Tuesday, February 12, 2013

Ayam Percik Yati

Mula-mula aku dikenalkan dgn Ayam Percik Yati 2 di Kota Baru ialah pada tahun 1996. Masa itu aku baru mula kerja sebagai jurutera roboh dan bina semula atau dalam bahasa Inggerisnya Knockdown and Rebuild Engineer di syarikat kulit kerang.

Pada masa itu aku diarahkan oleh bos aku ke Kota Baru untuk melawat projek pembesaran sebuah stesen minyak di Jalan Pengkalan Chepa. Kami tak roboh terus stesen tu tapi membuat renovation. Bila aku sampai di airport kontraktor dan jurutera projek telah menanti aku. Aku terus dibawa ke tapak projek yang terletak tak berapa jauh dari lapangan terbang itu. 

Selesai kerja di situ aku dibawa pergi makan tengahari oleh kontraktor ke sebuah restoran ayam percik di Jalan Long Yunus. Nama restoran tu Yati No 2. Bila aku tanya Yati No 1 kat mana kontraktor aku kata kat tengah bandar. (tapi sampai ke hari ni aku tak pernah jumpa Yati No 1 tu .... huhuhu).

Aku rasa sedap makan nasi kerabu berlaukkan ayam percik tengahari itu. Selain ayam percik ada lagi aksesori lain yang aku tak pandai makan masa itu. Aku tengok orang2 tempatan makan tak toleh kiri kanan dah.

Selepas makan aku ke ofis sykt kulit kerang di Jalan Minyak Gas sementara nak tunggu penerbangan balik ke KL. Habis kerja di situ kontraktor datang nak hantar aku ke airport. Dia tanya kalau aku nak bawa balik ayam percik boleh ditolong singgahkan aku di restoran Yati. Aku tanya boleh bungkus ke? (soalan entah apa2). Dia kata, "of course."

Maka kami singgah di situ dan beli ayam percik yang potongan besar dan yang kecik. Belum sempat aku nak bayar, dia dah settle dulu. Biasalah kontraktor nak ambil hati pelanggan.

Sejak daripada itu bila aku atau keluarga aku ke KB kami sering makan di restoran Yati ayam percik. Kali terakhir kami sekeluarga ke situ ialah pada cuti Tahun Baru Cina dua tahun lepas. W/pun ada tempat makan yg lain tapi kami tetap nak ke situ.  Macam dah kena mandrem hehehe


Sekarang ni Yati sudah membuka beberapa cawangan di sekitar Lembah Klang. Ada di Kajang, Bangi dan Tasik Permaisuri. Semalam kami ke Seksyen 7 Shah Alam utk ke Jakel. Tapi sebelum itu kami singgah di Yati Ayam Percik yang baru dibuka di situ. Baru pun tak lah baru sangat. Dah dibuka sejak Disember lepas.



Ini gambar pelanggan2 yg makan di situ yang aku ambil dari fb Yati. Cuba perhatikan keluarga yg di sebelah bawah tu.

Dah ada restoran ini dekat sini senanglah kalau kami nak makan ayam percik Yati.





24 comments:

  1. 1) Soalan blh bungkus ke tu kena read between the lines, nasib la contractor tu faham.. Ngeee

    2) Sy pernah mkn di Bangi.. Err mcm sedikit beda dgn yg di KB rasanya..

    3) Mungkinkah rahsia 'Yati' itu sama dgn rahsia Comel & cistatbedebahnya...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1) habis nak tanya soalan apa? First time saya jumpa kontraktor tu. Lagipun ayam percik tu dikapit dgn buluh. Saya bawa balik 2 ikat siap dgn buluh2nya sekali. Sampai KL masih panas!

      2) yang di Shah Alam tu pun sedikit beda dgn yg di KB .... ngeee

      3) mungkin jugalah. Itu sebab makan sekali nak lagi ..... huhu

      Delete
  2. Errr... First ..?? ^_<
    Ok cendol Banting 1.. Terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuti2 ini saingan kurang sengit. Apa2pun tahniah kerana dapat first.

      Nanti bila saya ke Banting lagi saya belikan awak sebungkus. Awak kena habiskan sorang satu bungkus tu tau .... hahaha

      Delete
  3. Saya kalau pergi kelantan memang selalu lah singgan di kedai ayam percik yati...memang sedap....lepas makan bungkus bawak balik....kalau naik kapal terbang memang bawak balik tapi kalau drive tak lah.

    Saya pun baru tahu ayam percik yati dah di buka di sekitar selangor...senang lah bila terasa nak makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Citarasa kita sama nampaknya. Banyak2 kedai makan masih nak ke situ juga kalau ke KB. Awak siap bungkus bawa balik lagi tu. Tapi bila dah sampai sini rasanya tak sesedap makan di sana.... huhu.


      Dah beberapa tahun juga dia buka di selangor ni. Rasanya yg awal di Kajang tu w/pun saya belum pernah pergi makan di sana.

      Delete
  4. Ada ayam percik yg sedap selain kat tu. next time dtg KB boleh try dan bandingkan. Tapi tak dinafikan, kat Yati senang nak makan sbb stail kedai makan, kebanyakan ayam percik yg tersoho hanya jual ayam percik sahaja stail take away...One of them is somewhere near Pasir Mas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti saya kena tanya kawan saya yg org KB tu di mana nak cari ayam percik yg best di sana terutama yg di Pasir Mas tu. Tentu dia tahu kot.

      Yati tu sedap dan harga berpatutan bagi kami org luar ni lah. Mungkin org sana tahu tempat yg lebih sedap atau yg lebih murah. Tolonglah bagi tahu.

      Delete
  5. Salam, macam sedap bebeno ayam percik tu.. ari tu baru pergi Jakel tapi sibuk cari cendol lepas tu.. tak perasan pulak si Yati tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam che mid.

      Boleh tahanlah ayam percik yati ni w/pun yang di KB tu lebih sedap lagi. Lain kali kalau che mid ke seksyen 7 bolehlah cari kedai ini. Ianya agak tersorok ke belakang tapi parking kat situ senang sikit jika dibandingkan dgn dekat Jakel tu.

      Delete
  6. Baru je cuba makan kat cawangannya di Cyberjaya sabtu lepas... tapi tak berapa menarikla pada saya.. atau sebab dah jadi francais rasanya dah tak sesedap yang original

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju dgn pendapat awak tu. Rasanya tak kick mcm di KB tu. Kuah perciknya pun bukan putih mcm di sana. Tapi kalau tak dapat nak ke KB dlm masa terdekat ni boleh jugalah utk lepaskan gian .... hehehe

      Delete
  7. mcm terbaik je rasa ayam percik ni ikut cerita YB?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak yg terbaik sila ke kedai makan yang di KB tu. Terbaeeek

      Delete
  8. kalau Mak Adam masak , mesti lagi sedap ...
    Percayalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. emak adam tak pernah masak ayam percik. Kena belajar dgn pB kot ... ngeee

      Delete
  9. ada satu dekat ngan opis nih, kadang2 nak makan nasi kerabu memang cari kat sini aje, confirm sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Opis elly kat BBB ke?

      Rasa ayam percik yg ori di KB lagi sedap ..... huhu

      Delete
  10. kat permaisuri pun ada ?
    boleh cari ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikut iklan yg saya baca di Permaisuri dah ada sekarang. Tak lama lagi mereka nak buka cawangan di Danau Kota pulak .... ngeee

      Delete
  11. Banyak baca review kata Yati kat bangi tu tak sesedap kat KB...Dan saya baru tau Yati dah bukak kat Seksyen 7 tu...boleh la saya terjah..nak ke KB jauh bebenor..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejujurnya Yati di Shah Alam tu pun tak sesedap yg kat KB. Tapi sementara nak tunggu ke sana, bolehlah belasah yang di sini.

      Not too bad but not as good ..... huhu

      Delete
  12. saya asal sana tp x penah makan
    acaner tu?
    sbbnya kg saya jauh giler dr kb tu
    kalau ke kb pun terus ke apt je..x sempat nak singgah mana2
    tp mmg mcm penah nampak signboard ayam percik yati tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya lepas ni Irfa kenalah cari kedai Yati yang di Jalan Long Yunus tu. Kalau nak ke airport dah tak jauh tu .... ngeeee

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails