Malam tadi satu kebakaran kecil berlaku di rumah jiran aku. Semasa kejadian kami di rumah adik emak Adam yg baru pindah rumah. Jiran sebelah rumah aku yang telefon aku bertanya samada kami ada di rumah. Aku kata 4 org anak aku ada di rumah sebab mereka dah balik lebih awal. Kami baru nak bergerak balik selepas Cerekarama malam tadi.
Pendingin hawa ini yg terbakar
Api mula menyambar langsir
Pasukan Bomba yang datang dgn dua buah jentera berhenti depan rumah aku
Pegawai bomba menerangkan sesuatu kepada jiran aku (kebakaran bukan di rumah dia - dia yang ada pemadam api tu). Juga kelihatan ialah pengawal keselamatan yang menjaga kawasan perumahan kami
Diantara jiran2 yang berada di tempat kejadian. Jiran prihatin ... ngeeee
Nak update status kat fb ke Kak? ..... hehehe
Inilah alat pemadam api yg telah dapat memadamkan api sebelum api merebak dan sebelum bomba datang. YB bekejar ke tempat kejadian memandangkan PRU13 tak lama lagi dan sempat bergambar utk akhbar manalah tu? Tamil Nesan ke? huhuhu
Moral of the story: Sediakan pemadam api di rumah utk keselamatan
Betul la kan.. Kena cari jugak benda ni.. Letak kat rumah.. Tapi kalau tak tau nak guna, camner lak.. huhu..
ReplyDeleteEhh, kat mana ada jual benda alah ni ehh..? Macam tak pernah nampak je..
Memang elok ada pemadam api di rumah kita. Dalam kes ini nasib baik jiran sebelah rumah ada benda ni dan dapat memadamkan api sebelum merebak.
DeleteNak guna benda ni tak susah. Tarik pin keselamatan dan semburkan ke api. Masa beli tu boleh minta penjual ajarkan cara penggunaan yg betul.
Nak cari benda ni boleh pergi ke kedai2 menjual alat2 keselamatan.
apa sebab pendingin hawa tu boleh terbakar YB?
ReplyDeletesenyum lebar je YB, eksyen je dengan pemadam api tu ye!
tu lah, pemadam api dah lama ada dalam list benda yg nak dibeli tapi masih tak beli-beli juga
Mungkin sebab litar pintas dalaman. A/C ni kena selalu diservis. Kalau tidak, boleh terbakar mcm tu.
DeleteYB tu pantang enterframe mesti senyum lebar. Dah jadi mcm trademark dia pulak ... hehehe
Lepas ni bolehlah beli satu utk kegunaan di rumah. Langkah keselamatan yg baik.
Salam YB,
ReplyDeleteKat umah Ai mmg ade psg smoke detector dan juga ade pemadam api. Bli ms satu company ni dtg buat talk psl fire awareness.dptla less than rm600
Salam Yati,
DeleteSatu langkah keselamatan yg terpuji tu sebab ada pasang smoke detector dan ada menyediakan pemadam api. Lebih baik kita berhati2 dan dapat tidur dgn lebih nyenyak daripada risau kalau2 berlaku kebakaran.
Kira oklah semua kurang daripada RM600.
Pastikan pemadam api itu diperiksa dan disenggara mengikut tempoh yg ditetapkan.
Chop! Lelaki baju belang2 tu Ketua Bomba kan? Knp xpakai unipom eh..? Owh ke beliau salesman jual pemadam api ?? Ngeee..
ReplyDeletep/s : Si Comel & adiknya ingat Adam yg main bell.. Huhu..
-sybakaljutawan
Lelaki baju belang2 tu bukan ahli Bomba mahupun Ketua Bomba. Dia cuma ketua cawangan saja .... hahaha. Jangan percaya dia perasan tu.
DeleteDia menjual pelbagai produk dan perkhidmatan tapi tak termasuk pemadam api.
Si Comel mmg mcm tu. Org dah riuh depan rumah dia boleh rilek dlm rumah adik beradik .... huhu
betul tu, sebenarnya itu adalah benda yang penting dalam rumah yang patut ada kan?
ReplyDeleteBenda yg penting ni tapi jarang ada di rumah kita. Yang kurang penting pulak yg ada .... huhu
DeleteMcm buat iklan pemadam api la pule... Hehe
ReplyDeleteBoleh cari makan kalau nak jual pemadam api ni kot .... hehehe
DeleteSkyDrive,Google Repеl, Ѕnug, аnԁ
ReplyDeleteiСloudall begіn with a commοn quаdruplet
ѕuits οf heartѕ, clubs, dіаmondѕ
and spades, in that respect were besіdes childrеn's equivalents created. Just furnish lively details, wish the personal information of the mortal end of the game, the instrumentalist with the least sum of money of money leftover is now eliminated and cannot win.
Feel free to visit my web blog ; gaming
kemain YB!!
ReplyDeletekalah YB!!
Nak tahu kalah ke menang PRU nanti cubalah bertanding ... hehehe
DeleteSalam kenal dari Che Mid. Wah, nampak jelas semangat kejiranannya ya..
ReplyDeleteSalam kenal Che Mid.
DeleteAlhamdulillah semangat kejiranan penduduk2 di jalan tempat saya tinggal ni begitu tinggi. Macam2 aktiviti yg kami lakukan bersama.
Baru2 ni ada jiran dari jalan lain memberitahu saya di surau bahawa yang ramai datang ke surau nampaknya penduduk dari jalan saya.
Amboiii...prihatin betul YB ni....patot jadik Yb..betul...ekekeke...
ReplyDeleteOrg prihatin sebelum jadi YB. Bila dah jadi takdenya nak prihatin .... hahaha
DeleteApalah si Anon tu merepek kat blog ni.
ReplyDeleteYb
Selepas rumah saya di masuki pencuri, saya dah pasang ADT alarm systerm siap dengan smoke detector semua.....
Anon tu merepek kat banyak blog. Rasanya dari Afrika kot. Cuba nak pancing org ke blog mereka.
DeleteElok ada alarm system. Dan kalau ada smoke detector lagilah bagus.
bahayanya..kena beli sebijik letak kat rumah ni
ReplyDeletePemadam Api Aerosol Terbaru & Terkini. Produk Korea.
ReplyDeleteRingan, Mudah & Ringkas
Berat Hanya 340gm
Sesuai Untuk Digunakan Oleh Golongan Warga Emas & Kanak Kanak
Tahan Panas. Amat sesuai disimpan didalam kenderaan kesayangan anda.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Lawati :
https://www.facebook.com/PowerPunch911Me