Wednesday, January 2, 2013

Dunia Baru Adam Hakimi

Pagi ini Adam memulakan dunia baru - dunia pembelajaran secara formal. Dia memasuki tadika yang terletak di kawasan perumahan aku ni.


Kanak2 berkumpul sebelum masuk kelas. Adam yg kanan sekali sempat bersenda gurau dgn kawan barunya


Hari pertama ibubapa pun ikut menunggu tadika. Ada juga kanak2 yg menangis nak balik



Ada juga yg datang lewat. Tak tahu salah ibubapa atau salah anak. Yang tak datang langsung pun ada juga hari ni


Cikgu memberi tag nama kpd Adam. Ada dua org Adam di kelas dia dan seorang lagi Adam di kelas lain tahun ini. Nama Adam memang sedang popular seperti nama yg bermula dgn huruf 'F' beberapa tahun lalu

Untuk belajar di tadika bukan murah sekarang. Pendaftaran dan buku serta pakaian saja dah lebih RM800. Bayaran bulanan pula mengalahkan yuran tuisyen universiti. Kena ada tabung macam PTPTN  kot lepas ni untuk membantu ibubapa yang kurang berkemampuan. Kalau di kampung ada juga tadika KEMAS yg yuran bulanan cuma RM15 tu..... huhuhu

22 comments:

  1. Memang mahal cost menghantar anak ke tadika kan YB...Oh, ..adam dah start ya kelasnya..ziyyad start kelas 7 Jan nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. Kalau gaji kecik alamat tak mampulah. Dulu masa saya kecik, ibubapa saya tak hantar saya ke tadika sebab kami org susah. Nasib baik pass jugak saya belajar .... ngeee.


      Ha'ah Adam mula kelas hari ni. Tapi minggu ni cuma 2 jam sehari. Ni saya nak pergi ambil dia.

      Delete
  2. Ada orang cakap kalau hantar anak ke Tadika Kemas, nanti anak tu asyik nak menyanyi je... Maklum la, Tadika Kemas tu kan gomen yang punya... huhuhu...

    Saya tak ingat samada saya masuk tadika ataupun tidak... Tapi sijil Tadika tu ada... Tapi skang entah mana sijil tu... hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak pasti samada kalau ke Tadika Kemas asyik nak menyanyi je. Kalau betul, itu yg laku pertandingan menyanyi di tv. Ramai org kita nak jadi penyanyi.

      Hairan juga kalau tak masuk tadika tapi ada sijil. Tapi itu ok juga berbanding dgn org yg tak masuk uni tapi ada ijazah mcm kes yg heboh baru2 ni .... huhu

      Delete
  3. Replies
    1. Sekarang ramai org suka ungu. Mungkin guru besar dia suka warna itu juga. Pagi tadi dia pakai tudung ungu .... hehehe

      Delete
  4. Ungu..cantik uniform:-). Serba serbi mahal. Banyak pilihan jugak ikut kemampuan masing2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa anak2 saya yg lain belajar di tadika dulu uniform mereka berwarna biru. Skrg dah tukar jadi ungu. Tak boleh nak recycle .... huhu

      Tadika di bandar ni memang ada banyak. Nak yg mahal atau yg lebih mahal pilih saja mengikut kemampuan. Tapi tadika yg murah susah sikit nak cari ...

      Delete
  5. Happy schooling Adam.. Dah sekolah, mesti pandai tulis & baca nanti so, kita blh chat di iMessage ye.. ;)
    Makin ramai kwn Adam nanti nampaknya.. :)

    - kakak cun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia excited dapat kawan baru hari ni. Tadi masa saya nak ambil dia balik dia nak main dulu dgn rakan2 barunya itu.

      iMessage lambat sebab nak kena taip. Adam lebih suka guna facetime .... ngeee

      Delete
  6. Wah dah besar panjang Adam.....sekarang ni Yb sekolah tadika ke, sekolah rendah ke,menengah ke, universiti ke smua nya memerlukan perbelanjaan yang banyak....macam2 benda nak kena bayar bukan setakat yuran je, kalau kat U tu ada je aktiviti yang memerlukan wang.....nasib baik lah kami tak ramai anak dan rezeki pun ada lah sikit dapat lah sekurang kurang nya kami bagi yang terbaik kepada mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah tahan badan Adam tu w/pun tak berisi sebab ada lagi yg lebih kecik daripada dia. Budak2 yg saiz kecik tak dapat uniform sebab takde saiz baju .... hehehe.

      Itulah skrg ni belajar semua nak kena guna duit. Kalau belajar di sekolah kerajaan atau universiti awam pun banyak juga guna duit. Kalau yg swasta lagilah parah!

      Awak anak tak ramai dan rezeki murah senanglah juga. Kami ni anak ramai sediakan sajalah duitnya ..... ngeeee

      Delete
  7. mmg betul..tadika punya yuran mcm masuk kolej
    anak no 1 dan no 2 tadika swasta
    perit jugak mak ayahnya
    igt no 3 nak masukkan kat pra skolah @ kemas je
    tp layak ke?
    huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pra sekolah KEMAS tu ada sekatan kelayakan ke? Ingatkan sesiapa saja boleh mendaftarkan anak mereka di sana. Di kampung kebanyakan kanak2 pergi ke tadika KEMAS sebab itu sajalah tadika yang ada.

      Delete
  8. Uniform Nafisah pun purple, tapi pakai hari Isnin ngan Jumaat saja, hari lain pakai baju sukan..

    Nafisah sekolah sampai petang.. (pengasuhnya dah tak dapat jaga lagi)

    Tadika kemas RM30 dah sekarang.. tapi keutamaan pada yang 6 tahun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah sama kalerlah uniform Nafisah dan Adam ni. Senanglah kalau 2 hari saja kena pakai uniform. Kat sini cikgu tak cakap pula kena pakai baju sukan. Dah belikan Adam 2 pasang uniform.

      Kalau sekolah sampai petang kena bayar berapa ringgit kat sana tu? Kat sini siapa yg sampai petang tambah lagi RM150.... huhu

      Oh tadika Kemas dah RM30 ya? Saya tak tahu sebab tak pernah hantar anak ke tadika kemas. Tapi kira murahlah tu kan.

      Delete
  9. tahniah Adam.. serba serbi ungu

    anak orang kayo mano layak masuk tadika Kemas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih cikgu. Dah pilihan pihak tadika mcm tu terima ajelah. Kalau guna warna yg ada kena mengena dgn warna parti politik ada ibubapa yg sensitif pulak nanti.

      Ish ayah Adam taklah kaya. Kerja sendiri kadang2 bebarapa bulan takde gaji .... huhu

      Delete
  10. Wah adam dh big boy. Slmt msk sek ye adam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah 4 tahun kira dah besarlah jugak kan.

      Terima kasih auntie di atas ucapan itu.

      Delete
  11. Adam dah besar...

    belajar rajin rajin ye nak... eh? huhuhu~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni Adam nak panggil auntie atau nak panggil kakak? .... ngeee

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails