Wednesday, December 12, 2012

$iapa Nak Kaya? - Jadilah Penjual Ikan

Ramai orang kata ikan di Sg Besar murah. Emak Adam yang suka membandingkan harga barang juga berkata demikian. Aku yang sering mengikuti dia emak Adam ke pasar juga dapat merasakan perbezaan harga tersebut.

Dan rata-rata orang yang pernah ke Pasar Sg Besar akan bersetuju bahawa harga ikan di sana lebih murah daripada di Kuala Lumpur atau kawasan-kawasan lain di Lembah Klang.

Jadi apa yang kami buat bila nampak harga ikan, udang, sotong dan ketam di sana tu murah? Beli banyak-banyak masukkan dalam bekas polisterin dan isi ais untuk dibawa balik ke rumah. Kalau ada saudara mara di sana, beli makanan laut tu dan buat bakar utk dinikmati bersama. Tak perlu keluar duit banyak-banyak mcm makan ikan bakar di Umbai sana.

Tindakan itu dapatlah menjimatkan sedikit wang. Tapi ianya habis di situ saja.

Lain pula dengan salah seorang jiran aku ni. Dia ni dulu kerja askar. Sekarang dia dan pencen. Setelah dia pencen dia telah membeli sebuah lori 3 tan. Setiap pagi dia dan beberapa orang pekerjanya akan ke pasar Sg Besar untuk membeli ikan, sotong, ketam dan udang daripada pemborong di sana. Gerai pemborong ikan ini terletak di sebelah belakang pasar. Setiap hari jiran aku ini membawa wang tunai RM9,000 untuk membeli ikan dsbnya itu. Kena bayar tunai untuk mendapat harga yg terbaik.

Setelah dinaikkan ke atas lori, mereka akan balik ke tempat kami. Di situ mereka akan mengagih-agihkan ikan dsbnya itu untuk dijual kepada penjual ikan pasar malam, kepada pengusaha kantin, pengusaha asrama dan juga secara runcit kepada sesiapa yang mahu membeli ikan2 tersebut.

Setiap hari senang2 dia boleh menjual RM11K - RM12K. 

Setelah ditolak modal sebanyak RM9K, ini bermakna dia boleh mendapat untung RM2,000 - 3,000 sehari. Kalau sebulan dah berapa banyak untung? Ya RM60K - RM90K sebulan!

Sekarang jiran aku itu telah membeli sebuah lagi lori kerana perniagaannya semakin maju.

Itulah kehebatannya orang yg nampak jalan untuk buat duit. Takdelah setakat beli ikan utk makan anak beranak atau beli telur ikan mayong dimasak lalu dimasukkan di dalam blog ..... huhuhu

31 comments:

  1. ayat terakhir tu mengata diri sendiri ek?

    hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa lagi yg buat mcm tu kalau bukan bapak si Adam tu ..... huhuhu


      Inilah kalau melihat tapi tak nampak .... huwaaaa

      Delete
  2. Waahhh hebatnya..! Bijak2.. 2-3k per day.. Semput jap rasa.. Tp betul, bijak mencari peluang & utilize it antara faktor utk berjaya & kaya..

    - m3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila tengok dia buat mcm tu it looks so easy. Tak perlu jadi rocket scientist.

      Dia sudah ada pelanggan tetap yg akan membeli ikan2 yg dibawa ke KL ni. Dah bisnes yg paling baik ialah bisnes tunai.

      Delete
  3. Orang yang pandai cari peluang memang rezeki akan sentiasa ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang dia pandai cari peluang. Bisnes yang belum banyak saingan dan pendapatannya stabil.

      Cabaran kpd saya ni .... huhu

      Delete
  4. Betul tu YB. Peluang bisnes tu, kena dilihat. Betul lah, bisnes is all about opportunity..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, bisnes is all about opportunity and how we grab it. The faster our action the better.

      Kalau setakat lihat dan pandang saja, sampai bila pun tak akan memberi makna.

      Delete
  5. Assalamualaikum,
    Jadinya...bila nak mula jual telor ikan moyang tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam Anyss

      Berapa ringgit sangatlah boleh dapat kalau jual telur ikan mayong tu? .... huhu

      Delete
  6. Yb .. sy pun ada dengar harga barang di Sg Besar murah

    kakak ipar sy orang Sg Besar 'terkejut beruk' bila dia membeli sayur dan ikan di Pasar pilah semasa datang ke rumah sy beberapa tahun yg lalu... mahal yang amat katanye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan ikan dan sayur saja yg murah tapi pakaian termasuk kain dan tudung juga murah. Kelengkapan sekolah pun murah juga sehingga kami biasanya akan ke sana utk beli baju sekolah dan beg anak2.

      Kakak ipar ibuintan mungkin lupa pasar pilah barang mahal sebab itu bandar besar - Pilahdelphia lah katakan .... hehehe

      Delete
  7. Kikiki... Kelakau la pulak ayat yang last tu.. haha...

    Kat sini ikanpun mahal ya amat... Nak tak nak, kena la beli jugak.. huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayat keinsafan .... huhu


      Mahal ke murah ke kena jugak beli ikan sebab takkan nak makan lauk daging dan ayam aje setiap masa kan? Samalah kita .... huhu

      Delete
  8. Replies
    1. Ikan dia tak busuk sebab dia beli fresh. Lepas tu dia letak ais lah kan .... ngeeeee

      Apa2pun memang masyukkkk

      Delete
  9. Suruh dia mai juai teloq ikan mayong kat makchaq barang sekilo dua...meleleh lagi ayaq lioq.. sebut ikan teruih teringat teloq ikan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau setakat sekilo dua tu rasanya tak mau dia hantaq pi tempat makchaq. Makchaq kena mai sinilah nampaknya. Tapi kena siap2 order teloq tu sebab rasanya kalau tak order dia tak bawak mai .... hehehe

      Delete
  10. oh... kalau dah otak geliga bab beniaga, memang sentiasa nampak peluang dan ruang kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila saya tengok org lain yg nampak peluang dan ruang, terasa diri ni belum layak utk berada di dalam liga mereka. Tapi kalau kita tak terus mencari peluang, ianya takkan datang bergolek. Kenalah teruskan usaha.

      Delete
  11. Itu la cara pemikiran org2 kreatip.otak sentiasa ligat berfikir.peluang ada depan mata.org tak nampak tapi dia nampak..

    ayat2 terakhir tu memang syok hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada bijak pandai memberitahu di dalam berniaga ini jangan jadikan mendapat keuntungan itu matlamat utama tapi niatkan utk menolong org samada dgn menyediakan barangan atau perkhidmatan yg orang ramai perlukan.

      Jiran saya ni tahu orang2 di KL ini perlukan ikan dgn harga yg berpatutan dan dia tahu di Sg Besar dia boleh beli ikan dgn harga yg murah. Dan dari situ dia boleh mendapat keuntungan.

      Ayat2 terakhir tu utk menyedarkan org tu supaya membuka mata lebih luas utk mencari peluang .... huhu

      Delete
  12. hahhaa...hujung2 perli kat diri sendiri pulak ya:-) Ala YB rezeki masing2 kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah rezeki masing2. Tapi bila kita lihat mcmana org lain boleh kaya raya kerana mereka nampak peluang rezeki, kita pun terfikir "Kenapalah aku tak nampak jalan tu sebelum ini?" huhuhu.

      Perli itu untuk memberi kejutan kpd penulis blog ini utk buka mata dan bertindak .... ngeeee

      Delete
  13. pokoknya - pakcik askar yg pencen itu adalah rajin.
    kalau tau jln, tau ckp je.. tapi malas.. tak gak masyuk..
    :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalah dgn kebanyakan kita ialah sifat malas. Bila malas, tak nak bertindak. Kalau tak bertindak apa pun tak kan menjadi w/pun tau jalan dan tau cakap.

      Org lain duit dah macam gunung atau macam bukit tapi kita macam busut pun tidak .... huhu

      Delete
  14. Jika ada kesungguhan dan usaha keras, pasti dapat menuai hasilnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kita kenalah berusaha bersungguh2 dan sanggup bekerja keras jika mahu berjaya.

      Delete
  15. kagumnya..
    patutlah org kata 9 punca rezki adalah dr berniaga

    ReplyDelete
  16. Saya berminat untuk buat bisnes yang sama cuma tak tahu macam mana jalanya. Bila terbaca artikel ni macam orang mengantuk disorong bantal lak. Kalau tak keberatan minta tuan kenalkan saya dengan jiran tuan tu untuk saya belajar selok-belok bisnes ni. Boleh contact saya di emel azam.mae@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak ikan fresh saya boleh bekalkan. just call 012 3009376. ikan fresh dari jeti perak

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails