Wednesday, December 26, 2012

Cempedak Madu: Rasa Manis Tapi Harga Pahit

Itu kata-kata Abang penjual cempedak di Sri Rampai ini kepada aku dan emak Adam masa kami nak beli cempedak dia.



Cempedak ini dari Hulu Langat. Penjual ini sedang membantu memilihkan yang terbaik

Sekilo RM8. Kalau nak murah sikit ambil yang gred B iaitu yg kulitnya tak berapa gebu (tak pakai krim pelembut kot). Yang itu sekilo RM7 tanpa kulit. 

Kalau anda jenis orang yg tak mementingkan paras rupa, yang gred B itu pilihan yg lebih baik.

18 comments:

  1. Replies
    1. Betul tu. Tapi luaran yg menarik sering membuat orang terpikat. Bukan saja tentang cempedak tapi tentang manusia juga .... ahaks

      Delete
  2. Makchaq pernah sekali beli cempedak hulu langat ni..
    memang puas hati... rupa cantik, putih gebu tak bernoda... isi dalam pun terbaik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kiranya ada harga ada rupalah kan.

      Petang ini ingat nak minta emak Adam goreng cempedak tu utk minum petang.

      Delete
  3. Semalam kakcik dah goreng cempedak madu. Kecik2 je buahnya. Dalam sebiji hanya ada lebihkurang sepuluh ulas. Tapi sedap sangat. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak besar buahnya.

      Tapi kalau dlm 10 ulas tu sikit sgt buahnya. Yang kami beli tadi rasanya lebih daripada 25 ulas.

      Delete
  4. kenapa pula ada org yg nak beli cempedak yg kulitnya cantik? hihihi...standard harga cempedak sekilo berapa ya YB? Saya tak pernah beli cempedak..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kulit cantik sedap mata memandang. Kalau kulit menggerutu, ngeri juga nak makan ..... hehehe

      Standard harga bergantung kpd tempat. Kalau di Sik Kedah, sekilo RM2 pun org tak pandang sebab kat sana hampir semua rumah ada tanam cempedak. Masa saya ke sana dulu, tuan rumah suruh bawa berapa banyak yg kami nak bawa balik sebab kalau tidak buah2 tu jatuh ke tanah dan dimakan lembu saja!

      Kat KL skrg ni dlm RM7 - 8 tu biasalah .... huhu

      Delete
  5. Aina tak pernah beli chempedak kalau cucoq dai selalu sangat la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak ramai yg makan cempedak di rumah Aina tu elok beli cucuq dia aje. Simpan lama2 pun tak sedap

      Delete
  6. Orang macam YB kompom la pentingkan rupa paras, kan? Ahaks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taklah juga. Ada kriteria lain yg tak kurang pentingnya ..... cewah

      Delete
  7. teragak pulak nak makan cempedak goreng...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah Kakpah beli sebiji dan bawa balik rumah utk digoreng. Kalau beli yg dah siap goreng mahal kalau dah banyak ketul yg dibeli .... ngeee

      Delete
  8. Saya kalau nak makan chempedak pergi belakang rumah adik ipar bila tiba musim...memang arwah mertua dah pesan dia tanam untuk anak anak.....maka nya jarang lah saya membeli buah chempedak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestnya macam itu. Itulah untungnya kalau berbudi dgn tanah.

      Bapa mertua saya pun pernah tanam pokok cempedak di tepi sawah tapi kerana sawah itu jauh daripada rumahnya, buahnya sering kena curi .... huhu

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails