Ada satu kategori dalam permainan Roda Impian yang dipanggil "Sama Nama". Pagi ni aku bukan nak bercerita tentang Roda Impian tapi tentang keluarga sepupu aku.
Sepupu aku ini telah berkahwin dengan seorang lelaki warga Singapura selepas mereka grad. Mereka kerja di Singapura sebab gaji di sana lebih besar. Itu belum lagi kali 2.5 untuk kadar tukar wang. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang anak - 2 org lelaki dan seorang perempuan. Anak2 mereka warga kota singa sebab dilahirkan di sana.
Nama suami sepupu aku ni Azmi. Pendek aje namanya. Dan anak2 lelakinya dinamakan Azim dan Azam. Anak yang sulung tu jelas menggunakan 4 abjad yang terdapat pada nama bapanya manakala anak lelaki kedua pula hanya tukar huruf 'I' dgn huruf 'A'.
Mulai awal tahun ini mereka telah berpindah ke KL kerana mendapat kerja di sini. Anak2 pun telah mendapat kewarganegaraan Malaysia.
Pada Sabtu lepas mereka mengadakan majlis kesyukuran sempena berkhatan Azim dan Azam minggu ini dan minggu depan. Tak dapat berkhatan pada hari yg sama sebab ramai kanak2 nak berkhatan cuti sekolah ini.
Adam bersama dua pupunya Azim bergambar kenangan. Azam tak bergambar sama pada masa itu sebab sedang menangis menahan kesakitan setelah berlanggar kerana berlari2 .... huhu
Majlis tersebut telah diadakan di Adamson Hotel. Hotel ini bukan milik anak kpd Adam
Soalan cepumas kali ini: Agak-agaknya kalau sepupu aku ini dapat anak lelaki yang ketiga, apakah nama yang akan beri?
AZMI !
ReplyDeletehahaha..
Azmi bin Azmi
Pendek ajekan nama Azmi tu tak macam nama Daddy Ziyyad .... ngeeee
DeleteIzam takleh ke?
ReplyDeleteOk juga tu letak nama Izam sebab masih mengekalkan huruf2 yg sama
Deletepsst - org yg minat kat GB sampaikan teringat sebelum pergi solat Jumaat tu nama Izam ke? hehehe
tak.
Deletenama dia panjang.
heheh!
Panjang satu nama atau panjang beberapa nama?
DeleteNampak macam nak steady aje ni GB. Semoga berbahagia .... ngeee
IZAM kot kalau lelaki, kalau perempuan pulak ??? IZMA
ReplyDeleteSaya dulu pernah berjiran dgn sebuah keluarga ni, ada 3 orang anak...
Nama mereka: ARMI, IRMA dan AMRI
Bagus juga tu. Masih mengekalkan huruf2 yg sama - cuma diterbalikkan ... hehe
DeleteOh ada jugak org yg mcm tu ya. Harap2 ada makna yg baik utk ketiga2 nama tu.
ZAMI...heheeee...
ReplyDeleteLawaklah Jun.
DeletePi mai pi mai dok tang tu .... hahaha
boh nama azan pulak..
ReplyDeleteOh tukar 'M' dgn huruf 'N' pulak.
DeleteLepas Azan kalau dapat anak lelaki lagi namakan Naza pula ..... hehehe
Rasanya anak ketiga depa perempuan.. nama MIZA..
ReplyDeleteMereka dah ada seorang anak perempuan. Tapi kalau dapat seorang lagi perempuan bolehlah kita cadangkan nama MIZA tu ..... ngeeee
DeleteAMZI BIN AZMI... okey tak YB
ReplyDeleteKenalah tanya emak bapaknya okey ke tidak.
DeleteTiba2 teringat dgn Anzalna .... ngeee
Zaim pun ok.. :)
ReplyDeleteBagus tu. Boleh kaya mcm bekas menteri kewangan tu ... ngeeee
Deletenaper enchek Azmi tu X terus keje kat sana yg gaji lebih besar katanyer? lgpon senang setahun je leh dapat warganegara Malaysia yee.. uhhHUu
ReplyDeleteMungkin dia nak tolong jaga emak mertuanya yg tak berapa sihat. Kebetulan dia dapat tawaran bekerja dgn sykt Singapura yg beroperasi di KL manakala isterinya (sepupu saya) dapat kerja dgn Petronas yg sudah tentu menawarkan gaji yg lumayan.
DeleteRezeki merekalah senang dapat warganegara. Saya pun tak tahu detailnya.
ala nama2 yg terfikir semua org dah gitau..so sy sama idea mcm dorang la hehehe paling like miza
ReplyDeletebetullah tu. Kalau setakat 4 huruf tu apa sangat nama yg boleh diberikan .... hehehe
DeleteMiza tu kenalah mereka dapatkan anak perempuan ..... ngeeee
Dia letak nama AZAN kot, hehehe.
ReplyDeleteWah kelas ko buat kenduri berkhatan di Hotel....rasa nya belum pernah di buat orang, tapi kalau ada kemampuan apa salah nya kan...sesuatu yang baru.
Mungkin juga kot. Sama2lah kita tunggu kalau mereka dapat anak lagi.
DeleteKalau mampu apa salahnya. Mereka juga menjemput anak2 yatim dan pelajar2 tahfiz ke majlis tersebut. In sya Allah berkat
sy keja kt adamson la yb..xde rezki lak nk jumpa.hehe
ReplyDeletependek lagi senang sebut
ReplyDeleteletak nama panjang2 panggil pendek jugak