Jumaat lepas kami ke Kemaman kerana kawan Atikah yang sama2 belajar ACCA melangsungkan perkahwinannya di sana. Majlis diadakan pada hari Sabtu. Kami sengaja bertolak sehari lebih awal dan menyewa homestay di Geliga.
Malam tersebut kami makan malam di Restoran Monica Bay. Layanannya bagus, tak lama menunggu dan masakannya sedap. Harganya pun berpatutan
Signature dish di sini. Kami mencuba ikan 3 rasa yg terbukti sedap. Tak order ketam tu sebab esoknya kami nak makan staff crab atau ketam bungkus yang terkenal di bandar Chukai
Sejak sebelum bertolak lagi Adam sudah sibuk ingin membina istana pasir. Maka selepas bersarapan pada pagi Sabtu itu kami sekeluarga ke Monica Bay untuk membina istana angan2 tersebut. Pantai ini dulu dikenali dgn nama Pantai Teluk Mak Nik. Entah macamana dah jadi Monica Bay. aku rasa mungkin ada kena mengena dgn kes Bill Clinton dan Monica Lewinsky
Berikut antara gambar2 yang sempat dirakamkan di Pantai Monica:
Kontraktor sedang giat memulakan kerja2 pembinaan ... hahaha
Ahli keluarga yang lain turut membantu. Masa kecik tak puas main pasir gamaknya
Kontraktor utama (Adam) dibantu oleh sub kon (emak Adam). Yang berdiri berbaju belang itu pihak berkuasa tempatan kot .... ngeeee
Tiga beranak ini sibuk tengok ombak pula. Siap mengambil gambar menggunakan iPad. Kalau datang ombak yg besar baru kelam kabut lari
Taraaaa ......
Pandangan close up istana pasir yang hampir siap dibina
Tengok siapa yang dapat nama ..... hehehe
Merpati dua sejoli
mcm lawak je mak nik jd monica?? ishh.. nama pun translate ke?
ReplyDeleteTak tahu siapalah yg tukar nama pantai ni kpd Monica Bay. Nama omputih agaknya bunyi lebih gah .... huhu
Deletebesar betul kawasan istana tu..tu istana presiden ka? hahahaha
ReplyDeletesaya tak sempat try staff crab tu YB, bergegas balik ke Shah Alam hari Isnin 24 Dec tu, takut sangkut banjir..ekekekek..next year, insya allah ada rezeki, nak gi try staff crab & makan kat monica bay ni sekali :)
Mahunya tak besar. Seluruh pantai tu kami punya sebab takde org lain pada pagi itu. Mungkin org sana dah bersedia utk banjir sedangkan kami dok nak bina istana pasir lagi ..... huhu
DeleteKami 24 Dis tu masih sibuk shopping di Pasar Payang (utk hari kedua berturut2!) w/pun dah dengar banyak tempat dah banjir. Kiranya doc play safelah. Kami lebih daring mengambil risiko. Kami sampai ke Monica Bay restoran pada Isnin tu pada pukul 8 mlm utk dinner. Alhamdulillah tak sangkut kat banjir.
salam...
Deleteseronok tu maen pasir...
saya dapat maen pasir pun lekaa.. ehheee
Wsalam ....
DeleteMemang seronok. Bukan Adam aje yg main pasir tapi yg dah besar pun ikut sama. Lain kali bolehlah kami ajak awak join kami bina istana pasir sama ... ngeee
kecik2 lagi Adam dah ada bakat jadi arikitek dan jurutera ..
ReplyDeletemengapa merpati dua sejoli .. kenapa tidak merpati dua joli !
btw apa makna joli tu ?
ada kena mengena dengan jolly ke agaknya ?
Dia ikut bakat ayahnya kot .... hehehe.
DeleteTapi rasanya dia lebih berminat nak jadi kontraktor. Tangkap projek besar2 lepas tu sub kpd org lain mcm dia sub kerja membina istana pasir tu kpd emaknya .... hahaha.
Soalan abg tentang merpati tu saya pun tak tahu jawapannya. Tapi sejoli tu mungkin sama2 berjoli yg sama. Kali dua joli dah joli yg berlainan .... ahaks.
Mungkin ada kena mengena dgn jolly kot.
As salam YB,
ReplyDeleteAlololoooo sportingnye! Comel betul merpati dua sejoli tu! :))
Terror betul 'arkitek' buat istana pasir! :)
Waalaikum salam Marya.
DeleteMerpati dua sejoli tu nak mempamerkan kasih sayang antara mereka depan anak2. Jangan segan2. Biar anak2 tahu .... hehehe
Ada acuan buat istana tu mana tak terer arkitek tu ..... huhu
Salam, Tak jumpa First Lady dari kemaman ke? Dia kan selalu gi jogging kat situ?
ReplyDeleteWaalaikum salam Azzah.
DeleteFirst Lady tahu kami nak datang tapi dia pula ke KL berjumpa Latifah Jailani di Lake Club. Tak dapatlah jumpa First Lady di Monica Beach tu. Tapi malam pertama tu kami dinner dgn salah seorang rakan fb/blogger yg tinggal di Kemaman.
i likee pic merpati dua sejoli tu... moga gitu2 selamanya
ReplyDeletemuskil gak camna 'pihak berkuasa tempatan' tu leh dapat nama kat istana pasir tu
Terima kasih suka gambar tu dan mendoakan kami suami isteri.
DeleteBiasalah PBT tu dapat nama sebab sub con tu nak bodek. Mana tahu lain kali dia boleh jadi main con pulak .... hehehe
Kat chukai saya pernah makan di chinese restoran yang berdekat dengan maybank.....ketam dia black pepper crab dia terbaik.
ReplyDeleteApa nama restoran tu? Saya biasanya makan di Tong Juan saja. Pernah sekali tu kami tiba agak lewat tengahari dan Tong Juan telah tutup. Kami makan stuffed crab di restoran tak jauh dari TJ tapi kureng sedap .... huhu
DeleteKenapa ayat saya ni terbalik bongkang masa komen awal tadi...yang saya maksudkan black pepper crab dia terbaik.
ReplyDeleteJari jemari awak menaip tak sepantas awak berfikir. Itulah jadi mcm tu kot .... hehehe
Deleteamboi comelnya merpati tu..bila nak 'terbang' merpati tu ye?hehe
ReplyDeleteMalam tadi merpati tu dah sampai ke KLIA. Ingat nak terbang tapi tak cukup bajet. ..... huhu
Delete