Monday, December 31, 2012

Keropok Lekor Losong

Minggu lepas masa kami ke Terengganu ada kawan fb yang duduk di sana mencadangkan kami ke gerai keropok Adik Beradik kalau nak beli keropok lekor.  Ada juga yg mencadangkan kami ke Bukit Beng di Seberang Takir kalau nak rasa keropok lekor yg terbaik. 

Memandangkan keadaan cuaca yg tak menentu ketika itu, kami terus ke Losong. Tak menyeberangi jambatan utk ke Seberang Takir. Kami dah beberapa kali ke Losong utk membeli keropok tapi tak pernah membeli di gerai Adik Beradik.

Sambil memandu kereta aku menyuruh anak2 cari yg mana satu gerai Adik Beradik.

"Hah ni gerai Adik Beradik tu!" kata anak aku sambil meminta aku menoleh ke sebelah kiri jalan.  Tapi itu gerai menjual roti canai!

Aku teruskan pemanduan dan tak lama selepas itu kami terlihat gerai keropok Adik Beradik yg dicari2 itu. Ianya di sebelah kanan jalan bersebelahan dgn gerai keropok Adnan. Masa kami lalu tu kereta penuh di kiri kanan jalan. Aku pun lajak ke depan sehingga ke gerai Kak Jah dan buat pusingan U.

Kerana parking tepi jalan dah penuh aku pun memberanikan diri parking depan rumah Adik Beradik tu. Kami lihat orang beratur panjang untuk membeli keropok lekor di situ.



Para pelanggan beratur menunggu giliran membeli keropok lekor

Semasa kami berbaris itu hujan telah turun dgn lebatnya tapi pelanggan tetap datang. Seorang wanita yg berbaris di belakang kami datang dari NS tapi dia berasal dari Ganu. Dia memberitahu kalau nak beli keropok lekor yang sedap, pilihlah keropok Adik Beradik ini. Pendapatnya disokong oleh seorang lagi pembeli yg turut berbaris pada hari tersebut. Wanita yang duduk di Manir ni datang untuk membelikan keropok lekor untuk anak2nya yg balik bercuti.

Harga keropok lekor yg besar sebatang satu ringgit. Yang kecil pula 5 batang seringgit. Masa kami datang itu hanya keropok kecil saja yg dibuat. Mungkin semasa kami datang itu waktu rehat untuk pekerja2 di situ. Yang membuat tu cuma 3 wanita dalam usia 60an yg muka semua lebih kurang. Adik beradiklah agaknya tu. Dan ada seorg budak muda lelaki tolong membungkus keropok tu. Mungkin anak sedara mereka. Manakala seorang lelaki berumur dlm 60an juga melayan org yg nak beli keropok kering.


Keropok lekor yg telah siap digentel akan dimasukkan ke dalam periuk ini untuk direbus. Sekali angkat tu cukuplah utk 2-3 org pelanggan yg berbaris tu. Bayangkan kalau ada 8 org di depan anda. Berapa kali nak tunggu mereka rebus ..... huhuhu



Keropok dibungkus di dalam kertas minyak yg dilapik plastik. Jadi taklah keluar baunya bila dibawa naik kereta jauh2 .... hehehe


Setelah menunggu lebih 40 minit akhirnya dapatlah kami keropok lekor. Emak Adam beli lebih daripada 120 batang. Ambik ko!

26 comments:

  1. YB...
    bukan Bukit Beng...Bukit Tok Beng namanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oopss. Maaf tersilap. Nanti saya betulkan.

      Terima kasih kerana teguran.

      Delete
  2. Memang sedap betul ke YB? Saya ke kawasan Losong tu, confused tgk byk sangat kedai yg jual kopok lekor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami dah makan setelah sampai rumah. Kena goreng baru sedap. Itu tekak kamilah. Ada org yg boleh makan gitu terus tanpa digoreng.

      Yang ini terasa ikannya. Kalau tak sedap takkan org ramai sanggup berbaris panjang. Kalau pergi ke gerai lain tu takde berbaris panjang pun. Ada yg tak berbaris langsung ... ngeee

      Delete
  3. salam
    selera saya pulak kurang mengemari keropok lekor tganu/losong...kerana bila grg,ianya tak garing.....berminyak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam.

      Saya pun dulu tak berapa suka sangat keropok lekor dan lebih gemar keropok biasa tu yg berkeping2. Tapi dah org dok cakap pasal keropok lekor losong skrg saya pun dah terikut2 menggemarinya .... hehehe

      Delete
  4. Assalamualaikum,
    Dah lama x makan kepok lekor ni. Dulu2 adik selalu beliberplastik2 bwk balik kg.
    Selepas ada istri, dia dah lupa beli kopok lekor utk kami lagi :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam,

      Adik beli kat Losong ke kepok lekor tu? Dah sibuklah dia tu bila dah ada isteri. Kakak kenalah faham.

      Kalau anyss nak rasa kat rumah ni ada lagi sikit .... ngeee

      Delete
    2. hmm saya pun sama juga,kurang gemar keropok losong or keropok lekor yang dibeli di ganu kecuali besut krn banyak kandungan ikan jd bila goreng dia berminyak dan tak garing.Jadi selalunya saya sekadar makan begitu saja tanpa digoreng,tapi kalau keropok lekor besut ok sesuai utk digoreng dan byk dipasaran kelantan memang sedap dimakan goreng

      kalau keropok adik beradik ni saya mmg suka beli keropok keping yang siap packing tu,ada tag kuning asiah sulong,keropok tu nipis dan berbintik bintik
      sebenarnya gerai adik beradik ni direkomen oleh kawan suami saya orang ganu

      Delete
  5. perghhhhhhhhhhh 120 btg
    dah macam nak bukak kedai tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Batangnya kecik2. 3 kali gigit habislah .... huhu.

      Sebahagian tu kami berikan kpd jiran dan sanak sedara.

      Delete
  6. Replies
    1. Ada sikit lagi. Bila nak datang? Tapi GB dah balik JB kan? huhu

      Delete
  7. Berbaloi lah dengan tunggu 40 minit tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasal tunggu lama saya suruh emak Adam tambah 25 batang lagi .... hehehe

      Delete
  8. Next closing trip in KT, nak singgah jg la (kalau sanggup nak Q) nak rasa kepok Adik Beradik..

    - sy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org duduk Ganu kalau tak pernah makan kepok lekor Adik Beradik tak rock lah. Pastikan awak pergi situ.

      Kalau nak makan yg dah goreng, pergi ke gerai Kak Pah pula.

      Delete
  9. yeay!!..bleh makan keropok lekor!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada sikit lagi. Kalau tak segan bolehlah singgah.

      Delete
  10. entri dari terengganu yg dinanti-nantikan..ada juga cite pasal keropok lekor!...saya peminat tegar keropok lekor..nak minta sikit dari YB rasanya mcm tak berbaloi..sebab saya nak banyak!!..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi Terengganu kalau takde cerita pasal keropok lekor tak sahlah .... hehehe.

      Kalau nak banyak kenalah kirim daripada org yg nak ke sana. Stok kami dah tinggal sikit. Tapi kalau ieda nak rasa sikit tu adalah lagi .... ngeeee

      Delete
  11. Salam.

    Saya pernah beli keropok di sini, memang terbaik... Sos keropok yang dijual di sini pun sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam far_red,

      Saya setuju bahwa keropok di situ antara yg terbaik. Kalau dah datang jauh2 nak beli keropok maka carilah yg terbaik.

      Sos dia pun best.

      Delete
  12. Salam.

    Saya pernah beli keropok di sini, memang terbaik... Sos keropok yang dijual di sini pun sedap..

    ReplyDelete
  13. Keropok losong memang terbaik...saya pun kalau kesana siap bawak balik banyak2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Borong jangan tak borong.

      Hari tu selain dari yg direbus kami juga beli yg dah siap digoreng. Belum keluar dari KT dah habis dimakan dalam kereta .... hehehe

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails