Tuesday, December 11, 2012

Pasar Awam Sg Besar, Selangor

Hari Ahad baru-baru ini kami ke Pasar Awam Sg Besar.


Pemandangan bangunan pasar. Huruf "u" dah gugur 

Harga barang-barang di sana lebih murah berbanding dengan di KL atau bandar-bandar besar lain di Selangor.

Kami suka beli telur ikan mayong setiap kali ke sana sebab kami sekeluarga suka makan telur ikan mayong.



Emak Adam dan kakak sulungnya yg tinggal di Sg Besar sedang memilih telur mayong.  Sebungkus plastik RM10. Dia beli 8 bungkus. Kalau kira kilo, harganya dalam RM25. Di gerai lain ada yg jual RM30/kg.


Ikan, ketam dan udang di pasar ini juga lebih murah dan segar sebab direct dari nelayan yang balik dari laut. Ikan pelalin masa kami ke situ cuma RM3 - RM5/kg bergantung kpd saiz. Cencaru yang besar mcm lengan Adam cuma RM7. Nenek Adam beli 2 ekor untuk dibawa balik ke kampung. Kami tak beli ikan kerana freezer masih ada banyak stok. Lain kali kalau peti ais dah kosong, kami akan datang utk borong ikan di sana siap dgn kotak polistairin.



Selain ikan segar, di sana juga banyak dijual ikan kering. Ada gerai yg diusahakan oleh peniaga Cina dan ada juga oleh peniaga Melayu/Jawa



Gerai sayur kebanyakan peniaganya adalah orang kita. Kalau cakap kita boleh berbahasa ibunda dgn peniaga keturunan Jawa, mungkin ada diskaun lagi. 


Dan satu perkara yang menarik kebanyakan penjual sayur adalah terdiri dari kaum wanita. Dah macam Pasar Siti Khatijah di Kota Baru pula.

Emak Adam teruja bila tempe di pasar sana cuma berharga RM1 untuk 4 bungkus sedangkan di KL 3 bungkus RM2! Saiz bungkusan sama.

Cuti sekolah ini kalau takde tempat lain nak melancong bolehlah ke Sg Besar. Banyak lagi yang menarik di sana selain pasar awamnya.

28 comments:

  1. Nak kirim telur ikan mayong.. lama tak makan.. mengidam ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak payah kirim teluq tu makchaq. Mai aje rumah kami. Tengahari ni emak Adam masak teluq tu. Saya makan nasi sampai 2 pinggan. Hancus diet hari ni ..... huhu

      Delete
  2. YB tulis la lagi, apa yg menarik di Sg Besar selain pasarnya ni..Sebab saya plan nak ke pasar ni, nak beli ikan segar2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pernah tulis tentang Sg Besar pada 23 Jun 2009 di bawah tajuk Jom Shopping Kat Golok. Kalau rajin boleh rujuk kepada entri tersebut.

      Kalau nak ke pasar tu untuk beli ikan kena datang agak awal pagi atau sebelah petang kerana dua masa tu nelayan menurunkan ikan. Boleh pilih yg terbaik.

      Delete
  3. Suka sesangat dengan tempe...

    Orang ke pasar malam beli keropok, kita pulak beli tempe goreng...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempe sedap dan berkhasiat. Rahsia orang2 Jawa ramai yg pandai .... hehehe


      Pasar malam mana tu ada jual tempe goreng? Kat tempat saya di sini takde pula yg jual tempe goreng. Kalau nak, kena goreng sendiri.

      Delete
    2. Pasar malam Putra Heights, Subang Jaya, 2X seminggu, Rabu dan Jumaat...

      Delete
    3. Oh kat Putra Heights. Yang menjual tu org Jawa ke?

      Delete
    4. Wong Jowo agaknya. Tak pernah pulak dengar dia cakap Jerman. Juga menjual pecal yang sambalnya dibuat bila on the spot bila ada pesanan...

      Delete
    5. Rasanya wong Jowolah tu. Memang wong Jowo skrg dah kurang bertutur bahasa Jerman di khalayak ramai terutama di kawasan bukan Jerman. Kat kampung pun ada yg segan2 nak cakap Jawa sebab lebih lancar bercakap di dalam bahasa Melayu.

      Pecal yg on the spot tu yg sedan. Kena ada dicampurkan dgn cekur atau kencur.

      Delete
  4. lama betul tak ke merket sungai besar tu... selalu kami kalau dah takde ikan menarik kat pasar sabak bernam barula ke sungai besar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang market Sg Besar dah masuk ke dalam dekat Stadium tu. Dulu masa tepi jalan tu memang lebih ramai org singgah.

      Kami pulak tak pernah ke market Sabak Bernam utk beli ikan sebab rumah kakak ipar tu kat Sg Besar. Dulu masa dia tinggal kat Sekendi kami ada juga ke pekan Sabak utk ke pasar tepi jalan tu. Tapi beli barang2 kering aje.

      Delete
  5. Ada ramai je kulaan di sabak bernam dgn sg besar tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini kulaan yg hanyut ke selatan dari Seberang Perak dan Teluk Intan kot mcm ada org2 Jawa yg hanyut ke utara sehingga sampai ke Bagan Datoh .... ngeeee

      najwa biasalah ke Sg Besar tu ek?

      Delete
    2. Dulu masa kecik2 selalu lah ke sana. Rumah kulaan. Ikut p.cik tgk kebun. Sampai skrg adik saya dgn pakcik dok berulang dari tk intan ke sana tgk kebun.

      Kalau diikutkan mmg ramai org kg banjar teluk intan (tempat saya duduk) ada byk tanah di area sabak/sg besar tu.

      Delete
    3. Oh ada kulaan di Sg Besar dan Sabak tu ya. Orang Banjar memang pandai kumpul duit dan beli tanah kebun. Kebun pakcik najwa tu ditanam dgn kelapa sawit ke?

      Delete
  6. Saya sgt suuuuuka tempe. Malangnya kat rumah ni org lain x makan. So kalau nak menempe kena makan kat luar la jawabnya. Sbb kalu masak kang konfem tak habis punya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang beli kat luar tu kadang2 kurang kick sebab mereka goreng letak kunyit dan garam saja. Kalau goreng sendiri siap letak ketumbar dan jintan selain dari kunyit dan garam. Baru perghh.

      Kesian juga kalau cuma awak sorang aje yg makan. Nak masak sendiri tak berbaloi. Lain kali datanglah sini kalau nak makan tempe goreng atau masak pindang. Itupun kalau kebetulan emak Adam masak tempe utk hari tersebut.

      Delete
  7. Lama sungguh tak mkn telur mayong sejak meninggalkan Selangor; Ijok, Btg Berjuntai & Sabak Bernam..

    Murahnya tempe, RM 1 utk 4!!! Mkn tanpa dimasak pun sedap tempe tu..

    p/s : keropok Udang Pasir Penambang mendapat sambutan di rumah Nyaie sy.. Semua nak pesan! Blh jd pemborong sy ni.. ;)

    - sy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tentu awak dah mengidam nak merasa keenakan telur mayong tu. Hari ni emak Adam masak telur mayong. Memang satu keluarga tak makan dgn lauk lain hari ni.

      Tempe di Sg Besar tu memang tak sangka masih murah macam tu. Emak Adam dah beli yg biasa tambah lagi beli yg belum jadi betul. Dia nak simpan kat rumah biar jadi kemudiannya. Tempenya cantik - putih2.

      Nampaknya awak kena beli lagi keropok udang Pasir Penambang tu bila ke sana. Boleh dapat special price mcm emak Adam .... ngeeee

      Delete
  8. Mmg murah n segar2 ikan kt cna yb. Kembung sekilo rm7 je.kt mlk sekilo rm12! Klu pergi bgan nakhoda omar lg heaven. Ikan segar dr laut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah sampai geram tengok ikan2 segar tu. Kalau tak kenangkan peti ais dah penuh memang kami beli banyak2 bawa balik.

      Oh kat Melaka mahal jugak ikan. Mungkin ikan2 banyak diborong oleh tauke gerai ikan bakar yg terdapat sepanjang pantai di Melaka tu. Ikan bakar lagi mahal .... huhu

      Dah lama kami tak ke BNO sejak kakak emak Adam dah pindah dari Sekendi. Dulu ada juga ke sana beli ikan. Memang heavan.

      Delete
  9. tempe 3 bungkus RM2 kat kl?
    bulih kaya ni jual tempe.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada skill buat tempe bolehlah awak mencuba nasib menjadi usahawan tempe di KL ni.

      Delete
  10. saya nak buat assigment tentang pasar awam sg besar..boleh encik berikan maklumat tentang pasar awam dari bangunan lama hingga bangunan yang kini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya takde maklumat tersebut sebab entri saya yg ini sekadar dari pengamatan semasa saya. Mungkin awak boleh hubungi MDSB untuk mendapatkan maklumat tersebut.

      Delete
  11. Sy teringin nk telor ikan mayong tu. . Blh x tlg bl dan pos kt sy pls2. . . 0123192142

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf saya rasa tak pratikal untuk poskan telur ikan. Mungkin boleh pergi sendiri ke pasar Sg Besar atau pasar2 ikan yg lain

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails