Apakah aktiviti yang paling sesuai untuk anda dan pasangan anda lakukan jika anak-anak semua sudah ke sekolah? Maksud aku anda suami isteri saja yang tinggal di rumah waktu itu.
1) ke pasar? Kami dah lakukan itu semalam selepas menghantar Adam ke tadika. Kebetulan di kawasan kami ada pasar tani setiap Rabu.
2) pergi bersarapan di luar? Itu pun sudah kami lakukan. Aku ajak emak Adam ke kedai mamak untuk menikmati seorang sekeping roti canai dan berkongsi sepinggan mee goreng mamak. Satu pinggan dua garpu. Takkan nak bersuap2 pulak. Nanti orang lain kat situ kata kami gedik .... hehehe
3) apa lagi aktiviti yang sesuai dilakukan?
Hah yg itu? Tunggulah malam ini. Ambil berkat malam Jumaat .... hahaha
Oh ya ada satu aktiviti yang aku dan emak Adam lakukan pagi Selasa baru2 ini selepas anak2 semua dah ke sekolah dan tadika. Emak Adam mengajak aku membersihkan kebun sebesar kangkang kera di belakang rumah. Dia kata dah semak sebab ada pokok2 liar yang dah semakin membesar di lereng bukit di situ.
Dengan penuh semangat w/pun berbaju terus, emak Adam mula mencantas dahan2 pokok di situ. Tak cukup dahan, batang pokok (ada yg sebesar lengan aku ini) pun ditebang. Pokok lengkuas yang dan merimbun juga tak terselamat dari tetakan emak Adam.
Semasa dia rancak menebang pokok itu, kerja aku mengangkat dahan dan batang pokok serta daun2 ke tepi jalan untuk dikumpulkan sebelum pihak kontraktor Majlis Tempatan datang mengangkutnya ke tempat pembuangan.
Nak tahu banyak tak banyak pokok yang dibersihkan silalah lihat longgokannya di bawah ini
Lebih daripada 10 kali aku berulang alik mengangkat pokok dan dahan2 ini. Lihatlah ianya lebih tinggi daripada kereta Proton Aeroback putih di sebelahnya itu
Letih dan sakit2 badan laki bini buat kerja ini. Esok2 aku nak cadangkan kepada emak Adam buat kerja lain yang lebih menyeronokkan ..... ngeeeee
ps - tu sebab anda lihat urat2 tangan emak Adam timbul di dalam gambar di entri sebelum ini
Skreeeeet
ReplyDeleteChop tmpt dulu :D
patutlah dengar bunyi org brek tadi. Rupanya awak .... huhu
Deletearggghhhhhhhhhhh, kau ktsssssssss
ReplyDeleteSorry juliet. Cuba lagi :P
Deletekesian juliet lambat tak sampai seminit. En S telefon ke tadi? ... hehehe
DeleteYa sila cuba lagi cik juliet.
DeleteKpd KTS tahniah diucapkan w/pun takde hadiah kali ni.
Taaaaakuuut!
ReplyDeleteMak adam sgt gagah.
Memang emak adam sgt gagah tapi ayah adam lebih gagah lagi .... hehehe
Deleteapa yang penting....kerjaaaasammaaaaaaa
ReplyDeleteagak lama dah kita bertiga tak bekerjasama .....
Deletejom kita mulakan kembali.
kts, pi balik la hang.
ReplyDeletekts tunggu awak nak balik tu. Kan dia selalu tumpang kereta awak kan?
Deleteyb, tolong delete komen2 kts tuh, membakar betul.
ReplyDeleteBerani la yb delete!
Deletekesian pulak saya nak delete komen kts tu. Sabar ajelah. Tak lama tu padamlah baranya
DeleteBukan tak berani nak delete tapi tak sampai hati .... ngeeee
DeleteXtvt mlm ni baca yassin bersama mak adam eh?
ReplyDeleteAlhamdulillah.
Surah kahfi jgn dilupa
Pandai pun. Selain baca Yasin, buat tahlil dan doa. Banyak perkara yg nak diminta.
DeleteSurah kahfi esok pagilah pulak. Malam ni nak tidur cepat .... lalala
Tolong doakan sy juga ya
DeleteInsya Allah.
DeleteNak yang selalu awak minta tu kan? ... ngeee
kalo nak join yb ngan mak adam sila jangan malu2 kucen cik kts.
ReplyDeleteKucen aku mmg pemalu
Deletekts memang pemalu kononnya. Nyampess
Deleteeh awak ada kucen lagi ke kts? Ingatkan dah habis mati .... ngeeee
Deleteaktiviti berdua2an la best akakakkakakakakakaka
ReplyDeleteSemua xtvt yg saya sebutkan itu xtvt berdua2an. Semuanya seronok tapi masih cuba mencari yg paling best .... hehehe
DeleteMak adam ni rajin betul dah tu pandai pulak buat kerja tebang menebang ni......saya kalau kawasan di luar tu memang kerja suami lah...kerja saya hanya yang di dalam rumah....maaf cakap bukan lah nak eksen ke apa tapi saya dibesarkan di taman perumahan jadi memang tak pandai kerja2 berkebun ni.....tapi sejak kawin dan duduk dikampung ni...perangai bandar dah hilang la, kalau orang tanya dengan tak malu nya saya mengaku saya orang kampung.....ok apa jadi orang kampung.
ReplyDeleteEmak Adam dah biasa buat kerja2 kampung ni. Masa remaja dulu dia pernah kerja di kebun sayur milik tauke Cina dekat kampungnya.
DeleteBaguslah kalau org bandar pun dah boleh sesuaikan diri menjadi org kampung. Tak kekok pergi kemana saja.
tentu besar kera yang mengangkang tu !
ReplyDeleteBesar manalah sangat kera. Tapi bila dah banyak kera yg mengangkang, kira luas jugalah tanah tu.
DeleteHehehe... Tak tau nak komen apa.. Gelak je baca komen orang2 kat atas ni haa..
ReplyDeleteRajin awak baca komen2 tu.
DeleteSaya pun suka baca komen kengkawan kat blog org .... ngeeee
Guling baca komen Pakngah Hamzah!
ReplyDeleteAbg Hamzah memang tajam pemikiran dan komennya..... huhu
Delete