Wednesday, February 6, 2013

Beli Ikanpun Minta Disiang

Orang sekarang dah bagi senang nak senang lagi. Contohnya kalau dulu beli ikan lepas pilih2, timbang dan bayar. Tapi sekarang lepas timbang nak suruh penjual tu siang ikan tu. Kebanyakan orang memilih khidmat tambahan ini yang biasanya free kerana bila balik dah tak perlu bersusah payah nak menyiang ikan tersebut. Lagipun tak perlu nak buang perut ikan yang biasanya akan mengundang lalat ke tong sampah kalau kita terlepas lori sampah.

Di pasar tani dekat rumah kami ada satu gerai menjual ikan yang sangat laris. Setiap pagi Rabu orang akan datang awal untuk memilih ikan, udang, sotong dan ketam yang segar2 dgn harga yg berpatutan. Ikan2 ini datangnya dari Sg Besar.

Pagi tadi selepas Haikal dan Haizam pergi sekolah, emak Adam mengajak aku ke pasar tani untuk membeli ikan. Sampai ke pasar tani dalam pukul 7 pagi  - gelap lagi sebab matahari naik pukul 7:30 pagi.




Para pembeli yang kebanyakannya surirumah rancak memilih ikan. Perhatikan bakul-bakul kecil yang berderet di sebelah kanan yang berbaris menunggu giliran utk ditimbang sebelum ikan2 itu disiang.



Hari ini emak Adam memilih 4 ekor ikan tenggiri papan yg bersaiz kecik dan 8 ekor ketam. Selepas dia dah pilih aku suruh dia pergi beli sarapan di pasar tani sementara aku menunggu giliran ikan dan ketam itu ditimbang.

Lama juga nak tunggu giliran tu. Bila dah timbang mamat penjual tu nak hantar ikan dan ketam tu ke belakang utk disiang.

Emak Adam yg kebetulan dah sampai ke situ beritahu penjual tu, "Tak payah siang sebab dah siang."

Kami pun balik sebab nak hantar Adam ke tadika pula.

34 comments:

  1. hehehe... tul jugak.. dah siang kann..?!!..

    sg besar tu kg saya.... huhu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak tunggu siang takut terus tengahari ..... hehehe


      Sg Besar kat sebelah mana kampung CPL? Kakak emak Adam tinggal di Taman Pertama dekat pasar tu.

      Delete
    2. saya dekat sungai haji dorani.. betul2 simpang 4 kat kawasan orang jual2 ikan sayur yg petang2 ade jual pelbagai jenis kuih... kadang2 durian pon ade... hehehe...

      Delete
    3. Oh kat situ. Belacan kat situ sedap. Biasa kami pesan kat kakak emak adam utk tolong belikan.

      Kirinya kg CPL sebelah kiri kalau dari sekinchan nak ke Sg Besarlah ya?

      Delete
  2. Suami kakcik memang akanmbawa balik ikan yang telah siap disiang dari pasar. :)

    ReplyDelete
  3. Saya tak tahu dan tak pernah siang ikan...So, andai kata satu hari nanti saya kena beli & masak ikan, mmg saya akan suruh si penjual siang-kan...hehehehe..

    By the way, konsep 'ready made to cook' ni kat negara maju mmg dah lama buat YB...macam di Australia, kita beli ikan ke, ayam ke, dan siap siang..dibersihkan( basuh betul2) dan dipackaging cantik2...balik rumah kita takyah basuh, boleh terus goreng/masak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sanjung sikap terus terang doc. Saya ni w/pun budak bandar (cewah) tapi pandai siang ikan. Cuma bila dah ada isteri yg rajin dan cekap di dapur ni, skill tu dah kurang diamalkan .... hehehe.

      Kalau doc tak pandai nak siang memang wajarlah minta penjual tu siangkan kalau satu hari nanti beli ikan yg dipasar.

      Ready to cook di negara maju mmg dah lama diamalkan. Itu sebab pasar mereka bersih. Kat sini masih ramai yg sukar terima konsep mcm tu. Kalau beli ikan nak boleh memilih. Kalau beli ayam nak tengok dikerat2 selepas ditimbang. Itu sebab pasar kita ni kotor dan basah .... huhu


      Delete
  4. Memang biasa macam nie... cuma kalau nak simpan lama, tak boleh lah siang dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa tu memang biasa tapi penjual di tempat saya ni 3 org saja. 2 org kerja timbang dan sorang saja yg menyiang. Memang jenuh menunggu.

      Izni sama mcm emak Adam. Kalau nak simpang dia masukkan terus dlm peti sejuk tanpa disiang dulu. Itu petuanya.

      Delete

  5. Saya pun kalau beli ikan mesti suruh penjual tu 'siangkan' senang balik rumah basuh2 dan boleh terus masak atau simpan...biasa nya saya suka ke pasar tiap tiap hari...saya jarang beli ikan untuk disimpan...ok mungkin kalau simpan sehari je lah....Tapi kalau suami saya bawa balik ikan....memang kena simpan sebab dia kalau beli macam kat rumah ada 20 orang nak makan....dah kawin dekat 30 tahun tapi bab beli barang2 makan memang fail...tapi saya tak pernah komplen depan dia....nanti dia kecik hati pulak....ada sekali saya tegur terus lama dia tak beli apa2....so buat lah apa dia suka....duit dia suka hati dia lah.....malas kalau nak sentap2 ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak ramai yg menunggu giliran utk ikan mereka disiangkan takpe jugak. Memang senang bila balik tinggal basuh2 dan simpan. Emak Adam pun kadang2 suruh penjual tu siangkan tapi setakat buang perut dan sirip aje. Potong2 dia buat sendiri kat rumah.

      Kalau ada masa elok beli ikan dan terus masak. Jangan simpan lama2 dlm peti sejuk. Makan dah macam kayu.

      Suami awak tu sayangkan keluarganyalah tu. Bila sikit takut tak cukup! hehehe.
      Saya suka sikap awak yg tak suka sentap2. Duit dia pun banyak lagi setakat buat beli ikan lebih sikit tu..... ngeeee

      Delete
  6. saya memang akan suruh penjual tu siangkan sebab errr....sebab...SAYA BELUM BELAJAR SIANG IKAN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti boleh datang sini belajar dgn emak adam ...

      psst - memasak ikan dah belajar ke? Takkan asyik nak digoreng aje ikan tu? .... huhu

      Delete
  7. saya kalau beli ikan besar2 macam siakap ke baru minta tolong siangkan..kalau setakat ikan kembung ke cencaru ke sy siang sendiri je:)
    kan bagus kalau market malaysia macam kat ostrolia tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sikap yg bagus. Ikan kembung kalau nak suruh siangkan tu melampaulah. Tapi kat pasar tani ni ada juga org yg beli ikan kembung 3-4 ekor pun suruh penjual tu siangkan.

      Ikan cencaru biasanya kita minta penjual tu tolong buangkan jaketnya. Kalau di rumah susah juga nak buang kalau takde pelayar.

      Delete
  8. dalam tu maksudnya YB.kekeke...

    tp mmg bagus la ada perkhidmatan siang kan ikan..mudah kan kita..jangan pasni kena bayar singgit sudah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap2 ada di antara pembeli yang berbaris panjang menunggu giliran mereka tu tangkap maksud yg tersirat tu ..... ngeeee.

      Kalau tony fenandes yg berniaga ikan ni harus khidmat penyiang ikan ni kena bayar seringgit. Nak basuh tangan lepas pilih ikan kena 20 sen .... hehehe

      Delete
  9. saya biasanya hanya ikan yg banyak sisik dan sirip yg tajam saja sy minta siangkan... macam ikan merah, ikan talapia, ikan siakap .... kalau ikan yg x bersisik tu sy siang sendiri je sbb nak ambik isi dalamannya buat baja orkid

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu saya sokong. Penjual tu ada penggaru besi - senang dia nak buang sisik. Kalau nak buat kat rumah mercik satu dapur.

      Ibuintan rajin jadikan isi dalaman ikan utk buat baja ke? Cepat gemuklah pokok. Tapi dulu masa arwah emak saya gunakan baja tu semut api pulak yg datang berderet2 .... huhu

      Delete
  10. Replies
    1. Pembeli lain hanya memandang kami sambil senyum .... ngeeee

      Delete
  11. salam bro..
    konsep beli bawa balik siap siang dan basuh ni mmg memudahkan spt di uk us autralia.etc.tapi skill menyiang ikan ni lama lama hilang. spt di uk mereka tak reti lagi siang ikan seafood.preparation ie semuantermasuk membasuh.
    lalu melihat makanan yg belum bersiang masih berdarah dipandang jijik.
    yg anak takkenal mana dtgnya ikan...raw fish etc. sudah terdidik.
    good skill to teach anak anak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam Bro.

      Org sini kan nak ikut mcm omputih. Tapi kat sana gaji mereka besar. Proses makanan termasuk bersihkan ikan banyak menggunakan mesin. Kat sini kalau nak buat mcm tu bertambahlah pendatang asing bekerja di sini.

      setuju skill mcm ni elok diajar kpd generasi muda. Kalau tak mereka tak kenal ikan satu hari nanti.

      Delete
  12. try apply pada kacang panjang...petok hujung 0.5 cm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat kat kacang panjang marah penjual nanti ..... huhu

      Delete
  13. saya sama cam ibu intan. kalau yg bersisik tu suh depa sesiap garukan sisiknya. sirip ekor suma tak bg depa potong. sbb kdg2 depa potong kontot sgt. saya lak tak kenan.. buang sisik & perut shj.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sisik yg kasar2 mcm ikan terubuk biasanya eloklah suruh penjual tu tolong garukan sisiknya.

      Oh kakngah mcm emak Adam. Cuma buang sisit dan perut saja. Yang lain buat sendiri di rumah. Puas hati.

      Delete
  14. Kalau di dpn klinik ni (market tmn tun sardon), mmg x cakap pun depa siangkan. Mungkin pelanggan dh biasa suruh siang.ehe. jd saya pun suka :)

    Tapinya...kecik2 lg dah diajar siang ikan. Paling x suka kaalau disuruh siang ikan puyu yg masih hidup. Tapi still manageable. Hehe. Kalau balik tk.intan, memang takde la org market nak tolong siang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau semua penjual sediakan khidmat menyiang ikan, pelanggan tentulah suka. Yang malas tu kalau kena tunggu lama utk penjual tu siang ikan.

      Dah lama saya tak ke pasar tmn tun sardon tu. Dulu selalu ke sana utk sarapan. Emak saya suka makan serabai kat situ .... ngeeee


      Najwa dah terbiasa menyiang ikan dari kecik lagilah ya? Baguslah mcm tu. Saya tak sampai hati kalau nak ketuk ikan kasi mati sebelum disiang. Itu sebab saya tak pernah siang ikan puyu .... huhu

      Delete
  15. Kalau di dpn klinik ni (market tmn tun sardon), mmg x cakap pun depa siangkan. Mungkin pelanggan dh biasa suruh siang.ehe. jd saya pun suka :)

    Tapinya...kecik2 lg dah diajar siang ikan. Paling x suka kaalau disuruh siang ikan puyu yg masih hidup. Tapi still manageable. Hehe. Kalau balik tk.intan, memang takde la org market nak tolong siang :)

    ReplyDelete
  16. Kalau di dpn klinik ni (market tmn tun sardon), mmg x cakap pun depa siangkan. Mungkin pelanggan dh biasa suruh siang.ehe. jd saya pun suka :)

    Tapinya...kecik2 lg dah diajar siang ikan. Paling x suka kaalau disuruh siang ikan puyu yg masih hidup. Tapi still manageable. Hehe. Kalau balik tk.intan, memang takde la org market nak tolong siang :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails