Saturday, January 19, 2013

Alahai Alai, Melaka

Aku, emak Adam, Haikal dan Adam pergi ke majlis perkahwinan rakan aku di Semabok, Melaka. Perjalanan dari rumah aku ke sana hampir dua jam w/pun dari Plaza Tol Sg Besi ke Plaza Tol Ayer Keroh tak sampai sejam.

Kami sampai di sana dah dekat pukul 3 ptg kerana kami bertolak lewat dari KL di atas sebab2 yg tak dapat dielakkan. Kebetulan selepas berjumpa dgn tuan rumah aku ternampak kawan aku yg dulu kerja di sykt kulit kerang baru nak menjamu selera. Dia datang bersama isteri dan ibunya. Lantas aku menghampiri dia dan bertanya khabar. Dia suruh aku makan satu meja dgnnya. Baru aku nak pergi mengambil makanan, aku terjumpa seorang lagi rakan bekas pekerja sykt kulit kerang juga. Maklumlah tuan rumah pun dulu kerja sykt yg sama dgn kami.

Selepas makan, aku sekeluarga menuju ke arah Alai untuk membeli coconut shake. Nak ke Klebang agak jauh (macamlah Melaka tu besar sangat ... hehehe).

Emak Adam kata elok kita pergi solat dulu sebelum pergi beli coconut shake itu.

Aku cadangkan kami solat di Masjid Alai sebab masjid itu bersih. Aku pernah singgah solat di situ dgn staf aku semasa kami kerja dgn sykt kulit kerang.


Adam di hadapan Masjid Alai


Dua beradik ini berwudhu di kolah masjid. Ini bukan swimming pool ya Adam.

Selepas solat emak Adam membeli kupang yg dijual di depan masjid itu. Ini kali pertama kami beli kupang di situ.  Sebelum ini kami biasa membeli kupang di Sg Udang dan di Klebang.



Sekilo cuma RM4 berbanding RM5 - RM6 di tempat lain. Penjual ini bernama Ismail dan baru 3 bulan berniaga. Kupang di kebanyakan tempat di Melaka ini datangnya dari Johor, kata Ismail. Adam sampai menggaru kepala melihat emak Adam beli sampai 7 kg.


Dari masjid itu kami bergerak ke arah selatan Kampung Alai. Di sebelah kiri Persimpangan ke Padang Temu terletak Sekolah Keb Alai. Tak jauh dari situ terletaknya gerai menjual coconut shake.




Ini dia gerai Coconut Shake Alai tersebut. Sesiapa yang tak sanggup berbaris panjang untuk menikmati coconut shake di Klebang bolehlah datang ke Alai

Selepas membeli coconut shake itu kamipun bertolak balik ke KL. Sekian kisah di Alai.

Selesai.

10 comments:

  1. Kupang sampai 7kg? Nak masak apa?

    Mana gambar coconut shake nyaaaa??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org anak ramai mcm saya ni kenalah beli banyak sikit. Kupang tu masak sweet and sour. Malam tadi dah masak 3 kg. Selain kami sekeluarga yg menikmatinya, dapat juga beri sikit kepada jiran.

      Malam ni nak masak baki yg 4 kg yg telah dikukus malam tadi. Anak saya yg di KK akan balik hari ni selain anak sulung yg semalam takde kat rumah akan balik juga.

      Dah biasa org tengok coconut shake tu. Itu sebab saya tak tempek gambar. Kalau nak saya boleh mms kat Azie..... ngeeee

      Delete
  2. Sekarang kalau teringin nak minum coconut shake saya buat sendiri.....semasa saya beratur nak membeli di klebang dulu saya perhatikan cara mereka buat,,,,yeah sekarang dahtahu...senamg samgat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu bukan susah sangat nak buatnya. Masa di Klebang dulu saya pun dah perhatikan cara membuat dan telah buat sendiri selepas balik ke rumah

      Hari ni bolehlah kami singgah rumah awak utk rasa coconut shake TPG buatan awak .... ngeee

      Delete
  3. woo mengidam pulak coconut shake...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena cepatlah pergi cari. Kalau tak pun kenalah buat sendiri. Jangan lupa letakkan aiskrim .. hehehe

      Delete
  4. Sorry yb baru bukak ipad...kenapa tak singgah je tadi....hp saya pun on je. Tak sempat jumpa yb di rumah Dato sebab kami datang pukul 2.00 petang...pagi pergi klang breakfast dan singgah pasar pagi di Taman Panglima.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sempat nak jumpa sebab habis saja kami di majlis itu kami terpaksa bergegas ke KLIA utuk menjemput Afifah yg balik dari Sabah. Masa awak sampai ke situ kami dah otw ke airport sebab flight sampai pukul 2:20ptg.

      Nampaknya belum jodoh kita nak jumpa w/pun masa awak call hari Sabtu tu saya ada beritahu siapa awak. Masa tu kami otw balik dari Melaka.

      Delete
  5. YB.. nak resepi kupang masak SS tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Segan saya nak tanya emak Adam sebab mesti dia bising saya cerita pasal kupang dia tu. Nanti dia kata semua nak dimasukkan dlm blog .... huhu.

      Tapi saya tengok emak Adam masak tu senang aje. Mula2 tumbuk halia, bawang putih dan bawang merah. Jumlah tu agak2lah bergantung kpd berapa kilo kupang. Tumis bahan2 ni sehingga naik bau wanginya. Masukkan cili giling. Lepas tu masukkan 2-3 batang serai yg dah diketuk2. Tambah garam dan gula mengikut rasa. Kalau nak, boleh tambah MSG.

      Bila dah masak bahan2 ni, masukkan kupang yg telah dikukus terlebih dulu. Tutup kuali supaya lebih cepat masak dan khasiat tak lari .... ngeee.

      Oh ya. Kupang itu harus dikukus terlebih dulu. Setelah dikukus, buangkan sebelah kulitnya supaya bila dimasak dgn bahan2 di atas tadi, bahan2 tu senang meresap.

      Ok tak penerangan saya ni? ... hahaha

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails