publika.

    Selamat Ulangtahun Kelahiran to emak dan anak dara.
    Saya pun dah lama tak makan pizza. Apa yang best sekarang eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh adik Azie kerja kat sana.

      Terima kasih b/p emak dan kakak adam.

      Pizza dulu dan skrg biasa aje. Cuma kat PizzaHut yg besar tu ada hidangan lain seperti cabonara yg boleh kita order selain pizza.

      Delete
  12. salam, anak Che Mid si Deeja lahir pada 3 Feb 2013.. dekat-dekat juga kan..selamat panjang umur kepada keduanya ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah kat tengah2 antara afifah dan emak afifah. Tahniah dpt anak baru! Semoga membesar menjadi insan cemerlang dan anak yg solehah.

      Delete
  13. Selamat Hari Lahir Untuk Afifah dan Emak Adam....

    Seronok tengok semua dapat kumpul sekali...
    Kami sekeluarga jarang sambut birthday.. Ucap ja selalunya.. Kek pun jarang beli, x dak peminat kek kat rumah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih w/pun dah nak masuk dua hari baru sempat saya jawab.

      Alhamdulillah semua ahli keluarga ada kecuali emak saya yg telah meninggalkan kami buat selama2nya. Tahun lepas dia masih bersama kami.

      Tak buat sambutanpun ok makchaq. Yang penting kasih sayang antara ahli keluarga tu kan.
      Kat rumah ni pun kek tak berapa jalan sebenarnya ..... huhu

      Delete
  14. Alahai Yb saya pun ada anak remaja kan, anak perempuan saya sibuk ajak abahnya pergi wondermilk beli cupcakes kat situ...pada saya wondermilk tu mahal...ada banyak lagi kedai yang jual kek dan cupcakes lebih sedap dan murah.....nak tahu sebab apa dia mahal sebab dia one of the pioneer yang jual cupcakes comel2 di Malaysia.

    Saya pun sambut birthday dengan makan2 diluar dengan suami dan anak anak...kami tak pergi jauh....kami cuma makan seafood di Carey Island yang cuma 10 minit perjalanan dari rumah saya....alah Yb pun mesti tahu kan tempat tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jauh tu ke wondermilk Publika utk beli kek. Cupcake dia mmg nampak comel dan cantik. Terima kasih berkongsi cerita pasal wondermilk ni. Anak2 saya yg rajin pasal kek ni. Saya tak kisah sangat. Makan pun tak berapa.

      Dah lama saya tak pergi makan seafood kat Carey Island tu. Kalau ke situ emak adam suka makan softcrab. Mula2 saya tahu tempat tu Dato Nordin yg bawa masa saya belajar lagi dulu .... ngeeee

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails