Friday, December 21, 2012

Urban Transformation Centre (UTC) Kuala Lumpur

Semalam Atikah nak mendaftarkan syarikatnya sempena tarikh cantik 20.12.2012. Perniagaan online kain kapasnya yang dikenali sebagai Sweet Little Cotton semakin mendapat sambutan hangat. Nak tahu antara produk yg ditawarkan bolehlah klik di iklan sebelah atas blog ini. Bila dah ada syarikat senanglah untuk berurusan dgn pihak luar seperti dengan Poslaju. Kalau takde syarikat Poslaju tak benarkan membuka akaun korporat. Bila dah ada akaun dgn Poslaju mereka akan datang mengambil parcel daripada rumah kita tanpa mengenakan sebarang bayaran tambahan.

Untuk mendaftar syarikat tentulah kena ke SSM. Di KL ini ada tiga pejabat SSM. Yang terbaru ialah di UTC Kuala Lumpur di Pudu Sentral.



Kaunter masuk ke UTC jika naik lif sebelah tepi. Boleh juga masuk dari tengah Pudu Sentral. Abaikan lelaki di dalam gambar ni kerana dia menunggu lif




Pejabat agensi2 kerajaan terletak di kiri kanan koridor ini. Ada 2 korridor di tingkat 2 dan mungkin 2 lagi di tingkat 3 (kami tak  pergi ke tingkat 3).  Pejabat SSM di sebelah kiri. JPJ tu tak ramai orang. Lain kali kalau nak berurusan dgn JPJ eloklah datang ke sini kalau nak cepat.





Kakitangan SSM di sini peramah dan berbudi bahasa. Bila melihat orang semakin ramai salah seorang pegawai keluar bertemu pelanggan untuk membantu. Kalau semua pejabat kerajaan mcm ni barulah rakyat seronok berurusan dgn mereka. Tahniah!


Boleh dikatakan kebanyakan pejabat kerajaan yang berurusan dgn orangramai terdapat di sini. Semalam kami lihat pejabat JPN agak sesak. Mungkin orang dah tahu pejabat itu ada di sini. Pejabat Immigresen juga agak lengang. Di sini passport boleh dapat pada hari yang sama.

Sementara mengguna pendaftaran syarikat Atikah diproses, kami telah ke Foodcourt di Tingkat 4. Tempatnya selesa dan suasana pun tak hiruk pikuk macam dulu semasa tempat makan di Tingkat 1 berhampiran dengan tempat orang menunggu bas.



Tempat menunggu bas di Pudu Sentral yang lebih selesa


Jika anda ingin berurusan dgn pejabat kerajaan di masa akan datang, UTC Kuala Lumpur adalah satu pilihan yang tepat kerana semua pejabat ada di bawah satu bumbung dan kakitangan di sini lebih mesra pelanggan. Cubalah sendiri.


10 comments:

  1. Alhamduillah.. Tahniah Tikah !
    Tahun depan turn kakak pula, in shaa Allah =)

    p/s : Owh blh la ke JPJ di sini minggu depan.. terima kasih kpd Ayah Fifah sbb update isu ini.. :)

    - sy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih bagi pihak Atikah.
      Sekarang ni dia buat dua bisnes: kain cotton dan pastri. Terima kasih di atas sokongan awak yg menjadi pelanggan pertama dan seterusnya memperkenalkan cheese tart dan kek2 Atikah kpd kawan2 awak.

      Elok kalau ke JPJ di UTC ni kalau nak berurusan sebab lebih ramai pegawai dan kakitangan yg bertugas drpd pelanggan yang datang!

      Delete
  2. Baru mggu lps kt gi sana. Mmg best! Mggu ni nk g lg :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak buat apa kat sana tu? Lepak2 pun ok juga sebab ramai org kat sana. Mana tahu boleh berjumpa dgn yg berkenan .... hehehe

      Delete
  3. Tahniah atikah. Selamat maju jaya. Bole shopping kain ngan tikah. Duit mtk kat ayah tikah eh. Hikksss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Kakak KTS.

      Nak shopping kena cepat. Tawaran utk kakak kts berakhir tengah malam ni saja. .... ngeeee

      Delete
  4. Memang dah berbeza kan Pudu ni...teringar zaman dulu, saya tunggu bas kat situ..dengan asapnya, dgn panas nya...

    good luck atikah...anak & ayah sama sama bisnes! bagus..

    ReplyDelete
  5. nak g daftar kat sane jugak ler... ingat nak daftar bylan depan :)

    ReplyDelete
  6. tak pernah masuk kat dalam tu lagi... lalu kat luar tu ada la..

    ReplyDelete
  7. Belum sempat kesini lagi.....anak2 balik kuantan terpaksa lah naik di pekeliling je tak pun saya pergi ambik.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails