Wednesday, January 16, 2013

Nak Yang Bogel Togel?

Sebelum balik KL nanti singgahlah beli rantai mutiara ni. Jangan beli di Pasar Filipina tapi belilah yg pasar malam yg depan Pasar Filipina tu sebab di sana lebih murah.

Itu mesej aku kpd Afifah yg belajar di UMS, Kota Kinabalu yg akan balik bercuti hujung minggu ini. Sebenarnya emak Adam nak kirim rantai mutiara. Hari tu dah beli tapi biasalah bila dah bahagi2kan kepada sedara mara dan rakan taulan ada pula yg tertinggal tak terberi..... huhu

Emak Adam pesan beli rantai yg ada mutiara saja. Tak nak yang ada batu. 



Ini contoh rantai mutiara yg ada batu. Batu tu membuat rantai ini berat (abaikan urat yg kelihatan tu sebab semalam emak Adam menebang pokok2 di tepi bukit belakang rumah)

"Oh nak yang togel bogel?" tanya Afifah.

Ciss apa punya ayat pertanyaan.

"Ha'ah," jawab emak dia.

Kepada sesiapa yang nak kirim rantai mutiara, sila beritahu aku cepat. 

Payment term: COD .... hehehe

32 comments:

  1. kalau nak sebutir jaa... bulehh.. ehhee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebutir pun boleh. Mungkin Sabtu ini Afifah akan pergi beli selepas dia habis exam hari Jumaat.

      Delete
  2. mak adam tebang pokok, yb tukang tengok sajakah? :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Adam tebang pokok saya tukang angkut ke tepi jalan. Kalau tengok wall fb saya semalam nampaklah betapa banyaknya dahan2 yg ditebang tu.

      Oh ya. Satu lagi saya juga tukang lapor ... hehehe

      Delete
  3. tebang pokok tepi bukit? sedang membayangkan bukit dekat rumah yb.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumah tepi tu kan ada bukit di sebelah belakangnya. Itulah dah lama sangat tak datang ke mari.... ngeee

      Delete
  4. berapa RM rantai tu YB? Semahal cincin Rosmah Mansor ke? Kalau mahal macam tu, tak mampu saya...:P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taklah sampai 24 juta. Ribu pun tak sampai. Rantai ini utk golongan marhaen mcm kami ni .... huhu

      Delete
  5. Replies
    1. Saya masih mencuba utk mendapatkan jawapannya.

      Azie nak yg mcm ini atau yg togel bogel? Yang togel tu lagi murah sebab cuma mutiara tanpa batu.

      Delete
    2. Harga rantai ni tak mahal. Sekitar RM30 - RM35 seutas bergantung kpd berapa banyak mutiara dan batunya.

      Delete
  6. Kakcik kalau ke sana beli juga, tapi lepas tu simpan dalam lemari! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah alang2 beli tu pakai jangan tak pakai kakcik.

      Kalau tak pun, boleh beri kpd org sebagai tanda mata.

      Delete
  7. Gigih emak Adam menebang2, ayah Haikal mesti jd penonton je kan..?

    Errkk Bukit..? Dimanakah ye..? *fikir sat*

    Ok nak jg seutas yg togel bogel tp
    Payment term : FOC (blh ke?) ngeee

    - teka-siapa-sy-jika-hebat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak kena lihat sendiri kegigihan emak adam menebang pokok2 tu semalam. Mula2 dia kata nak buang sikit2 aje tapi akhirnya hampir habis semua pokok2 tu dibuang atau dicantas. Lihatlah sendiri dahan2 yg membukit spt dlm fb saya tu.
      Ayah Adam tukang angkut sampah tu dari belakang rumah ke tepi jalan.

      Bukit tu sebelah belakang rumah lama. Dah boleh gambarkan tak?

      Kalau nak FOC kena tanya Afifah. Tapi rasanya dia takde bajet. Maklumlah student. Takpe pinjaman PTPTN pula tu.... huhu

      Ini mestilah Harimau 86 yg hebat tu

      Delete
  8. Cantik gelang mutiara ni, saya pun ada gelang mutiara cuma lain sikit patent nya hubby beli masa dia gi outstation ke sabah 8'tahun dulu.
    Saya belum pernah ke sabah dan s erawak, hari tu borak2 dengan suami dia janji nak bawak jalan2 kesana tapi kena tunggu dia siap kan kerja dia dulu, hmmmmm bila lah tu?.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah 8 tahun pakai gelang tu? Tahan betul tu. Atau sering disimpan saja dan dipakai pada waktu2 tertentu?

      Kalau ada peluang cubalah melancong ke Sabah dan Sarawak. Banyak tempat menarik di sana dan banyak cenderahati yg boleh dibeli dgn harga yg berpatutan. Kalau ke sana elok tinggal di sana lama sikit biar puas.

      Delete
  9. Makchaq rasa makchaq pun rakan taulan yang tak dapat lagi rantai ni..
    Ada peluang ke?.. yang bogel pun tak pa.. kalau yang ada batu nyiru makchaq tadahkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan makchaq aje rakan taulan yg tak dapat. Rasanya takde seorg pun rakan taulan fb dan blog yg dapat sebab emak Adam takde fb atau blog. Dah tentu dia tak bajet utk rakan taulan kategori ini.... ngeeee

      Kalau nak beli pun tak mahal sangat makchaq. Dalam RM30 - RM35 aje. Mutiaranya daripada jenis cultured pearl. Sempat kalau nk kirim melalui anak saya. Setakat 2-3 org nak kirim saya rasa dia boleh tolong belikan.

      Delete
  10. berkat emak adam menebang, dpt gelang mutiara yang sangat cantik, ni kena belikan lebih utk emak adam nih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gelang tu dia dah dapat semasa kami pergi ke Sabah bulan sept tahun lepas. Hari Ahad ni anak kami yg belajar di UMS tu nak balik bercuti. Saya dah suruh dia belikan beberapa utas gelang tu.

      Delete
  11. Replies
    1. Kalau serius nanti saya suruh Afifah belikan satu utk awak.

      Delete
  12. rantai mutiara pasar filipina memang best...

    dulu beli pun tak nyesal :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak pilihan dan cantik2. Harga juga sangat berpatutan. Kalau di sini mesti jauh lebih mahal.

      Bila kali terakhir awak ke sana? Ada singgah makan di pasar filipina tu jugak ke?

      Delete
  13. YB,

    Wanna know a secret? hahahaha... takdelah secret benor! I used to be KK pearl dealer... My SIL kan tinggal kat sana so saya import ke semenanjung & jual! Pernah juga terfikir nak buat bisnes pearl ni ke sini...ermmm masih berfikir2 lagi :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for sharing your secret. Oh memang ada bakat berniagalah Marya ni.

      Saya sokong kalau Marya nak buat bisnes pearl dsbnya di Peru. Tentu ramai org di sana suka barang2 tu.

      Nanti bagi tahu saya kalau dah mula berniaga barang2 tu ya.... hehehe

      Delete
  14. YB, pasar malam yg dimaksudkan tu pasar malam sinsuran ker..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanyalah Sya atak tahu nama pasar malam tu tapi ianya betul2 di seberang jalan daripada pasar filipina tu. Tak jauh dari situ ada hotel yg tinggi tu.

      Delete
  15. Ahah memang dah lapan tahun....memang tahan, tapi saya punya tak disalut gold hanya plain Mutiara...suami beli satu set rantai,cincin, gelang dan subang. Saya suka pakai masa pergi wedding jer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh suami awak belikan yg set tu. Tentu cantik. Saya pun ada belikan emak Adam yg satu set semasa saya ke Manila beberapa tahun lepas. Dia pun pakai barang tu utk majlis2 tertentu saja sebab sayangkannya.

      Delete
  16. Balik ni penuh gelang dalam luggage! :p

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails