Semalam semasa aku membantu emak Adam mengopek ikan bilis untuk buat rencah sayur, Adam datang membawa flyer iklan Giant.
"Ayah ikan kembang mana satu?" tanya dia sambil menghulur flyer tersebut.
"Ikan kembang?" tanya aku balik kpd dia sambil melihat gambar2 ikan yg ada di flyer itu sepintas lalu sambil memikirkan apakah yg dimaksudkan ikan kembang oleh Adam.
"Oh ni hah ikan kembang." kata aku sambil menuding kpd ikan bawal putih. Pada fikiran aku ikan tu nampak mengembang macam wau bulan lalu dipanggil ikan kembang oleh Adam.
"Bukan yang inilah," bantah Adam tak puas hati.
"Ikan yang emak selalu goreng tu," sambung dia cuba menerangkan ikan jenis yang mana satu.
"Oh itu bukan ikan kembang. Itu ikan kembong." jelas aku kpd Adam yang baru nak belajar nama2 ikan.
Korang kenal ke semua ikan? Ada orang tak boleh nak bezakan ikan tongkol dan ikan tenggiri .... hehehe
alahai adam.. kakak pon ingat ikan kembang tuh ikan bawal.. rupanya ikan kembong ye.. suh mak adam buat laksa ye kalo beli ikan kembang tuh.. hehehe~
ReplyDeleteOh kakak sama fikiran mcm ayah Adam ya? Bagus tu ... mesti ayah suka .... hahaha
DeleteEmak dah dekat sebulan kot tak buat laksa. Nanti Adam minta dia buatkan w/pun Adam sendiri tak suka sangat makan laksa. Nanti kakak boleh datang makan laksa emak.... ngeeee
Nanti Adam tanya, "apa beza tudung bawal dgn ikan bawal?"...hahaha
ReplyDeleteSatu letak kat kepala dan satu lagi letak kat mulut ... hahaha
DeletePandai jugak Adam.. walaupun tak ingat nama yang betui dia tau sinonim pada nama tu.. kembang = kembong.. masa diberitau nama ikan tu dulu mesti dia berfikir kembong= kembang, otak dia bekerja tu...memang bijak Adam ni..
ReplyDeleteKadang2 memang kita tak sangka cara pemikiran kanak2 baya Adam ni.
DeleteDulu pernah saya cerita di blog ini dia suruh emaknya goreng ikan letak monyet padahal dia nak suruh letak kunyit. Dia tahu monyet tu tak betul tak mungkin dia tak ingat perkataan 'kunyit' w/pun dia tahu di mana emaknya letakkan serbuk kunyit tu di dapur kerana dia boleh tunjukkan kat mana 'monyet' yg dimaksudkan itu.
Nafisah pun mesti petah mcm Adam ni jugak.
saya kenal ikan bawal,ikan keli,ikan patin,ikan kembung,ikan aye(tongkol),ikan sepat,ikan cencaru
ReplyDelete(hebat jugak la sebab tahu lebih dari 2 jensi ikan)
Memang hebat awak Irfa ... hehehe
DeleteTapi ikan2 yg awak sebut tu memang berbezi dari segi bentuk dan rupa antara satu sama lain. Yang mencabar bila ikan2 tu seakan2 rupanya seperti : ikan kerisi dan ikan gelama atau ikan pelalin dan ikan kembung
nak tambah, Paman. ikan keli dan ikan sembilang..;)
Deleteinsya`Allah ikan biase2 kat pasar tu kenal
ReplyDeletekot2 ikan yg rare tu kurang sikit
Tahniah kerana alien di antara orang muda yg kenal ikan kat pasar. Skrg ni ramai yg tak kenal ikan. Untuk mengelakkan tersalah beli ikan, mereka lebih suka ke hypermarket sebab di sana ada ditulis nama ikan .... kira cover linelah
DeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteTahu beza mana ikan bilis, n mana ikan sardin cukup lah kan? hu hu huhu
Waalaikum salam anyss.
DeleteKalau tak boleh bezakan dua jenis ikan tu melampaulah tu .... hahaha
Ikan haeuan dan ikan bujok..... haa...
ReplyDeleteBukan semua org kenal :)
**ikan haruan
Deleteikan bujok tu macamana rupanya? Saya tak kenal .... huhu
DeleteDah agak dah ikan kembang = ikan kembung..
ReplyDeleteBagus Adam, kecil2 dah belajar kenal ikan..nanti x la jd mcm ayah Haikal yg kenal ikan bilis, ikan mayong, bawal & keli je..
p/s : nasib baik kakak kenal yg mana tenggiri, yg mana tongkol.. ;)
- kakak-comel-nak-join-mkn-stuffed-crab
Pandailah kakak mengagak. Ayah entah apa2 kata ikan bawal tu ikan kembang.
DeleteKakak tentu kenal jenis2 ikan sebab rumah kakak dekat dgn jeti LKIM kan? Nanti kakak bawalah kami jalan ke sana.
- adam-comel-pun-makan-stuffed-crab
Orang Perlis panggil ikan temenum kalau pelaling tu kalau kembong tu panggil temenum borek...
ReplyDeleteOh macam tu. Kat sini yg saya tahu ada orang panggil ikan kembong tu ikan temenung.
DeleteTapi yg biasa dgn jenis2 ikan tahulah beza antara ikan2 tu dan yg mana lebih sesuai yg dimasak mcmana.
Ikan kembong dan ikan mambong tu sama ke YB, saya walaupun selalu pergi pasar pun tak berapa nak tahu nama ikan2 ni...yang saya tahu saya sebut lah namanya kalau tak tahu tunjuk je nak ikan tu...
ReplyDeleteSaya pun tak berapa tahu mambong dan kembong tu sama ke tak. Bila ke Giant saya tengok mereka gunakan istilah ikan mambong.
DeleteTak berapa tahu nama ikan tapi kalau tahu ikan jenis apa utk dimasak yg macamana kira oklah tu.
Salam,
ReplyDeleteSeronok tgk gelagat Adam. Dia budak geniuslah..
Waalaikum salam Juhariah.
DeleteBudak2 sebesar Adam tu sering membuat kita teruja dgn cara dia berfikir dan bertindak. Awak ada anak sebaya Adam ke?
saya kenal ikan bilis ye YB
ReplyDeleteIkan bilis pun ada mcm2 jenis .... hehehe
Delete