Monday, January 28, 2013

Jubah Untuk Nenek

Hari Sabtu baru ni aku, emak Adam dan Adam balik kampung utk mengambil nenek Adam dan membawa beliau ke majlis kahwin keluarga abang ipar menantu beliau di Klang (abang ipar biras aku). Kali ini dia buat di dewan di Teluk Gadong. Kali pertama dia buat kerja kahwin dia buat di rumah. Masak masa tu pun secara gotong royong. Mungkin penat lebih buat cara tu. Buat di dewan gunakan khidmat katering lebih mudah. Cuma sediakan sajalah bajetnya .... huhuhu.




Kami singgah di masjid Nurul Iman selepas ke majlis kahwin tersebut kerana takut tak sempat sampai rumah sebelum waktu Asar. Aku dan emak Adam solat jamak qasar kerana jarak perjalanan sudah melebihi 2 marhalah. MIL aku solat biasa. Orang tua tak biasa nak jamak atau qasar solat.

Malam Ahad tu kami membawa nenek Adam ke rumah baru anaknya di Kinrara. Adik emak Adam tu baru pindah ke situ pada siang Sabtu tu.

Semalam kami membawa nenek Adam ke Carrefour atau sekarang dikenali dgn Aeon Big. Sukalah orang tua dibawa berjalan-jalan. 


Nenek Adam di escalator. Dulu dia tak berani nak naik benda ini. Adam siap berlari turun naik kat escalator tu

Emak Adam dan Atikah membawa beliau ke First Lady. Dengar cerita kebanyakan pakaian di situ diimport dari Vietnam. Tapi kalau nak tunggu kami sampai ke Vietnam entah bila. Jadi belilah juga di First Lady tu.

Atikah telah membelikan sepasang jubah untuk neneknya hasil daripada wang dia berniaga di internet. Semoga bertambah maju bisnes Atikah.

18 comments:

  1. Betul kan yb...org org tua baya nenek saya,tak prefer solat jamak ni...walaupun kita dah terangkan tentang rukhsah yg allah dah anugerahkan bila kita musafir

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kefahaman mereka tentang rukhsah solat jamak qasar ni mungkin tak sama dgn pemahaman kita. Jadi tak boleh nak paksa. Yang penting solat tetap dilakukan.

      Delete
  2. bestnye atikah berniaga online... siap boleh beli jubah utk nenek lagi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah pendapatan daripada perniagaan online dia boleh tahan juga. Sebelum dia belikan jubah utk neneknya dia pernah belanja kami sekeluarga makan.

      Kalau setakat duit utk belanja dia tu lepaslah.

      Delete
  3. memang suma carrefour dah jadi Aeon big ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka sedang dlm proses rebranding sebab Carrefour kat Malaysia ni sudah dibeli oleh Aeon Jepun. Dengarnya menjelang April ni siaplah proses tukar kulit tu ... ngeee

      Delete
  4. bahagianya nenek punya cucu seperti atikah =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sementara dia masih ada umur ni bolehlah anak cucu nak menggembirakan nenek mereka.

      Delete
  5. Perenggan pertama jer dah buat saya ulang dua kali nak fahamkan jalinan hubungan biras, abang ipar menantu... tu. Keliru sekejap.

    Wahhh saya suka baca Atikah belikan nenek dia sesuatu.
    Ops! lupa saya belum amik lagi gelang tu. Tunggu saya kerja dulu ya? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang agak mengelirukan sebab yg buat kerja kahwin tu agak jauh perhubungan saudaranya dgn kami. Kiranya org luar daripada keluarga kami. Tapi bila dah mendapat jemputan tu kami seboleh2nya tak nak hampakan harapan tuan rumah.


      Setakat ini hanya jubah tu yg termampu dia belikan. Nak belikan neneknya motor kapcai utk merempit di kampung Atikah belum mampu.


      Kalau boleh datanglah cepat sikit sebelum Afifah balik ke Sabah pertengahan bulan Feb ni. Yang beli rantai tu Afifah (bukan Atikah). Bila Azie nak mula kerja di tempat baru?

      Delete
  6. Emak saya pun dulu takut naik escalator....jenuh lah anak2 memujuk nya, bila dah pandai kemain eksyen dia.

    atikah anak dan cucu yang baik.....muda2 dah pandai cari duit dah tu pandai pulak bersedekah untuk nenek sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang2 tua ni agak sukar atau lambat utk menerima sesuatu yg baru. Dulu escalator manalah ada. Bila mereka nampak rasa takut terutama masa nak mula2 jejak kaki atas escalator tu dan masa nak turun.

      Alhamdulillah kebanyakan adik beradik Atikah minat berniaga dari kecik lagi. Skrg ni pendapatan hasil jualan di internet Atikah bolehlah buat menampung perbelanjaan dia. Dia bukan dapat PTPTN sebab dia ambil kursus professional.

      Delete
  7. Seronok dapat bawa nenek jalan-jalan.. shopping lagik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nenek duduk kat rumah aje pun kesian juga. Bila bawa jalan2 tu dapatlah dia tengok2 luar. Nanti balik kampung seronoklah nenek nak bercerita dgn jiran2.

      Delete
  8. Happy la nenek tu! Mesti suka dpt treatment cam tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali dia datang biarlah tinggalkan kenangan manis ....

      Delete
  9. bagus Atikah..moga bisnes makin maju berkat doa nenek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiinn. Terima kasih bagi pihak Atikah yg skrg ini ke pejabat pos utk menghantar pesanan. Buat akaun dgn Poslaju lambat pula mereka proses. Kalau dah siap akaun tu, boleh panggil saja pihak Poslaju datang ambil barang2 tu di rumah.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails