Aku sekeluarga ke rumah adik ipar aku (adik kepada emak Adam) di Puchong petang semalam. Adik ipar aku dan isterinya baru saja pindah ke rumah baru mereka setelah lebih 4 tahun mereka menyewa rumah. Mereka bernikah pada 08/08/08 dan sejak itu tinggal di rumah sewa dekat Jalan Klang Lama.
Rumah baru mereka ni bukanlah rumah baru siap. Adik ipar aku kata rumah tu dah siap sejak 7 - 8 tahun lalu. Sebelum ini rumah itu disewakan oleh tuanpunya. Lebih kurang 2 tahun lepas adik ipar aku menandatangani perjanjian jual beli rumah tu. Ding dong ding dong dua tahun kemudian baru settle hal pinjaman dan sebagainya sebelum mereka boleh masuk.
Rumah mereka tu apartment 10 tingkat. Ada 3 bilik tidur. Master bedroom taklah besar sangat. Masuk katil king dan nak penuh. Tak boleh nak letak almari pakaian. Bilik yg dua lagi tu lagilah lebih kecil. Ruang tamu yg bersambung dgn tempat makan boleh tahan agak lapang utk sebuah apartment. Dapurnya comel. Kalau emak Adam yg duduk situ aku rasa mati kutu sebab dia suka masak dgn dapur yg luas.
Nak tahu berapa harga apaartment ini? RM142,000.
Itu harga dua tahun lepas. Sekarang ni dah naik jadi RM180K.
Adik ipar aku ambil pinjaman utk tempoh 30 tahun. Sebulan kena bayar RM800. Maknanya sampai lepas dia dah berhenti kerja tak habis bayar hutang.
Bayangkanlah kalau mereka yg berpendapatan kurang daripada RM2,000 jangan mimpilah nak beli rumah kecuali bernasib baik dapat rumah PPRT.... huhuhu.
Itu baru apartment. Kalau landed property tentulah lebih mahal lagi terutama sekitar Lembah Klang ini.
Masa aku beli rumah aku dulu baru RM135,000. Teres 2 tingkat dgn 4 bilik. Sekarang rumah di kawasan aku ni dah berlipat ganda harganya. Baru2 ini ada rumah di sini dijual dgn harga RM560,000.
Atas kertas, pemilik2 rumah di taman perumahan aku ni dah setengah jutawanlah .... hehehe
mmgla... sebab spekulasi harga rumah dikalangan pemaju... kesian rakyat marhaen cam saya ni... walaupun kerja dengan pemaju, kalau dapat staff discount pun susah nak dapat beli
ReplyDeleteSpekulasi harga di kalangan pemaju itu salah satu faktornya. Tapi pembeli juga memainkan peranan di dalam sesetengah kes. Kadang2 tu tak lama lepas sain S&P harga dah naik melambung2. Siapa yg banyak duit bolehlah bayar down payment dan buat duit atas angin, Yang sakit org biasa mcm kita ni .... huhu
DeleteSykt mrs azmi buat projek kat mana sekarang? Org mcm saya ni boleh dapat diskaun tak? ... hehehe
betul tu yb.nasib baiklah lea ngan suami beli senang je urusannya.rumah kecik je pun
ReplyDeleteTaklah kecik. Biasalah tu bagi kebanyakan kita. Yang penting ada tempat utk berteduh dan tak perlu menyewa.
DeleteKerja gomen loan senang dan bayaran balik pun panjang serta interestnya rendah.
Standard lah tu bro... Rumah YB kat mana pulak...?
ReplyDeleteTeman beli rumah kat Saujana Utama Sungai Buluh... Masa beli tak sampai RM200K pun... lepas 2 bulan booking masa soft launch terus harganya RM250K... sekarang harganya RM500K... kaya lah teman atas kertas jer...
Rumah saya dalam daerah Gombak di bawah pentadbiran MPAJ w/p betul2 di sempadan WP. Alamat pun guna alamat KL.
DeleteWah cepat betul naik harga rumah di Saujana Utama tu. Untunglah pembeli2 rumah di sana.
Kira2 4 tahun lepas saya sering ke sana semasa menguruskan pembinaan stesen Shell dekat masjid tu.
entah. aku tak tahu la bile nak beli rumah... umur dah tua...
ReplyDeletesilap-silap kena beli tanah buat rumah atas tu. baru jimat sikit... aieh.....
Kalau rajin nak beli tanah dan buat rumah sendiri, memang boleh jimat terutama jika dapat harga tanah yg berpatutan. Tapi kena tahu selok belok kalau tak nak kena tipu kontraktor ... huhu
Deletememang kesian kalo bg mereka yg berpendapatan kecil..alhamdulillah berkat nasihat mak abah dulu,saya dapat beli rumah apartment di pj sebelum berkahwin...dulu masa beli baru 72k skrg harga dah cecah 160k utk unit basic..walhal baru enam tahun yg lalu..skrg dah berkahwin dapat beli rumah teres setingkat dan rumah apartment tersebut disewakan..:)
ReplyDeleteAlhamdulillah Ana telah beli rumah sebelum berumah tangga lagi. Selain untung daripada peningkatan nilai rumah tersebut dapat juga sewa setiap bulan.
DeletePemilihan lokasi yg tepat amat penting kalau nak dapat untung mcm ni. PJ memang tak silap.
betul YB. kat melaka pun harga rumah dah melambung2 kt area MITC ni. umah semi-D(40x80) yg kami ddk ni kami bli tahun 2007 harganya RM188,888.
ReplyDeletebetul2 lps kami bli harga umah semi-d sume naik atas rm220K. masa mula2 beli dapat tentangan ayah mertua sbb katanya kami tak stabil lagi(dr segi kewangan). Ai degil, nk bli jugak sbb klu menyewa di area rumah kami ni pun kena byr sewa rm650 utk teres 3bilik. lagipun sampai bila nk tunggu stabil? landed property makin mahal. mmg perit sikitla masa awal2 tu sbb nk byr loan bank sebulan je 1k lebih tapi berkat jimat cermat dpt tempuh juga. ms tu pakai je kancil n honda c70. hihihi
umah semi-D kt tmn Ai ddk ni ada 24pintu. boleh dikatakan semua owner tambah or renovate tp kami tak buat apa2 pun. kami adlh psgn paling muda antara 24owner tu (ms bli umur kami 25tahun. owner lain kebanyakannya usia 30thn ke atas dan dah ade anak yg dah bersekolah).
eh sorry la YB, ini mcm dah boleh buat entry pula. ngeee
Terlebih dulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana Yati sudi berkongsi cerita.
DeleteBagi saya ini satu lagi kisah pasangan yg pandai berjimat cermat dan sanggup hidup serba sederhana pada permulaan membeli rumah. Akhirnya bila keadaan dah stablil, rumah dah ada dan harta lain pun mula terkumpul.
Saya dulu hairan juga dgn pakcik saya yg kerja sebagai cikgu. Isterinya juga cikgu. Dulu mereka tak masuk maktab pun. Jadi tahulah gaji berapa sen sangat. Tapi mereka pandai berjimat cermat dan dapat membeli rumah. Mula2 rumah kos rendah, kemudian rumah teres satu tingkat dan akhirnya dapat beli banglo sebelum pencen.
double storey kat gemencheh pun dh 300k... ke atas. pekan koboi je pun.
ReplyDeleteeh rumah kat gemencheh lagi mahal daripada rumah kat lembah ke ngah?
Deletebuat saya rasa bersyukur dengan rumah yang ada walau jauh. tapi masih kena tingkatkan usaha dapatkan rumah yang lebih ok lagi...
ReplyDeleteRumah GB jauh pun takpe sebab GB sewakan. Kalau nak cari yg dekat mungkin harganya jauh lebih mahal dan tak berbaloi dgn kadar sewa.
DeleteNanti kalau ada rezeki bolehlah beli sebuah lagi. Bila kahwin nanti suami tinggal masuk cuci kaki .... ngeeee
harga rumah semakin melambung tinggi tambah2 landed property nak murah jauh.. masa saya beli dulu sama dengan harga yg YB beli itu pun dah kira tak mampu sebab baru je grad.. gajipun kecik masa tu..
ReplyDeletegenerasi akan datang macam mana ya?
Dulu zaman kita fresh grad kalau kerja gomen gaji dalam RM1125. Campur elaun dapatlah dalam seribu setengah. Kalau kerja dgn sykt besar mcm kulit kerang dapatlah dua kali ganda daripada itu. Nak beli rumah harga sekitar 130 - 150K memang semput.
Delete20 tahun kemudian iaitu sekarang ni gaji fresh grad masih tak banyak berubah. Tapi rumah yg dulu RM130K skrg ni dah 600K - 700K.
Mana nak cekau duit nak beli? .... huhu
bila bc entri ni rs nk beli rumah skrg je. tp duit tk bape bnyk
ReplyDeleteKalau nak beli rumah org kata yg penting lokasinya. Pastinya lokasi adalah sesuai. Insya Allah harganya akan naik dgn cepat.
DeleteKalau nasib baik, sewa boleh buat bayar pinjaman bulanan .... hehehe
kalau tak dibuat sesuatu, ada kemungkinan melayu akan merempat di bumi sendiri...jadi sebijik macam India...yg kaya raya, tinggal di rumah bagai istana..yg tak mampu( bukan pasal gaji kecik, tapi harga terlampau lampau mahal), tinggal lah kat rumah burung atau reban ayam.
ReplyDeleteKemungkinan itu telah mula berlaku terutama di bandar2 besar. Kebanyakan org kita tak mampu nak beli rumah yg dah mencecah jutaan ringgit.
DeleteAkhirnya, org kita beli rumah yg jauh dari bandar. Nak pergi kerja kena bangun awal pagi. Bayar tol lagi. Last2 duit gaji sebahagiannya habis utk duit minyak dan tol ..... huhu
Nampak gayanya sampai sudah saya dok menumpang rumah mak.. Jangankan nak beli rumah siap, nak buat rumah kat kampungpun tak mampu dah ni... Tanah dok terbiar macam tu je... huhuhu...
ReplyDeleteSementara masih bujang ni eloklah tinggal dgn emak. Boleh juga tolong tengok2kan dia.
DeleteKalau dah ada tanah utk buat rumah tu dah tak kisah. Bila2 ada duit boleh dimulakan. Tak payah buat terus besar. Buat seadanya kemudian tambah sikit demi sikit mengikut keperluan dan bajet.
Umah mmg costly, bank negara pun dh ketatkan syarat beli umah, aku pun bank reject application! Beberapa tahun lepas senang je nk beli umah, skang ni susah beno dek procedure dan harga umah yg sgt ngarut!
ReplyDeleteAlamak kena reject ke? Kalau mcm tu mungkin boleh mohon utk program PR1MA. Saya tak tahu sangat program ni tapi yg saya tahu ianya sepatutnya utk membantu mereka yg kurang berkemampuan utk memiliki rumah.
Deleterumah teres 3 bilik kat kuantan sekarang ni harga dalam 160K dah...
ReplyDeleteKat Kuantan pun dah mahal ke? Tapi kalau dlm 160K tu masih bolehlah diusahakan.
DeleteKat KL ni kalau takde 300 - 400K tak usah mimpilah nak beli rumah teres melainkan di tempat2 yg jauh dari pusat bandar .... huhu
bersyukur sangat dah ada rumah walaupun tempatnya jauh dan kecik.. ;)
ReplyDeleteKalau dari KL agak jauhlah BTP tu. Tapi kalau ke tempat kerja Reen tu oklah.
DeleteBesar ke kecik rumah tu yg penting kita selesa duduk di dalamnya.
psst - kalau ada rezeki lebih bolehlah beli rumah kat kawasan saya ni mcm yg bekas jiran Reen tu buat .... hehehe
rumah saya pon atas kayangan.....
ReplyDeletetu pon berebut nak beli...
berdapur kecil juga...
masuk saya dan anak2 4 orang dah penuh..
lelos kaki ja... (Alhamdulillah...)
nak carik landed memang tak ade dah sekarang ni kalau gaji tahap2 paras hidung macam saya....
Ini kisah rumah baru CPL atau rumah yg nak kena pindah tu?
DeleteRumah di kayangan ni memang kebanyakannya cukup2 utk pusing badan aje. Pemaju nak untung lebihlah tu. Kalau buat besar, tak banyak unit dia boleh dapat.
Katanya kengkawan yg terlibat dalam bidang ni.. selagi dasar kerajaan membenarkan 'foreigner cum expatriate' membeli rumah tanpa syarat.. harga rumah di Malaysia akan naik sekurang-kurangnya 3-5% setahun.. nasihat.. dapat kerja target beli rumah dulu tak kira lah walaupun apartment je (kat bandar laa..)
ReplyDeleteKalau expatriate tu sekurang2nya mereka beli rumah yg mahal. Takut satu hari nanti Mat Indon dan Mat Bangla pun ikut beli rumah teres dan apartment biasa (bukan high end condo). Masa tu org kita tinggal gigit jarilah ... huhu
Deletenak buat harta,beli sebijik rumah di kwsn rumah saya
ReplyDeleteakan dtg banyak pusat pengajian akan dibina disitu
boleh buat rumah sewa ;)
Cadangan yg baik. Cabarannya dana tak cukup utk berbuat mcm tu.
DeleteMungkin Irfa boleh mulakan.
Masa saya buat rumah saya ni baru RM 270 ribu je....siap buat built in furniture untuk Kesemua 5 bilik, kitchen cabinet dan library. Sekarang rumah kat TPG ni Semi D pun dah RM350....boleh fengsan yb.
ReplyDeleteNasib baik saya jual rumah saya di Bandar Baru Uda diJB dengan harga RM250 ribu...so kami hanya tambah RM20 ribu je...selamat lah duit EPF tak di keluarkan..kalau tak jual rumah tu memang kami terpaksa ambik duit EPF.
Tapi sejak tinggal berdua ni, saya nak beli rumah teres setingkat je, anak2 kalau kawin nanti bukan nak duduk dengan kita pun, tak lah penat saya mengemas rumah, kalau orang kata jatuh standard pun saya tak kisah dah....sebab nya dah 18 tahun duduk rumah ni dah puas dah. Sekarang nak rehat2 je.
Semi D kat TPG RM350K tu kira ok jugalah. Kalau kat KL ni teres pun setengah juta. Mana nak cekau duit.
DeleteUntung awak buat rumah tu dulu. Sekarang kalau jual tentu awak jadi jutawan segera. Tapi kita buat rumah cantik2 ni biasanya nak duduk sampai kita mati. Dah semakin tua ni tak payahlah nak pindah randah.
Oh dulu awak pernah duduk di BBU. Kat Padi Malinja ke Padi Mahsuri? Saya sering ke rumah kawan saya di sana sekitar tahun 1991-92.
Tak payahlah awak pindah ke rumah teres sebab nanti bila ada cucu sempit pulak .... huhu
YB
ReplyDeleteRumah tu di Padi Mahsuri, saya tak pernah duduk situ, beli konon nak dekat duduk dengan kakak sebab kakak duduk padi huma 5....waktu tu saya tak mampu nak beli di padi huma sebab rumah di padi huma semua banglo....kita hanya mampu beli rumah teres je....malang nya kami tak pernah pun duduk situ.....kami sewa kan je. Bila saya nak buat rumah di Telok saya jual rumah tu dengan Kak Nonon towkay mekap Citra Ayu....sekarang rumah tu pulak Kak Nonon jual dengan orang lain dia dah balik Indonesia....dia bukak hotel di kampung halaman nya Cirebon.....Citra Ayu dulu sangat terkenal, yb boleh tanya dengan mak adam. Dia pun kawan keluarga saya dan masa saya ke Cirebon duduk rumah dia.
harga rumah di penang jgn cerita.melambung2..memang betul,bukannya tak mampu tapi harga rumah yang melampau2.kadang2 sy rasa penang ni nak jadi singapore dh.rumah besar2 dan kebanyakan yang beli chinese sbb diorang je yg mampu.lama2 melayu nak duduk mana?
ReplyDeletemasa mula2 suami beli apartment ni harganya 112k.dah 5 tahun beli,baru2 ni pergi expo property rumah ni dah up jadi 170k..ni baru rumah kos sederhana.kalau kat kampung dah boleh dapat banglo sebijik
Slm tuan ingin bertanye adakah berbaloi membeli flat sri nilam, bndar baru ampang 75 dijadikan sewe sbgai 1 pelaburan?
ReplyDeleteBerbaloi kalau dapat penyewa yg tak miss membayar sewa.
DeleteTapi kalau dapat penyewa yg hampeh dan sering tak bayar sewa on time dan tahu2 cabut malam2 setelah sewa tertunggak beberapa bulan memang sakit hati dan rugi tuan rumah.
Slm tuan adakah berbaloi membeli rumah flat sri nilam, bandar baru ampang 75k dijadikan sewe sbgai pelaburan mase depan?
ReplyDeletesaya setuju dengan kisah bro ni, memang betul, kalau saya serius x berpuas hati dengan harga pasaran rumah sekarang, x mengapa kalau rumah mahal tetapi gaji pun tinggi tidak mengapa, ni kadar harga rumah langsung tidak melambang gaji semasa, betul x, pastu buat loan sampai pencen pon x habis bayar, x logik,, sebab apa? sebab rumah yg kita duduk hingga kita tua tu hanyalah sebesar 20x70 sahaja, ikut hati memang geram la
ReplyDeleteItulah hakikatnya. Harga rumah terus meningkat tapi gaji naik ciput aje. Bagi yg ada pekerjaan tetap bolehlah juga ambil pinjaman bank tapi yg kerja sendiri terpaksalah terus duduk rumah sewa.
DeleteJika dapat membeli rumah 20x70 tu sudah kira beruntung kalau duduk di KL ini sebab sebahagian besar daripada rakyat terpaksa duduk di rumah pangsa atau nak sedapkan sebut duduk apartment atau condo.
assalamualaikum,
ReplyDeletemaaf msuk lari dri topik
saya kurang arif sikit bab jual beli rumah
saya ada beli rmh teres single storey area ijok selangor
saya beli bulan 8 thun 2008
tp skrg saya nak jual rumah tu sbb nk brpindah kerumah bru di ngri 9
soalan saya:berapa tahun selalunya rumah yg kita beli bru boleh di jual pd org lain.?
terima kasih..
i beli rumah harga 120k.. kat kedah tapi kerja kat penang. loan bawah 100k.. bulanan 300 selama 28 tahun..0 interest..nak tunggu rumah prima yang gov warwar tak tau bilalah dapat beli... baik beli je apa yang ada skg
ReplyDelete