Thursday, January 3, 2013

Bila Sebahagian Selangor Takde Air

Pagi semalam semasa aku buka paip air di sinki dapur aku dapati air dah takde. Aku tak terkejut sebab malam sebelum tu tekanan air dah rendah. Lagipun dah kecoh penduduk yang tinggal di sekitar kawasan Hulu Klang dan Wangsa Maju takde bekalan air sejak seminggu lalu.

Malam sebelum tu semasa aku lihat air di paip keluar macam kencing kucing aje, aku tadah air dalam 4 biji baldi dan cerek untuk simpanan w/pun tangki di rumah kami agak besar dan boleh menampung keperluan utk beberapa hari. 

Memandangkan semalam takde air, kami keluar brunch selepas mengambil Adam dari tadikanya yang habis pukul 10 pagi. Susah nak memasak dan membasuh kalau takde air ni.

Waktu Zohor semalam ada jemaah yang menggunakan air mineral untuk berwudhu kerana takde air di tempat wudhu kerana paip di situ terus daripada paip Syabas. Kalau dia ke tandas tentu dia akan dapati di sana masih ada air sebab paip itu disambung dengan tangki. Ada 2 orang warden trafik DBKL yg bertugas di tempat tanah runtuh di Bukit Setiawangsa yg tumpang bersembahyang di surau kami semalam ok saja berwudhu di tandas.

Dalam pukul 3 petang semalam salah seorang jiran aku telefon tanya samada rumah aku ada air. Aku kata air terus dari paip luar takde tapi air tangki masih ada. Dia kata air di rumahnya dah kering termasuk yg di dalam tangki. Mereka sekeluarga tak menyimpan air langsung kerana tak tahu bekalan akan terputus. Kesian aku dengar.

Lewat petang semalam seorang lagi jiran memberitahu air di rumahnya pun dah kering. Dia tengah pening tak tahu nak buang air besar kat mana.... huhu.

Menurut laporan dan berita yg diterima, punca ketiadaan bekalan air adalah disebabkan kerosakan pam di loji air Wangsa Maju dan Pudu Ulu. Banyak kawasan yg terjejas sejak seminggu lalu dan bekalan sedang dipulihkan berperingkat2. Ianya akan mengambil masa sehingga seminggu untuk pulih sepenuhnya.

Petang semalam anak2 mengajak makan malam di luar kerana takde air. Kalau seminggu macam ni boleh tergelincir bajet di tahun baru ni. Kalau malam ni takde air, lagilah susah sebab malam Jumaat .... ngeeee.

Sebenarnya kalau aku nak bekalan aku boleh minta jasa baik adik kembar aku yg jadi org kuat di Syabas untuk menghantar lori tangki atau tangki statik ke kawasan aku ni. Tapi tak sedaplah nak gunakan kabel macam tu.... huhu.

Masa kami nak keluar makan malam semalam, aku dapati air telah mula keluar dari paip di sinki dapur. Alhamdulillah.  Tak sampai 12 jam bekalan di tempat kami dah pulih.

Di negara orang di selatan tanahair kita yang terpaksa mendapatkan bekalan air mentah dari negara kita, mereka tu takde pula masalah air macam di sini.

Kepada yang masih menghadapi masalah bekalan air tu, aku pun tak tahu apa nak cakap.  Aku hanya mampu bersimpati .... 

21 comments:

  1. Bila makan di luar, kita terfikir tak sekiranya kawasan itu tak ada air, peniaga guna air mana, ya? ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya terfikir juga perkara itu. Sebab itulah kami ke Kg Hj Abdullah Hukum utk makan malam tadi sebab di sana ada bekalan air. Kalau makan sekitar kawasan ni juga, samalah takde air .... huhu

      Delete
  2. Tak dak ayaq memang seksa, tak dak letrik ok lagi..
    Tapi Alhamdulillah kat putrajaya kami tak pernah lagi tak dak ayaq kecuali masa depa cuci paip besaq depa suruh semua penduduk tutup main paip kat rumah masing2 takut ayaq kotoq..

    Orang kat selatan beli ayaq harga mahai, pasai tu ayaq tak putuih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak dak ayaq memang seksa tapi tak dak letrik pun seksa juga sebab susah nak buat kerja. Org yg ofisnya di rumah mcm saya ni kalau tak dak letrik tak boleh nak guna komputer. Telefon talian tetap dan fax pun kiok sama kalau tak dak letrik. Air cond tu dah tentulah tak dak .... huhu.

      Untung org Putrajaya sebab Syabas jaga baik2. Maklumlah tempat org besaq2.

      Kalau ayaq tak dak eloq tutup main paip sebab bukan saja takut ayaq kotoq masuk tapi nanti meter jalan laju pasai angin dok laku masuk .... huhu.


      Org kat Singapore beli ayaq mahai tapi gomen depa beli ayaq dari Johor murah giler.

      Delete
  3. baca kat paper hari ni,masalah air melibatkan puluhan ribu penduduk di Lembah Klang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada laporan yg mengatakan sehingga setengah juta pengguna. Ramai tu yg terjejas

      Delete
  4. Teringat lagi masa krisis bekalan air di sekitar KL pada tahun 1998-1999 kalau tak silap saya..saya dan kawan2 masih student masa tu, tinggal di kondo atas bukit kat area Kg Kerinchi tu...masa tu mmg agak lama takde air...pernah kami terjun dalam swimming pool aja utk mandi! hahaha...Tapi last2 air swimming pool dah kotor, sebab tak berganti, sebab bekalan air takde..huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam2 kisah masa krisis bekalan air dulu tu. Student sekurang2nya takde nak fikir nak masak dan basuh pinggan mangkuk.

      Di tempat kami lori tangki biasanya sampai time org pergi kerja. Yang ada di rumah masa tu surirumah sepenuh masa dan bibik2. Maka berebut2lah emak Adam dgn bibik2 tu utk dptkan air .... huhu

      Delete
  5. harap2 bukan sabotaj org tertentu sebab negeri Selangor je Xyah bayar air kannn.. UHuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya mcm tu lah.

      Selangor ni takyah bayar air utk 20 m3 yg pertama aje.

      Delete
  6. Rumah kita kat KK ni pon selalu takde air. Selalunya lepas pkl 4pm sampai lah lepas maghrib. Kalau nak solat Asar kena pergi tumpang rumah yg ada air. Mandi pulak lambat lah jawabnya :/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh takde air kenapa tu? Ingatkan takde masalah air kat sana.

      Lain kali kalau takde air mandi aje kat tasik depan tu atau kalau rajin boleh berenang di laut .... hehehe

      Delete
  7. simpati yo la YB, sy dah puas alami dulu... tambah2 time raya manjang tak ada air, lg tensen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih bersimpati.

      Kalau raya takde air memang bengang. Buat rosak mood nak beraya aje ... huhu

      Delete
  8. Kawasan perumahan WN antara yg paling terjejas.. sejak dari hari AHAD lepas.. sampai hari ni masih tak de bayang air boleh ke tangki.. penat ooii menngangkut air..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesiannya saya dengar. Kat berita mereka cakap pam di kedua2 tempat tu dah ok tapi mungkin ambil masa sehingga 5 hari lagi utk air sampai kpd semua pengguna. Kalau tinggal di tingkat atas mungkin ambil masa 5 hari tu kot .... huhu

      Delete
  9. Eh bukan ke adik awak kerja dengan syabas...tanya lah dengan dia kenapa.

    Rumah saya pun air selalu kecik je memang sejak azali lagi dan kadang2 air pun tak ada....untuk mengatasi nya kami pasang mesin.....senang.... kalau rumah orang air paip nya kecik atau tak ada air...rumah kami sentiasa ada air.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah tanya dia pada hari Ahad tu semasa kami pergi kenduri tahlil utk arwah pakcik kami. Dia dah terangkan keadaan sebenarnya.

      Oh rumah awak ada pam penyedut air ke? Macam rumah2 di Miri aje. Dulu masa kami tinggal di sana, tekanan air rendah dan kebanyakan rumah ada pam utk sedut air dari paip luar dan disimpan dlm tangki. Kalau ikutkan memang niayalah siapa yg takde pam tu ... huhu

      Pam awak tu tak kena tegur dek Syabas ke? ... hehehe

      Delete
  10. Sebagai menambah pengetahuan kita tentang perbekalan air, sila baca tulisan saya dalam,"memahami sistem perbekalan air di lembah kelang dan projek langat 2 serta isu-isu berkaitan".

    http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/05/memahami-sistem-perbekalan-air-di.html

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails