Friday, January 4, 2013

Datang Sehelai Sepinggangpun Boleh Kaya

Aku sering melihat Mat Bangla berbasikal roda tiga mencari barang2 lusuh di taman perumahan aku ini untuk dijual sebagai barang kitar semula. Biasanya dia akan datang sehari sebelum lori sampah datang. Dia akan buka kebuk sampah (refuse chamber) di depan setiap rumah dan menyelongkar mencari barang2 yg boleh dijual semula.

Satu hal yang aku tak suka ialah selepas dia selongkar dia tak kemas semula sampah2 tu ke dalam tong sampah. Pintu tong sampah pun tak ditutup!

Kalau dulu dia berbasikal roda tiga sekarang dia dah menggunakan motorsikal beroda tiga pula. Aku yakin ini mesti hasil daripada jualan barang2 kitar semulanya itu. Kalau dulu dia boleh buat 1 atau 2 trip sehari ke pusat kitar semula, tapi dgn motorsikal roda tiga ni aku percaya dia boleh buat 3-4 trip sehari.

Tak mustahil tak lama lagi dia datang naik van atau lori utk mencari barang2 buangan yg terpakai ini - barang2 yg kebanyakan kita buang begitu saja.

Itulah kalau rajin berusaha. Rezeki ada di mana-mana.

Nota kaki: Emak Adam rajin mengumpulkan barang2 yg boleh dikitar semula dan akan meminta aku menghantar ke pusat jualan kitar semula untuk menambah duit dapur. Tapi setakat ini jangankan nak beli van atau motorsikal roda tiga dgn duit yg terkumpul itu, nak beli dapur baru pun tak lepas lagi ..... huhuhu

20 comments:

  1. ada bangla yg saya kenal ni, sebab rajin bekerja, siap boleh buka MINI MARKET pula..beli van! Pelik sebab kita rakyat Malaysia tak tahu/atau malas gunakan peluang yg ada kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni bermula dgn mini market. Tak hairan satu hari nanti dia buka supermarket atau hypermarket pula.

      Org kita masalahnya tak nak ambil risiko atau buat kerja yg mencabar. Suka play safe .... huhu

      Delete
  2. Malaysia ni jadi lubuk rezeki pada warga asing. Semua jadi duit bagi mereka tapi itulah kadang2 kita pun jadi duit jugak bila depa mula letak pisau kat leher kita!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasal di sini lubuklah berjuta2 warga asing datang ke sini. Kalau nak tengok mereka berkumpul pada hari cuti, pergilah ke KLCC atau Medan Pasar.

      Dah ramai2 dibiarkan masuk ke negara kita ni maka sudah tentulah ada juga penjenayah yg ikut menyusup. Geng2 inilah yg sering menyusahkan kita rakyat tempatan ni .... huhu

      Delete
  3. hhmm.. hrtu pak dakEpal upah bangla mesin rumput. takde la luas mana pun.. ater.. rumah taman je pun. rm50 sekali tebas. masuk kali ke 3.. gigih pak dakEpal mesin sndri hihihi!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. RM50 sekali tebas kira mahal juga tu sebab kat rumah saya ni kami bayar RM30 aje utk tebas rumput. Kalau masuk cantas dahan2 pokok kami bagi RM40. Mungkin rate di lembah tu tinggi.

      Beritahu pak dakEpal dah alang2 ada mesin tu pergilah tebas kat rumah org2 di sana. Lepas juga duit belanja sekolah anak2 .... hehehe

      Delete
  4. Hendak seribu daya. Tapi orang tempatan banyak berdalih sebab tak hendak!

    Cuma ada juga yang saya tengok, orang tempatan kita selongkar sampah nak jual barang terpakai utk sara hidup dengan beli dadah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daya tahan dan daya juang org kita kureng. Jangankan seribu, 10pun takde. Itu sebab banyak dalih.

      Mat fit ni bukan setakat selongkar sampah, kereta pun pantang nampak ada syiling atau Touch n Go, maka dipecahkannya cermin kereta tu .... huhu

      Delete
  5. bab cari rezki tu boleh dipuji
    tp bab selongkar sampah tak tutup balik tong tu..ai dont like

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan Irfa aje yg tak suka, kami pun benci bila dia dah selongkar sampah tapi tak tahu nak kemas.

      Satu perkara lagi yg kami benci, pantang ada besi kat luar, lesap disapu mamat bangla ni. Tempat menjemur kain pun dia sapu .... huhu

      Delete
  6. Kat area makchaq setiap rumah ada 2 tong sampah, 1 untuk sampah biasa 1 untuk recycle, bila dah biasa asingkan sampah macam tak reti pulak nak buang sampah recyle macam tu saja..

    Anak2 yang kat kolej/pi mana2 pun sampai bawak balik botol/kertas/tin dsb yang dah guna kalau tak jumpa tong recycle sebab kata depa tak sampai hati nak campak dalam tong yang bukan tong recycle..

    YB tak boleh beli motor pasai harapkan recycle mak Adam saja, cuba pi selongkaq kebuk sampah orang lain, pastu juai.. entah2 boleh beli CRV baru yang menjadi idaman tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2 tong sampah itu tuan rumah yg sediakan atau PBT? Saya tahu di KL dan kawasan yg menggunakan khidmat Alam Flora, para pengguna mendapat tong sampah percuma. Kebuk sampah saya saiz biasa. Muat satu tong sampah saja.

      Bagusnya anak2 makchaq. Sanggup bawa balik botol/kertas/tin. Samalah macam Atikah yg bawa balik barang2 tu dari kolejnya sebab dia tau emaknya dok kumpul utk jual sebagai barangan kitar semula.

      Buat masa ni tak tergamak nak selongkar kebuk sampah org lain. Tapi kalau saya nampak ada org buang kotak saya kutip bawa balik. Betullah kata makchaq. Kalau setakat emak Adam aje yg kumpul tak boleh nak beli motor. Setakat nak beli tudung ariani yg murah2 lepaslah .... hehehe

      Delete
  7. Bangla kat tempat saya siap ambik upah meracun, subuh2 lagi dah keluar meracun tanah orang.

    Ada seorang budak indon ni pagi kerja pasar...tengahari kerja di kedai jual barang2 elektrik, dia ni memang sangat rajin.

    Budak2 kampung ni pulak malam2 pergi merempit kat NKVE sampai ada yang pernah nyawa2 ikan......habis tu kita nak salah kan siapa? Indon dan mat bangla? Sebenar nya budak2 kita ni manja mentang2 lah ni negara sendiri buat kerja pun malas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hebat Bangla tu sampaikan dah pandai buat kerja2 kampung. Dahlah tu, subuh2 dah keluar buat kerja.

      Org Indon kebanyakannya kuat bekerja. Ada org Indon yg kahwin dgn sepupu saya ni kerja lebih 12 jam sehari.

      Org2 kita ni pulak tahu yg enjoy dan berseronok aje. Suruh cari duit malas kecuali sebilangan kecil. Itu sebab banyak peluang yg ada disapu oleh org luar .... huhu

      Delete
  8. sorang Mat Bangla yg sy kenal dikg ni.. awal2 dulu kehulu ke hilir bawak moto jual macam2.. skarang dah bawak van dan terbaru dah kawen lak dgn sorang mak janda yg cun dan bertambah untung lagi mak janda tu baru dapat rumah PPRT yang free dgn 3 bilik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak lama lagi dapat PR lah dia dan bila dah ada anak nanti silap haribulan dapat IC .... ngeee

      Org kampung terutama yg lelaki tak jeles ke tengok Mat Bangla ni dpt kawin dgn janda cun tu?.... huhu

      Delete
  9. Tapi ada jugak orang kita yang dengki, marah dan bising2 bila mat bangla ni berjaya... Tp kalau dia buat sepah mcm yang YB cakap tu, kena la kita bising, kan... ehehh...

    Dorang kena rajin sebab dorang menumpang negara orang.. huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org yg malas berusaha saja yg akan dengki, marah dan bising2 dgn kejayaan org lain. Kalau kita rajin berusaha, secara logiknya kita lebh mudah berjaya berbanding dgn mat bangla kerana ini negara kita.

      Masa mula2 dtg dorang menumpang negara org. Tapi tak mustahil satu hari nanti mereka mampu membeli tanah dan rumah besar di sini ..... huhu

      Delete
  10. haritu tu laki den hantar peti ais tadika yang rosak kat kedai kumpul besi buruk. Dapatlah sepuluh hengget. Duit minyak pun tak lepas haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lah duit minyak tak lepas, penat memasukkan dan mengeluarkan peti ais tu pun tak berbaloi rasanya.

      Org besi buruk tu senang2 jual semula peti ais tu sbg besi buruk dgn harga 2 - 3 kali ganda .... huhu

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails