Saturday, January 26, 2013

Nak Bercuti Kemana Kita?

Pagi tadi emak Adam meminta aku belikan lontong, nasi ambeng dan kuih lopes di warung makcik aku di Keramat. Seperti biasa aku akan telefon dulu utk membuat pesanan. Dalam setengah jam kemudian aku tinggal pergi ambil saja. Tak perlu nak tunggu lama2.

Tetapi pagi tadi semasa aku call, sepupu aku yang menjawab panggilan tu. Aku dengan selambanya terus memberikan order.

"Maaf bang Unus. Harini kami tak berniaga. Emak pergi makan angin ke Penang dengan kakak dan cucu2nya," terang sepupu aku.

Kecewalah hasrat nak makan lontong Jawa dan lopes pagi ni.

Sekarang ini pantang ada cuti hujung minggu panjang sikit ramai orang kita mengambil peluang pergi melancong. Minggu ini memang ada cuti 3 hari bagi kebanyakan negeri kerana Thaipusam. Kalau campur cuti Maulidurasul dapat lima hari.

Minggu depan pun cuti 3 hari juga bagi yang kerja di Wilayah sebab 1hb adalah hari Wilayah.

Tak lama lepas tu cuti Tahun Baru Cina pula.

Emak Adam dah hint nak ajak bercuti. Tapi dilema dia setiap hujung minggu ada saja jemputan kenduri kahwin. Hari ini ada dua. Satu di kampung dan satu lagi di Klang. Kejap lagi kami nak balik kampung. Itu sebabnya emak Adam minta aku beli lontong tadi - tak payah buang masa buat sarapan.

Minggu depan pun ada dua jemputan. 2hb di Bangi dan 3hb di Putrajaya.

Macamana nak pergi makan angin ni?

Susah2 kirim aje duit kpd orang yg buat kerja kahwin tu. Pergi booking online and off we go!

Tapi soalannya: nak bercuti ke mana yang best?


10 comments:

  1. bercuti ke pantai-pantai...

    oouh sepoi-sepoi rasenye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bulan lepas kami baru ke Ganu. Sempat bawa Adam bina istana pasir sebelum tempat tu kena banjir .... huhu

      Angin pantai memang mengasikkan.

      Delete
  2. zino ada plan nak bercuti ni.. ada sorang kawan FB yg tolong uruskan.. tengok la menjadi ke tak harap2 plan nya berjalan lancar.. tapi lambat lagi sempat la kumpul RM sikit hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baiknya kawan fb tu. Nak bercuti dalam atau luar negara?

      Mungkin saya boleh minta tolong kawan fb Zino tu utk uruskan cuti kami juga. Nanti zino beritahu detailnya ya.

      Delete
  3. Tu lah kan....semua tempat di semenanjung ni kita dah pergi nak kemana pun tak tahu.....tapi mungkin dalam bulan mac atau april hubby nak ajak ke Indonesia....insyaallah kalau kerja dia dah siap off we go.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat yg dah pergi pun kadang2 tu pergilah lagi. Kadang2 kami sengaja pergi tempat yg jarang dilawati orang seperti ke Parit Raja atau ke Kemaman.

      Nak pergi mana di Indonesia tu? Kat sana ada banyak tempat menarik. Tapi sekarang melancong ke sana pun dah mahal .... huhu

      Delete
  4. Anak anak anak belum pernah pergi ke trans bandung, walaupun dah banyak kali pergi bandung dan nak ke jakarta juga...kalau ke jakarta nak jumpa kawan2 masa belajar di US..dulu masa di US saya memasak untuk kawan2 Indonesia seramai 4 orang...makan pagi dan malam je dapat lah sikit duit poket...setiap kali saya ke Indonesia kesemua mereka akan menjamu kami anak beranak...sambutan mereka terhadap kami anak beranak mengalah kan adik beradik....baik dan sangat menghormati walaupun kebanyakan mereka beragama kristian.

    Setuju dengan Yb tempat yang dah pergi pun kena pergi lagi...tapi rasa nya dah lama sangat tak ke Indonesia...kawan kawan kat sana semua dah bising2 call suami saya....mereka tu dah macam adik beradik kami.

    ReplyDelete
  5. Best cuti2 ni, tp kenduri kawin mmg byk! Berderetttttttt

    ReplyDelete
  6. As salam YB,

    Aduh, sekarang ni sebut pasal makanan semunya boleh jadi terliur! Lontong oh lontong! Bila rajin nak buat ni... kalau kek Malaysia lama lamo den poiee boli...hikhik...

    YB, kami biasa kalau cuti-cuti di Msia suka pergi tempat yg mendamaikan jiwa & offer makanan yg sedap2! hehehe... Kami suami isteri tinggal di Seremban & biasanya kami akan pergi jalan2 ke Melaka... Sebab dah boring dgn KL/Selangor/Putrajaya... Pergi Melaka pun best juga w/pun paneh... hehehe :)) Jln tepi pantai pastu pergi makan ikan bakar...perghh...heaven! hehehe :D

    ReplyDelete
  7. Januari saya xde ambik cuti
    Februari ambik 2 hari bergabung dgn raya cina
    boleh cuti lama sikit ;)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails