Tuesday, February 5, 2013

Biarku Patahkan Lehernya

Emak aku dulu ajar kalau nak tahu sama ada bendi itu muda atau tua cuba patahkan lehernya. Kalau boleh patah dgn senang itu tandanya bendi muda. Sedap dibuat sayur atau direbus dan cicah sambal. Kalau tak boleh dipatahkan, itu tandanya bendi itu dah tua. Jangan dibeli. Buang duit aje.

Tadi semasa aku temankan emak Adam ke pasaraya NSK aku pun dengan gigihnya terus ke tempat bendi. Aku tengok bendinya gemuk2 kali ni. Nampak mcm muda. Tapi bila aku jalankan ujikaji aku seperti yg emak aku ajarkan itu, ternyata banyak yang tua. Patutlah tak ramai orang membelinya. Kalau tidak, tak sempat nak tuang dari bakul orang dah berebut.  Macam percuma sedang sekilo bendi tu RM6.99




Bendi ini jenis yang tak nak lehernya dipatahkan oleh pelanggan sebab ianya bengkok di hujung .... hehehe


Kerana kebanyakannya agak tua, aku nak pilih utk dapatkan sekilo pun payah. Tapi tiba2 datang seorang bibik ambil plastik dan kata, "aduh cantek-cantek bendi ni."

Dia keruk2 penuh satu plastik termasuk bendi yang aku dah reject. Niaya tuannya malam ni bila mendapati bendinya tua2.

29 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Walaupun saya tak makan bendi, saya juga tau benda ni kena patahkan lehernya hu hu hu hu

    Ishhhhh! betul ke kena patahkan leher? bukan ekor ke tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam anyss.

      Eh kenapa tak makan bendi? Sedap kalau dimasukkan dalam kari atau digoreng sambal. Cubalah.

      Oopss saya pun tak pasti sekarang yg itu leher atau ekor. Tapi yg sebelah hujung yg jauh dari batangnya tu lah ..... hehehe

      Delete
  2. hahahahaha.

    cantik di mata die la...

    ReplyDelete
  3. Salam YB,

    Dia tak tahu petua 'patah leher' maka bibik tu kaup dan beli..hik3x
    Akak juga tahu petua ni..
    cuba YB citer macam maner nak beli timun muda pula..hik3x

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam Kak Nanie,

      Mungkinlah bibik tu tak tahu petua tu.

      Timun muda saya takde petuanya. Main tengok2 gitu ajelah ..... huhu

      psst - mcmana petuanya kak?

      Delete
  4. assalam YB..bila baca tajuk je..terus cakap amboi garang nya YB..leher sape la nak dipatahkan he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam Acik.

      Tajuk aje garang. Tapi setakat leher bendi ajepun .... hehehe

      Delete
  5. 1st :
    Thanks for sharing the info.. (Ya sy xtahu petua tu, dlm 26 thn ni br sekali je beli bendi sbb dl housemate yg selalu beli) :)
    2nd :
    Yg bengkok tu ekor ke leher ye? Sy hujung dan pangkal pun keliru sokmo..
    3rd :
    Err mmg harga bendi mcm tu? Again sy xtahu.. Huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1st:
      Welcome. Eh ada juga org yg tak tahu petua ini rupanya.

      2nd:
      Saya pun tak pasti nak panggil leher atau ekor. Tapi yg nak dipatahkan tu yg tirus tu (yg jauh dari batang).

      3rd:
      Kat NSK harganya sekitar itulah. Kalau sayur banyak ia turun sikit, kalau sayur kurang ia naik sikit. +- sehinggit

      Delete
  6. ade sesetengah penjual xkasi patah leher..takut rugi katanya.. nak2 kalo org da tau tu bendi tua, trus xde yg beli..xpasal2 kite yg dimarahnye.. -_-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kebanyakan peniaga tak kasi patahkan leher tu tapi kat tempat saya beli tu penjual takde kat situ .... hehehe

      Betul kata awak peniaga mungkin rugi sebab yg tak boleh patah leher tu org lain dah tak nak (kecuali kalau yg datang nak beli tu jenis mcm bibik tu!). Lagipun bila leher dah patah timbangannya dah kurang .... ngeeeee

      Delete
  7. kena 30 org dtg buat test, habis kontot bendi2 yg tinggal! hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan risau. Bendi yang boleh putus leher akan diambil oleh org yg pertama. Kalau tak boleh patah lehernya, buatlah sampai 30 kali pun takkan terpatah de leher tu. Jadi tak akan kontot .... hahaha

      Delete
  8. Bab patah2kan leher bendi memang kerja saya..saya suka sebab masa patahkan tu bila senang dan lembut memang bendir muda cer kalau yang tua kemain liat....macam orang juga lah...ahahaha.

    Bibik2 ni dia pedulik apa....hendak2 kalau dapat tuan yang cerewet lagi suka dia kena kan...makan lah ko bendi liat tu...tapi ada juga yang baik dan beetanggung jawab....berhati2 bila membeli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada bendi yg kita tengok ajepun dah tahu muda. Tapi ada juga yg bendi yg nampak mcm muda tapi bila dah bawa balik taklah semuda yg kita sangka. Masa tu baru frust sebab tak patahkan leher utk konfom kemudaaannya tu .... huhu.

      Bendi pun mcm orang jugak ke? .... hehehe

      Bibik nak sabo lah tu. Kena yg makan terpaksa masak sendiri. Bendi tu tuan dan keluarganya saja yg makan. Bibik makan maggi dlm bilik.

      Delete
  9. patahkan hujungnya yg tirus tu...bgh ekor...
    ada 2 jenis bendi..satu kaler hijau pekat(hijau tua)...yg ni tak berapa sedap..kulitnya tebal sikit.....yg kaler hijau muda tu sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh yg tu bahagian ekor ek? Mungkinlah tu sebab tirus.

      Yang kaler hijau muda tu memang sedap dan rangup. Tapi kat NSK ni kadang2 saja ada yg hijau muda tu. Selalunya yg hijau tua yg dijual ... huhu

      Delete
  10. kalau saya buat camtu(patah2kan kcg bendi tu) tau dek suami saya..mesti kena marah..huhu..kalau ikan yg nak saya beli saya tekan pun dah kena marah..inikan pula nak patah2kan sayur tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ish kenapa pulak dia marah? sebab bila dah patahkan tu dah tak berapa fresh ke? Emak Adam ada juga cakap mcm tu. Yang dah confirm muda dia tak kasi saya patahkan lehernya.

      Ikan kalau tak tekan kadang kita tak tahu lembik ke tidak terutama ikan yg keluar dari peti ais .... huhu

      Delete
  11. Kadang2 tak perlu patah leher pun boleh tahu mana tua mana muda laaa. Cewahhh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau datang tu jenis yg muda2 memang tak perlu patahkan leher. Emak Adam tak kasi saya patahkan jenis yg mcm tu. Tak tahan lama bila dah patah leher katanya .... ngeeee

      Delete
  12. hahaha!!! tercekik bendi tuannya karang!

    ReplyDelete
  13. kompom bibik tu tak makan bendi.. sbb tu dia maen keruk jaa .. tak pilih.... huhuhuuu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin dia makan bendi tapi majikannya tak kasi dia makan bersama. Itu sebab dia keruk biar padan muka tuannya ..... ngeeee

      Delete
  14. Hahaaaa...makan bendi bertali2 le tuannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah bertali2 dah tak boleh nak dimakan. Kunyah bijinya ajelah .... huhu

      Delete
  15. mentua saya suka sgt membeli di NSK
    murah katanya ;)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails