Monday, December 3, 2012

Sijangkang, Selangor

Pada Rabu lepas aku ada urusan untuk projek yg syarikat kami tolong uruskan di Sijangkang. Pagi itu aku telah ke Shah Alam dan seterusnya ke Banting atas urusan berkaitan projek tersebut. Di dalam perjalanan pulang dari Banting, aku singgah melihat tapak projek di Sijangkang. Mungkin bagi sebahagian pembaca nama Sijangkang itu agak pelik.

Sijangkang ini terletak di dalam daerah Kuala Langat. Ininya bersempadan dgn daerah Klang. Kebanyakan penduduk di situ orang keturunan Jawa. Ada beberapa buah kampung di situ dinamakan mengikut jarak dari bandar Klang: Kg Batu 7, Kg Batu 8, Kg Batu 9 (juga dikenali dgn nama Kg Medan) dan Kg Batu 10 (Kg Kebun Baru). Sekarang ini dah ada beberapa taman perumahan di sana.

Masa aku kecil dulu aku sering dibawa oleh abah aku ke rumah saudara kami di Kg Medan. Bila musim buah, kami akan tidur di sana utk menikmati buah-buahan seperti durian dan rambutan.

Projek aku sekarang ni di Batu 8. Aku tak biasa di kawasan itu terutama kampung yg di sebelah dalam dari jalan besar. Jadi setelah melihat tapak projek aku mengambil keputusan untuk singgah solat di situ. Masjid Kg Batu 8 ini agak jauh. Jadi aku singgah di surau yg terletak tak berapa jauh dari jalan besar. Dikenali sebagai Surau Hj Hassan, ianya indah dan bersih. 



Ini dia Surau Hj Hassan. Berbentuk macam rumah kampung dan di dalamnya siap langsir mcm langsir rumah


Semasa aku singgah solat tu ada seorang lelaki bersama isterinya juga singgah solat di situ. Dapatlah kami berjemaah Zohor masa tu sebab masa aku singgah tu dah pukul 1:40 tengahari.

Semalam sekali lagi aku ke Sijangkang. Kali ni bersama emak Adam dan Adam kerana menghadiri majlis berkhatan anak kembar sepupu emak Adam. Ini kali pertama kami ke rumah mereka dan kali pertama emak Adam masuk ke Kg Batu 8 tu. Banyak majlis kahwin sepanjang perjalanan dari jalan besar sehinggalah ke rumah sepupu emak Adam. Nasib baik alamat dan pelan yg disediakan jelas. Senanglah nak cari rumahnya.

Di kampung masih ramai orang yg mengadakan kenduri besar-besaran semasa mengkhatankan anak mereka. Majlis sama macam majlis kahwin.




Rumah sepupu emak Adam agak ke dalam tapi khemah itu menunjukkan kat situlah tempat majlis tu


Kesimpulan lawatan kami ke Sijangkang: Banyak rumah2 batu yg cantik2 di sana sekarang menandakan orang di sana ramai yg kaya .... ngeeee

13 comments:

  1. Berkhatan saya masih lagi balik kampung dan buat kenduri di sana. Betul kadang2 jelez dengan org kampung. Duduk rumah atas tanah, buat rumah comey2 lama depan belakang masih luas. Kalau kat kampung ceq ikan pelalin tu dua kilo Rm5 kat Kajang sekilo Rm9...sedey...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau berkhatan balik kampung mesti happening. Selain majlis kenduri mcm majlis kahwin tu, ada juga dibuat berkhatam Al-Quran.

      Itulah jeles jugak dgn org kampung yg ada tanah luas. Nak tanam apa2 senang. Kat bandar nak tanam serai serumpun dua pun susah. Nak tambah dapur pun nak kena masuk pelan. Kat kampung boleh tambah ikut suka selagi ada bajet.

      Ikan pelalin kat Kajang sampai RM9? Mahalnya ...... huhuhu

      Delete
  2. Bila masuk ke kampung, rasa macam tenang je. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat kampung ada banyak pokok. Itu agaknya antara sebab mengapa kita rasa tenang

      Delete
  3. assalamualaikum tuan
    saya asal dari kampung sijangkang tetapi sekarang menetap di alor setar sebab dah ditakdirkan rezeki di sini. tulisan tuan membuatkan saya rindukan ketenangan kampung saya dahulu berbanding sekarang. sekarang kampung sijangkang tidak setenang dan sedamai dahulu walaupun saya akur kemajuan itu tetap akan datang CUMA ia hadir terlalu drastik. malah, penduduknya terlalu ramai sehingga jalan yang dahulunya tenang semakin sibuk dek kenderaan yang terlalu banyak.

    terima kasih atas nukilan ini. oh ya! penduduknya memang ramai yang dah senang sebab ramai yang jual tanah untuk projek pembangunan kot hihihi ... apa pun, orang jawa memang pandai kumpul harta TAPI bila sampai ke anak cucu, habis harta mereka dijual :)

    ~sela, alor setar~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam Puan Sela,

      Terima kasih memberi komen seperti di atas. Tambah menarik ianya datang dari anak jati Sijangkang w/pun awak dah berhijrah ke Kedah.

      Memang banyak beza Sijangkang dulu dan sekarang. Dulu kalau lepas Isyak dah sunyi saja kampung tu. Tapi skrg selepas tengah malam pun kenderaan banyak ke hulu hilir. Jalan Klang - Banting di Sijangkang tu pun telah jadi 4 lorong.

      Banyak taman2 perumahan telah dibina di Sijangkang. Ada yg besar ada yg kecik tapi semuanya ini menambah jumlah penduduk di sana.

      Org yg menjual tanah telah kaya sebab harga mahal. Tapi yg lebih kaya ialah pemaju perumahan di sana.

      Delete
  4. Menarik perkongsian Sela ini. Ya, mmg org2 Sijangkang kaya2 now pasal dulu atuk nenek mereka bersusah payah bukak tanah2 neh semer. Pastuh anak cucu jadi manja n senang so takyah fikir masa depan sebab reta makan tak abeh2. Cicitnya plaks cemana? Wallahuaklam.. G skola naik moto prung prang kasi guru2 mkn asap..errr..hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa atuk nenek buka tanah ni ianya takde harga sangat. Masa tu rasanya jauh dari bandar. Sudahlah tu takde pula bas masuk ke dalam tu. Kalau yg sebelah dalam tu nak keluar kena naik basikal sebab masa tu motor pun tak ramai yg mampu beli.

      Sekarang tanah kat situ dah mahal. Mana yg ada duit buat rumah cantik2 atau rumah sewa. Yang nak cari jalan senang, jual aje tanah pusaka tu.

      Skrg org Sijangkang kebanyakan dah ada kereta. Kalau budak sekolah naik motor ke sekolah tu perkara biasa w/pun mereka takde lesen .... huhu

      Delete
  5. YB,
    Macam yang saya tulis difb hari tu...memang kami masih mengamal kan majlis berkhatam dan berkhatan ke esokkan hari nya...majlis itu seperti majlis orang kawin juga...tapi semakin ramai juga yang sudah tidak berbuat demikian mungkin kerana tuntutan masa dan kewangan.

    Arwah bapa mertua saya sangat di kenali dikawasan Telok Panglima Garang sehingga ke Sijangkang, kampong Medan, dan juga jawatan terakhir adalah guru besar di sekolah Olak Lempit sebelum berpencen. Kalau sebut Arwah Cikgu Radzi semua orang kenal.

    sijangkang sekarang tak macam 25 tahun dulu, sewaktu saya baru kawin kampong Sijangkang tak banyak rumah batu tapi sekarang rumah banglo besar2 tesergam indah, betul kata anon tu orang jawa dulu2 sangat rajin sebab tu mereka kaya tapi sekarang kebanyak kan tanah tok nenek mereka telah bertukar tangan ke pada bangsa lain.

    Jangan ingat duduk rumah besar seronok, contoh nya saya...buat rumah atas tanah 2 ekar tapi semua nya dah tak berguna sebab rumah kami sunyi sebab anak anak dah tak ada, apa lah erti rumah besar kalau ianya terlalu sunyi...hajat hati sekarang nak duduk rumah teres setingkat sahaja supaya tak penat lagi nak jaga rumah dan kawasan sekitar nya....biar lah orang kata jatuh standard saya dah tak peduli daripada badan penat.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,
    Adik saya ngajor di sijangkang. Selalu cerita ttg budaya n cara hidup masyarakat jawa, tuan rumah sewanya yg sangat baik...kalau kenduri mmg berhari2 mereka makan tak habis, kira mcm dok kg sendirilah. tak perlu risau nak makan sayur keladi, pisang dll

    Teringin jugak nak jenjalan kaw sana, tapi mcm mana nak pi kalau depa yg dtg umah saya tiap weekend ;)

    ReplyDelete
  7. belah sana memang dah banyak rumah batu kan? macam senang je nak buat rumah :)

    ReplyDelete
  8. masa saya keje kat company lama, ada tanah murah dijual di sana. sekarang tak tau lah murah lagi atau tak.

    ReplyDelete
  9. Hehehehe..memang saya pelik masa dgr nama Sijangkang ni...macam mana ya agaknya asal usul nama tempat ni...

    masih meriah di kawasan kampung bila ada majlis khatan kan...siapa ada kanopi bagai...saya dulu sunat takde majlis pun...gi klinik, abis sunat, balik rumah terus...haha

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails