Saturday, December 29, 2012

Stuffed Crab Bandar Chukai, Terengganu

Dua buah kedai makan yang sinonim dengan bandar Chukai, Kemaman ialah Kopitiam Hai Peng dan Restoran Stuffed Crab Tong Juan. Kalau kita ke Chukai, tak sah kalau tak pergi ke salah sebuah kedai ini.  Sabtu lepas kami makan tengahari di Tong Juan.

Bagi yg tak biasa dengan Chukai, tak susah untuk mencari restoran ini. Setibanya anda di persimpanan selepas hospital Kemaman jika anda datang dari arah Kuantan, sila belok ke kanan ke Jalan Sulaiman. Jalan ini adalah jalan sehala w/pun ada 4 lorong. Elok ambil lorong yang kanan kerana Tong Juan di deretan kedai di sebelah kanan jalan.  Teruskan di jalan tersebut sehingga anda melalui stesen Shell.



Stesen Shell bandar Chukai ini dibina sebelum aku dilahirkan lagi.

Selepas stesen minyak itu anda akan nampak bangunan seperti di bawah ini. Ianya adalah Muzium Kemaman



Kalau berminat boleh singgah di Muzium ini

Tong Juan terletak di deretan kedai selepas muzium ini. Bila nampak tempat letak kereta di sepanjang jalan tu, bolehlah parkir di situ.


Ini dia pandangan depan Tong Juan

Kalau ke Tong Juan sudah tentulah stuffed crab atau ketam bungkus yg menjadi pilihan utama.


Ini dia stuffed crab itu. Satu berharga RM8. Masa aku mula2 ke restoran ini pada pertengahan tahun 90an satu ketam tu cuma RM5 .... huhu



selain stuffed crab, boleh juga mencuba udang stim dengan bawang putih



atau ikan siakap kukus ini

Cerita banyak pun tak guna. Kalau anda ke Kemaman, bolehlah singgah di restoran ini untuk tahu sendiri apa keistimewaan ketam bungkus di situ.

14 comments:

  1. Yb saya pun pernah makan kat Ton Juan.....memang sedaaap makanan dia....saya pernah bermalam di chukai semasa suami menjadi setiausah sulit....kereta kami rosak dalam perjalanan balik dari kelantan selepas menghadiri majlis bersama kastam diraja malaysia...sampai,hari ni kalau di ingat kan balik rasa kelakar sebab kat chukai bukan nya ada apa sangat selain kedai makan Tong juan yang sedap tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat Chukai ada juga kedai makan yg lain tapi mungkin tak sefemes Tong Juan tu. Dah lama tu awak bermalam di sana. Kami pun first time tidur di sana iaitu dekat Geliga minggu lepas. Sebelum ni cuma lalu saja di sana tapi tak bermalam.

      Ada beberapa tempat menarik di sana cuma tak berapa diuar2kan. Itu sebab tak ramai org mengenali daerah Kemaman ni... huhu

      Delete
  2. Mujur duduk di Chukai jd tak ada la sah atau tak sahnya..
    Err udang & siakap tu lg menggoda dr stuffed crab tu.. Hoho..

    - sy

    ReplyDelete
    Replies
    1. W/pun awak duduk di Chukai tapi org dari luar yg lebih dahulu merasa stuffed crab tu. Lepas ni awak kenalah cuba.

      Udangnya mmg sedap w/pun stuffed crab tu lebih terkenal. Kalau ke restoran tu bolehlah order semua tu.

      Delete
  3. Assalamualaikum,
    Okehhhh! Esok juga saya tumis sambal udang...letqk petai sepapan.siakap hari selasa lak. Msk 3 rasa hu hu hu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam anyss.

      Kata nak tumis sambal udang letak petai? Yang saya nampak anyss beli nasi kerabu sebungkus di pasar malam .... huhuhu

      Delete
  4. salam...

    saya boleh makan ikan yang mulut nganga jaa... yg laen klu makan kena makan ubat jwb nya...

    chop.. kat sini bebes cukai tak... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam ...

      Oh awake allergic makan udang dan ketam ke? Untung siapa yg belanja awak makan seafood .... hehehe.

      Dulu dengar ceritanya stuffed crab tu kena cukai. Itu sebab bandar itu dikenali dgn nama Chukai. Tapi sekarang dah bebas cukai.... ngeeee

      Delete
  5. Harus saya cuba!! Hai Peng tu dah >5 kali pergi...hihihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba jangan tak cuba. Kalau dari Hai Peng tu terus aje jalan itu sampai hampir ke penghujungnya. Sebelah kanan tu Tong Juan dan sebelah kirinya parking MPK dan sungai.

      Delete
  6. pertama kali tgk ketam bungkus
    mestilah sedap kalau dah ketam kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap sebab isi ketam tu dicampurkan bahan2 lain sebelum dimasukkan semula ke dalam kulitnya dan digoreng bersalut telur. Dicicah dgn sambal yg dibuat khas menjadikannya lebih perghhh ....

      Delete
  7. Replies
    1. Tiada tanda halal yg dikeluarkan oleh Jakim untuk makanan di restoran ini. Walaubagaimanapun ianya menyediakan makanan laut. Terpulanglah kepada yang nak makan.

      Bagi yg warak, mereka mungkin tak akan makan di tempat seperti ini.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails