Friday, January 18, 2013

Kalau Ya Pun, Agak-Agaklah Wahai TM

Baru sekejap ini aku dapat sms dari TM. Ini yg ditulisnya:

RM0.00 Msg from TM: Self Service is getting better. Soon you will only need to key in your Unifi phone no. to experience our self service assistance. Tq

Dah dua kali aku dapat mesej yg sama pagi ini. Mengganggu aku yang sedang mengemaskinikan Profil Syarikat.

Aku dah lama bengang dengan TM ini. 

Sebelum ini aku sering mendapat sms di tengah-tengah malam untuk memberitahu aku tentang bil elektronik aku dah disediakan. Aku ingat ada berita kematian atau yang seumpamanya bila dapat sms pukul 2 pagi. Rupanya cuma nak bagi tahu bil dah elektronik dan ada! Kalau sekali dua boleh sabar lagi tapi hampir setiap bulan mereka buat macam tu.

Ada tu aku dapat sms tengah2 malam cuma nak ucapkan terima kasih kerana aku dah bayar bil. Kalau orang bercinta yg tak boleh tunggu siang untuk ucapkan terima kasih.

Aku pernah beritahu kpd pegawai khidmat pelanggan TM supaya tak payahlah buat macam tu lagi. Sejak itu nampaknya dah berhenti hantar sms pada tengah malam ni.

Berbalik kepada mesej yang aku dapat pagi ini. Hantar sekali cukuplah. Dan kalau boleh gunalah Bahasa Melayu kerana kita sama-sama orang Melayu. Siapa lagi yang nak mendaulatkan bahasa Melayu kalau bukan kita?

14 comments:

  1. YB,

    listen listen listen listen

    haiwan pun ade masalah YB *tetiba

    kihkih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagilah peluang saya nak cakap sikit ni ..... huhu

      Betul tu. Haiwan pun ada masalah. Binatang apa yg paling banyak masalah? Cer jawab?

      Delete
  2. SMS saya boleh sabar la YB...ni pesen nak jual insurans, call malam2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak jual insurans call malam2 tu melampaulah. Memang nak kena maki terutama call pada malam jemahat .... hehehe

      Delete
  3. hahaha.

    tu namanye, nak berniaga tak kire tempat...

    no sense at all.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini dah tak kira tempat dan masa.

      Org lain pun berniaga juga.

      Kalau ada saingan utk talian tetap dan Unifi ni kan bagus

      Delete
  4. aik... tolong ingatkan pun nak marah... :d dapat sms jer pun... bukannya kena bayar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah banyak sangat junk sms yg saya terima skrg. Itu yg mengganggu.

      Ada yg dari maxis hantar mms supaya kita forward kat org lain dan maxis dpt duit, dari pihak kredit kad beritahu tawaran itu ini tapi semua jenis utk menghabiskan duit dan skrg dari TM pulak .... huhu

      Delete
  5. rajin sungguh orang tm kol 2pg pun ada kat opis lagi,kikikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan dia call pukul 2 pagi tu tapi hantar SMS. Mungkin dia dah set sebelum dia balik pada sebelah petang tu. Hantar tengah malam kan murah sikit casnya ..... huhu

      Delete
  6. Macam2 sms iklan yg masuk skang ni.. Rimas je.. Sekali sekala tu apa salahnya terus je masukkan topap... hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kan. Kalau dulu kita selalu dapat junk mail skrg kita dapat junk sms pulak.

      Alangkah bestnya kalau sekali sekala dapat top up free daripada sykt telco.

      Delete
  7. Saya pun heran ada ke pangilan dari TM tetiba nak jual AIG insuran dari Maxis tetiba nak jual saham Jernih...masuk akal tak? Ke budak2 yang kerja di telco ni bagi no kita pada kawan2 dia yang kerja di syarikat insuran atau saham....suka suka hati pulak call kita tiga empat kali, betul2 buat kita geram.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni memang terasa nombor telefon kita dan data2 peribadi kita dijaja oleh pihak2 tak bertanggungjawab kpd pihak ketiga. Saya sering juga mendapat panggilan daripada org yg tak dikenali nak jual pelbagai produk dan perkhidmatan.

      Memang geram bila mereka ini asyik call kita .... grrrr

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails