Bila aku bercerita pasal telur ikan mayong yang emak Adam beli di Pasar Sg Besar hari Ahad baru ni ada yang cakap mereka tak pernah tengok telur ikan mayong tu. Kalau tak pernah tengok, makan apatah lagi.
Ini telur mayong tu. Ianya bulat-bulat lembut di dalam kantong. Petua Emak Adam: keluarkan telur itu daripada kantongnya untuk mengelakkan bau hanyir ketika dimasak
Telur ini sedap dimasak dgn pelbagai cara tapi kami suka masak lemak kuning. Jangan lupa utk letakkan serai dan daun kunyit untuk rasa yang lebih sedap. Nasib baik ada sikit lagi daun kunyit yg emak Adam tanam. Kalau tidak, kenalah saya ke pasar membeli daun kunyit ..... huhuhu
Ini dia telur ikan mayong yg telah dimasak dan sedia untuk dimakan
Jangankan emak mertua, isteri lalu di belakang pun gerenti tak nampak. Yang mereka pergi lalu kat belakang tu buat apa? ... hehehe
baru kali pertama tengok x pernah kenal
ReplyDeletetak pernah makan
tak pernah rasa
tapi pernah dengar
Tak kenal maka tak cinta.
DeleteSekarang Eja dah tengok dan dah kenal, bolehlah cuba merasanya pula. Pasti jatuh cinta! .... hehehe
nampak macam best ada lg tak?hulur sesudu boleh?
ReplyDeleteAda lagi sikit kat dapur tu. Kalau tak segan jemputlah singgah sementara stok masih ada .... ngeeee
Deleteitu pun kalau ada lg lah..kalau tak ada kena masak lain ye?hehehe....
ReplyDeleteNasib baik ada lagi. 8 bungkus tu.
DeleteKalau habis yg ini, memang dah takde lagi sebab emak Adam dah masak semuanya siang tadi .... huhu
memanglah lalu belakang..orang melayu ni kan bersopan dak gitu?
ReplyDeleteOrang Melayu ni bersopan dan suka bertolak ansur. Akhirnya mereka yg ditolak oleh bangsa lain secara beransur-ansur .... huhu
Deleteuiksss..cepatnya balas tak kan ngulang makan lg kot?
ReplyDeleteKebetulan saya masuk balik ke blog saya ni sambil-sambil baca online news.
DeleteDah makan berlaukkan telur ikan tu lagi selepas balik dari surau solat Isyak tadi.
Terima kasih sudi memberi 5 komen.
Saya suka makan telur ikan.. Kadang2 bukannya tau telur ikan apa, main tibai je makan.. hehehe...
ReplyDeleteMak sayapun rajin gulai telur ikan ni.. Tapi saya mmg tak kenal la telur ikan mayong ni sbb mak jarang beli...
Sekali sekala makan telur ikan memang sedap. Kalau tak sedap takkan kita mampu makan sampai berjuta-juta biji .... hehehe
DeleteSelain gulai, telur ikan juga sedap digoreng. Kena telur ikan tenggiri ... perghhh.
Cik Azz kenalah belajar mengenali telur ikan. Lain kali bila emak suruh ke pasar beli telur, taklah tersalah beli .... ngeeee
tak pernah kenal dan makan ikan ni, telur ikan parang biasalah gulai cam ni
ReplyDeleteIkan mayong ni sedap dimasak asam pedas. Penjual ikan biasanya keluarkan telurnya dan jual dgn harga lebih tinggi. Kalau dia tak keluarkan, telur itu akan dimasak asam pedas juga.
Deletekalau beli telur ini berasingan dgn harga yg agak mahal kami lebih suka di masak spt dalam gambar tu.
Sungguh tempting lauk tu.. Terasa2 telur mayong tu dlm mulut ni.. Huhu..
ReplyDeleteKijam la tau tuan punya blog ni..! Sobss..
Kalau sy duduk area sentul pun sanggup dtg bw tupperware tau foo fa ke rumah ayah Haikal nak beli telur mayong masak lemak oleh Emak Adam tu.. Huhu.. :(
- m3 perindu telur mayong !
Memang tak dapat digambarkan bila telur tu 'meletup' di dalam mulut bila dimakan. Maaflah kalau saya terpaksa jadi kijam sebab ada rakan2 lain yg nak tengok. Bagi yg belum merasa nikmat telur mayong ni mungkin tak merasakan kekejaman tersebut ..... hehehe
DeleteMak ai sampai nak bawa tupperware tau foo fa. Besar tu. Silalah datang tanpa bawa tupperware. Kami bungkus dalam plastik aje. (tak perlu bagi banyak2) hehehe
perghh nampak sedap ni. :)
ReplyDeleteNampak sedap. Rasa lagilah sedap. Satu periuk tu dah nak habis ..... huhu
Deletedouble dose of cholestrol.santan dan telur ikan
ReplyDeleteSedap punya pasal hantam ajelah. Sekali sekala .... hehehe
DeleteTak pernah makan lagi telur mayong ni.Wajib mencuba ni.Nampak sedap je maska lemak tu
ReplyDeleteCuba jangan tak cuba. Tapi di KL ni mahal telur tu. Kalau nasib baik beli ikan mayong ada telur, bolehlah dimasak lemak.
DeleteMinggu lepas ada lalu pekan Sg Besar ni, tapi entry ni belum keluar lagi, kalau tak boleh juga mencari...
ReplyDeleteSedikit petua yg saya pernah dengar jika tak mahu masakan berbau hanyir terutama ikan. Selepas dimasukkan ikan dsb ke dalam kuah yang dipanaskan, jangan dikacau2 lagi. Biarkan sampai masak...
Logik ke...
Takpe lain kali boleh ke sana lagi utk cari telur ikan ini. Boleh dikatakan setiap hari ada telur ikan ni dijual di pasar tu.
DeleteTak tahu pulak saya tentang petua tu. Bila ikan dah dimasukkan tak dikacau2 sebab takut ikan tu hancur. Tapi kalau dibiarkan lama sangat tanpa dikacau takut pecah santan pulak.
Nanti saya tanya emak adam tentang petua ni
Tak baik sungguh YB ni...
ReplyDeletekira menyeksa jiwa dan raga orang tengah mengidam ni... meleleh ayaq lioq..
Makchaq tengah berbadan dua ke? Elok benarlah tu sebab Nafisah pun dah besaq.
Deletemailah sini kalau nak rasa teluq ikan tu. Kesian kalau ayaq lioq baby meleleh nanti ..... ngeeeee
isteri lalu blakang pegi dapur sebab nak amek semangkuk lagi :)
ReplyDeletePatutlah dia siap2 masukkan dlm mangkuk kedua lauk2 tu semalam. Takut kami perabis sebelah tengahari lagi .... hehehe
DeleteOrang Perlis telur ikan ni selalunya buat gulai aka kari. Marbeleslah...
ReplyDeletebelum pernah cuba buat kari. Lain kali nak try lah mcm org Perlis ..... ngeee
Deletekalau goreng sedap tak ?
ReplyDeleteTak pernah goreng telur ni takut meletup pulak. Kalau telur ikan tenggiri tu adalah emak Adam goreng. Sedaaaap.
DeleteMasak asam pedas, perghhh
ReplyDeleteIkan mayong masak asam pedas pun dah perghhh. Inikan pula telur ikan tu? .... world
DeleteSaya memang tak suka makan telur ikan, selalu nya kalau saya beli saya masak untuk suami sebab dia suka makan.
ReplyDeleteMemang tak semua org suka telur ikan. Awak seorang isteri yg baik sebab masih hendak beli dan masak telur ikan w/pun awak tak suka telur ikan. Dapatlah asben awak merasa air tangan isterinya. Kalau tak, kenalah beli yg dah dimasak di luar.
DeleteWah.. sedapnya.. Kegemaran saya ni.. Terliur melihat menu ni.. :)
ReplyDeleteOh Nur pun suka makan telur ikan ni ya? Bolehlah ke pasar Sg Besar lain kali.
Deletepun tak pernah makan
ReplyDeletesian saya kan?