Pada tadi aku dapat panggilan telefon daripada kawan aku seorang kontraktor berbangsa Cina. Dah agak lama dia tak telefon atau berjumpa dengan aku. Setelah kami saling bertanya khabar dan bercerita tentang projek2 yg kami sedang jalankan sekarang, tiba-tiba dia menawarkan aku bekerja dengannya. Dia beritahu mula-mula ini selaku pekerja tapi mungkin kemudian hari boleh jadi rakan niaganya.
Aku tahu kalau aku terima tawarannya dia mampu memberi gaji yg agak lumayan sebab sekarang syarikat dia telah berkembang maju. Sekarang sykt dia sudah ada G7 dengan CIDB. Ini bermakna dia boleh menjalankan projek tanpa had.
Tanpa berfikir panjang aku menolak tawarannya dgn baik. Aku kata kalau dia dan aku nak bekerjasama, itu tak menjadi masalah. Tapi bagi aku utk bekerja dgn dia, aku tak nak.
Masa aku mengambil keputusan berhenti dari Sykt Kulit Kerang dulu, antara niat aku ialah untuk memajukan syarikat aku sendiri supaya satu hari nanti syarikat aku dapat berkembang dan membantu menaikkan ekonomi orang kita dan memenuhi tuntutan fardhu kifayah. Aku juga berharap dgn kejayaan sykt aku, ianya dapatlah memberi peluang pekerjaan kepada anak bangsa.
Setelah lebih 4 tahun berkecimpung di dalam dunia perniagaan, laluan yg aku tempoh tak semudah yang dijangka. Tapi insya Allah aku akan terus mara demi mencapai cita-cita dan matlamat aku dan demi maruah bangsa dan agama.
Hayatilah senikata lagu Warisan ini
encik YB usaha lagi. sokong niat nak bantu orang kite tu :)
ReplyDeleteInsyaAllah saya akan teruskan. Mungkin jalan yg saya pilih ini bukan jalan yg paling mudah kerana kerja dgn majikan sykt antarabangsa lebih senang tapi jika sykt kami berjaya, ada misi dan visi yg murni.
DeleteTerima kasih di atas sokongan awak.
teruskan usaha insyaallah...
ReplyDeletePerjalanan masih jauh.
DeleteTerima kasih memberi kata2 semangat.
Ada kerja kosong tak? Nak apply.
ReplyDeleteBuat masa ni takde kerja yg saya rasa sesuai dgn kelulusan dan pengalaman azie. Takkan nak suruh ikat bata .... hehehe
Deletelagu ni tiap-tiap minggu saya nyanyi dulu..
ReplyDeletedan sampai sekarang saya hayati
Masa saya sekolah dulu lagu ni belum dicipta lagi rasanya. Itu sebab tak nyanyi .... huhu
DeleteSaya percaya awak hayati lagu ini kerana awak sedang melakukan yg terbaik yg dapat awak lakukan utk bangsa dan agama.
Salutelah dekat YB.Tahniah....
ReplyDeleteAnak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama lah kita
Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintis sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di nusantara
Saya hanya insan kerdil tapi cuba berjiwa besar.
DeleteTerima kasih di atas ucapan tahniah. Semoga ianya menjadi pembakar semangat.
Terima kasih juga menurunkan senikata lengkap lagu tersebut utk tatapan kita semua.
Semoga memberi ikhtibar kpd kita.
salam. semlm baca review buku autobografi syed mokhtar al-bukhary...alah org melayu terkaya di malaysia skrg. dia x ambik pun spm tp dpt kaya raya. salute la.apa2 pun jemput la ke blog hamba yg daif ni.
ReplyDeleteWaalaikum salam Daddy Zuki.
DeleteOh Cikgu dah baca review buku tu ya? Kalau dapat baca buku tu lagi best rasanya. Allah menolong beliau sebab niatnya murni utk menolong org lain.
InsyaAllah bila ada kesempatan saya akan singgah di blog tuan.
Semuga yb sentiasa berjaya mengharungi dugaan dalam perniagaan, insyaallah.
ReplyDeleteLagu anak kecil bermain api tu elok kita bagi anak2 kita dengar...baru lah naik semangat...meremang bulu roma bila dengar lagu ni dan perasaan jadi sebak sangat. Lagu ni memang buat kita akan berfikir tentang pengorbanan orang dulu2 semasa semua umat islam bersatu...kita cuma ada kuasa...kita tak kuat dari segi ekonomi....
Terima kasih sentiasa mendoakan kejayaan saya. Perjalanan saya masih jauh dan banyak lagi yg perlu saya pelajari tentang perniagaan ni.
DeleteSaya setuju dgn cadangan awak supaya lagu itu kita beri anak2 kita dengar. Saya tanya anak saya dan dia beritahu di sekolah memang ada menyanyikan lagu Warisan yg ini dan juga Warisan yg dinyanyikan oleh Sudirman.
Saya juga berasa sebak setiap kali mendengar atau menyanyikan lagu ini. Banyak pengajaran daripadanya utk kita semua.