Semasa kami bercuti di Kuala Terengganu baru2 ini kami telah ke Dataran Shahbandar untuk makan malam. W/pun agak terkenal tapi tempat makan itu agak tersorok. Dua kali kami pusing baru jumpa tempat tu. Sebahagian gerai makan di situ telah tutup semasa kami sampai di situ. Mungkin tak berapa laku kot.
Kamipun cuba cari gerai yg sedap makanannya. Tak pernah makan di situ jadi manalah nak tahu mana yg sedap. Kawan2 pun takde yg beritahu gerai mana yg sedap. Akhirnya kami cari yg ada ramai orang sedang makan tapi kebanyakannya agak lengang. Orang di KT ni tak selalu makan di luar agaknya. Pelancong pula lebih tertumpu ke Pantai Batu Buruk kerana di sana lebih established.
Kami order sotong goreng tepung, kerang bakar, ikan jenahak bakar letak sambal, sup tulang, sup sayur dan kangkong goreng belacan. Sementara nak tunggu makanan kami sampai aku lihat tv di gerai itu takde siapa yg menonton. Ada satu keluarga di meja sebelah kami yg telah duduk lebih awal daripada kami sibuk makan dan tak tengok tv. Akupun minta kebenaran daripada tuan gerai untuk tukar saluran ke Astro utk menonton ulangan rancangan Maharaja Lawak Mega yg telah ke udara secara langsung pada malam sebelumnya. Kami tak dapat tengok sebelum tu sebab hotel kami takde saluran 134.
Setelah makanan dihidangkan anak2 aku bergelak ketawa menonton rancangan lawak tersebut. Habis rancangan lawak tu pukul 10 mlm. Kami belum habis makan lagi sebab makanan yg diorder agak banyak. Kayuh pelan2. Sambung pula tengok Where the Money Drop?
Tak berapa lama setelah rancangan itu bermula datang tiga orang lelaki ke gerai itu. Mereka order mee dan kueh teow serta minuman. Bangun salah seorang daripada mereka mengambil remote control tv lalu tanpa bertanya atau meminta izin terus tukar siaran bolasepak. Malam tu Manchester United melawan Swansea. Kalau lawan pasukan yg kuat boleh tahanlah juga.
Ciss. Tak guna betul. Kalau ya pun peminat bola serta penyokong Man Utd (mamat yg tukar channel tu siap pakai jersi Man Utd) hormatlah sikit kepada orang lain yg sedang menonton saluran lain. Kalau nak kira, kami makan dekat RM100 di gerai tu. Kamu tu baru berapa hinggit aje. Itu tak kisahlah tapi cara dia tu aku tak berkenan.
Kami habiskan makan mana yg terlarat dan aku bayar sebelum kami belah.
Dengar cerita malam tu Man U sekadar seri 1-1 dgn Swansea. Padan muka kau.
marah tu YB... mamat tu anak tokey kedai kot!
ReplyDeleteAnak2 saya yg marah. Saya lebih kepada kecewa dgn hilangnya sopan santun budak2 muda skrg.
DeleteTokey kedai tu muda lagi. Takkan dah ada anak besar mcm tu .... huhu
Amboiii marah nampak? Sabar bang.
ReplyDeleteTapi saya juga sependapat. Tindakan brother tu biadap, kurang sopan. Kat tv, ada iklan nilai murni. > seorang lelaki sedang minum, datang seorang lelaki main rampas jer kerusi kat sebelah dia.
Geram dgn perangai kurang sopan (lebih kepada kurang ajar) depa tu.
DeleteHilang selera nak makan masa tu.... huhu.
Itulah org skrg ni. W/pun dah ditunjukkan iklan masih lagi bersikap kurang ajar.
Kot depa tak perasan ada orang lain dok tengok tv.. (anggap yang baik saja..)
ReplyDeleteMakchaq makan tak boleh sambil tengok tv, pasai nak makan kena bukak cermin mata, kalau tak tak nampak makanan, nak tengok tv pulak kena pakai cermin mata, kalau tak tak nampak apa.. cermin mata hat boleh tengok jauh dan dekat tak buat lagi...
Nak bersangka baik tapi meja kami depan tv. Meja mereka lebih kebelakang .... huhu.
DeleteAlamak kesian makchaq jadi lagu tu. Nampaknya kenalah buat spek hat boleh tengok jauh dan dekat. Skrg ni dah murah cermin mata yg mcm tu. Dulu masa saya mula2 buat seribu lebih ..... huhu
amboih depa tu...buat harta TV kedai pulak ye...at least acknowledge kita yg tengah dok tengok TV sebelum tukar channel,hmm,adab adab, makin lama makin hilang...
ReplyDeletebtw,lauk2 tu buat saya lapar sekarang,adoiii...haha...
Menyampah betul kami tengok perangai mamat tu dan kawan2nya. Takde rasa hormat kpd org lain yg sedang menonton. Di rumah kalau saya nak tukar channel semasa anak2 sedang menontonpun saya tanya dulu.
DeleteBukan awak aje lapar. Saya pun jadi lapar skrg ni .... huhu
sabar YB..sabar...penangan bola memang macam tu..hahahaha...
ReplyDeletenasib baik YB tak sound mamat tu..silap2 haribulan, mamat tu gedebe..naya aja tak lepas balik KL nanti!
Pasal takut dia gedebelah saya biarkan aje dia dan kawan2nya buat tak senonoh tu. Itu tempat dia. Lagipun saya bersama famili saya masa tu. Tak nak cari gaduh .... cewah.
DeleteSebenarnya mamat tu buat busuk nama penyokong Man Utd aje ..... hehehe
hmmm mmg dasar pentingkan diri sendiri. tak peduli ade org tgk tv tu ke tak. yg dipedulikan , "aku nak tengok bola!"
ReplyDeletemaybe otaknya dah kena sepak atas padang bola.
tumpang marah dgn Yb psl Ai pn pernah kena mcm tu.
macamlah tv tu dia yg punye
Otaknya tertinggal di padang. Memang tak hormat kat org lain langsung.
DeleteOh Yati pun pernah kena mcm ni ya? Kes nak tengok bola jugak ke?
a'ah kes nk tgk bola juga. masa tu saje pilih kedai yg tak buka channel bola sbb kami laki bini bkn die hard fan bola. kedai tu buka channel discovery channel xsilap.
Deletebudak2 tu pakai baju ut**. so mmg kami tahu depa nama mahasiswa tp otak buh kt kaki.
otak geliga tapi kesopanan takde
Usaha Yati dan enJekjek mencari kedai makan yg tak siarkan bola menjadi sia2 gara2 mahasiswa yg letak otak di kaki. Mungkin mereka dah terlalu kerap tanduk bola sehingga otak dah turun ke bawah .... huhu
DeletePatut la dia tak hormat orang lain..kat baju dia ada gambar setan.
ReplyDeleteSetan merah perangai mcm tu kot .... huhu
DeletePatut la dia tak hormat orang lain..kat baju dia ada gambar setan.
ReplyDeleteSayapun peminat MU jugok tapi lening dah jarang tengok bola.. hehehe...
ReplyDeleteSkrg Cik Azz sibuk baca novel ke sampai jarang tengok bola?
DeleteSaya sering juga sokong MU tu tapi taklah sampai nak buat mcm apa yg mamat seorg ni buat ... huhu