Saturday, December 8, 2012

SQ SQ

Tengahari Khamis baru ni kawan baik aku datang ke rumah untuk memberi kad jemputan kahwin anak sulungnya yg akan diadakan pada hari Krismas nanti. Anak dia akan berkahwin dgn anak kpd kawan baik dia. Aku tak tanya samada perkahwinan ini diatur oleh ibubapa masing-masing atau pilihan pengantin tapi emak Adam syak ini mesti emak bapak yg pilihkan sebab bapa2 mereka kawan baik dari sejak sekolah menengah lagi. Masa masuk universiti di AS pun sama. Bila kerja pun di syarikat yg sama sebelum kedua2nya mengambil VSS.

Kebetulan semasa dia sampai tu azan Zohor sedang berkumandang. Aku pun ajaklah dia ke surau utk sama-sama berjemaah. Kami pergi ke surau menaiki Unser dia w/pun jarak surau dgn rumah aku taklah jauh mana. 

Usai solat, dia menghantar aku balik ke rumah aku semula. Macam2 kami bercerita. Memandangkan jarak yg dekat antara surau dan rumah aku, maka banyak cerita yg belum sempat dikongsi semasa kami dah sampai ke rumah aku semula. Kami sambung cerita di dalam Unser.

Antara topik yg disentuh ialah kegiatan di surau di rumahnya. Kawan aku ni memang aktivis Islam. Dari semasa dia belajar lagi dia giat berdakwah. Dia memberitahu aku mereka menekankan SQ SQ di surau mereka sekarang.

S pertama ialah Solat. 
Kawan aku mengingatkan para jemaah di suraunya agar memastikan mereka mendirikan solat cukup 5 waktu sehari dan seboleh-bolehnya secara berjemaah. Sekarang ini disebabkan kesibukan ada yg cuma dapat 3 waktu saja. Sebagai azam tahun baru, cubalah jangan tinggalkan solat.

Q pertama ialah Qiamulail.
Surau tempat dia mengadakan majlis qiamulail 2 kali sebulan pada malam minggu. Sambutan setakat ini sangat menggalakkan.

S kedua ialah Siyam atau puasa
Para jemaah digalakkan berpuasa sunat pada hari Isnin dan Khamis selain pada hari-hari besar lain seperti hari Tasyua dan Hari Asyura.
Pihak surau mengadakan majlis berbuka berjemaah setiap hari Isnin dan Khamis. 
Menurut kawan aku tu pada Ramadan lepas mereka mengadakan majlis berbuka setiap hari hasil daripada derma orang ramai. Sebanyak RM55K telah dibelanjakan utk majlis berbuka semasa Ramadan itu dan masih ada bagi lebih daripada RM20K.
Selain jemaah dari taman perumahan di situ, orang2 luar termasuk pemandu2 teksi juga sering singgah untuk solat Maghrib di surau di situ dan dapat sama2 menikmati juadah yg disediakan.

Q kedua ialah Al-Quran
Al-Quran merupakan satu-satunya mukjizat yg masih ada sehingga ke hari ini. Mereka menekankan para jemaah untuk sentiasa membaca dan mengamalkan ajaran yang terdapat di dalam Al-Quran.

Pada penghujung perbincangan kami tengahari itu kawan aku memberitahu mereka sedang di dalam proses membina sebuah masjid baru berharga RM16 juta kerana surau mereka sekarang sudah tidak dapat menampung jemaah pada setiap kali solat Jumaat. Harganya agak tinggi kerana selain bangunan masjid, terdapat juga kemudahan lain seperti hotel bercirikan Islam di komplek tersebut.





13 comments:

  1. subhanallah..sangat menarik program SQ SQ tu
    kalaulah dekat lokasinya dengan sya, insya'allah sya akan sertai juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada masa dan kesempatan memang elok kita ikuti sama program tersebut. Saya yg tak berapa jauh ni pun belum sempat ikut serta .... huhuhu

      Delete
  2. Replies
    1. Orang2 di bandar sekarang pun dah ramai yg cenderong mendekatkan diri dgn Islam. Alhamdulillah.

      Delete
  3. Bagus tu..SQ SQ..
    Moga kawasan perumah kawan YB tu dilindungi dan dirahmati Allah..

    16 juta tu purely harap wang derma ke YB? Atau ada pohon bantuan kerajaan? Ada tak konsep tabung waqaf utk pembinaan masjid tu? Kalau ada , uar uar kan ya..TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiinn. Kita berdoa dan berharap kawasan perumahan dia dan juga kita dilindungi dan dirahmati Allah.

      16 juta itu kebanyakannya sumbangan penduduk setempat kerana ramai yg kaya2 di sana. Ada juga org2 dari luar negara spt dari Arab. Baru2 ni PM telah meluluskan bantuan 2juta.

      Nanti saya tanya kalau ada konsep waqaf utk pembinaan masjid tersebut.

      Delete
  4. Replies
    1. Waalaikum salam Kak Nanie,

      Kehebatannya di dalam perlaksanaan dan penghayatannya oleh para jemaah di sana.

      Delete
  5. Hebat kawan YB...alangkah ingah jika ramai lagi yang mempunyai semangat macam tu. SQ-SQ:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawan saya ni memang ada bakat memimpin sejak dulu lagi selain minat yg mendalam di dalam bidang agama. Dia dan isterinya merupakan penceramah kekeluargaan yg semakin popular sekarang dan sering keudara di stesen2 tv.

      Dengan kelebihan tersebut membantu di dalam usaha dakwahnya.

      Delete
  6. Kalau lah di buat di masjid TPG ni mesti seronok rasa bila nak ke masjid.

    Bagus kan kalau jemaah setempat bersatu hati.....makin ramai anak2 muda akan rajin ke surau dan masjid, harap2 jangan lah ada perpecahan dalam Islam dan ketepikan perbezaan politik demi perpaduan ummah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin awak dan suami boleh kemukakan kpd pihak AJK Masjid TPG. Kalau tak dapat nak buat semuanya, dapat sebahagian pun jadilah untuk permulaan ini.

      Bila semua jemaah mengutamakan ajaran Islam lebih daripada kepentingan2 lain termasuk politik dan puak, in sya Allah masjid dan surau akan bertambah makmur dan org akan suka ke masjid atau surau tersebut.

      Delete
  7. tq sudi kongsi ilmu yg bermanfaat

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails